Dalam
siri yang lepas telah diterangkan tentang senario yang terdapat di
dalam medan pertempuran,sebagai mukaddimah kepada semua pejuang Islam
tidak kira dari mana-mana organisasi sekali pun;Pas,ABIM,JIM,Tabligh dan
sebagainya.Kekeliruan Wahabi dan bahaya fahaman Syiah juga telah
diterangkan secara sepintas lalu.Kini kita menyorot lebih mendalam lagi
apa yang ada di dalam medan pertempuran itu,di mana setiap pemainnya
beraksi.
"Dell'arte della guerra"
cuba kau tanya Faisal Tehrani
apa maksud Syiah Imamiah
nanti dia menyergah
"ayuh...menangislah...menangislah!"
cuba kau tanya Teresa Kok
apa maksud Keistimewaan Orang Melayu
perlahan-lahan dia menyebut
"dua biji telur dan sedikit kuah..."
tanya pada Dr. Asri
Apa makna Wahabi
jangan pula keluar istilah
'mystery'
ini bukan mainan jargon-jargon
ini masa depan bangsa
apa Faisal Tehrani kata?
Bahasa Politik
siapa Voltaire?
siapa Jean Jacques Rousseau?
Mereka tidak faham apa itu
Dilema Melayu
ini bahasa politik
universalnya adalah
mencucuk jarum sendiri
SEorang penulis
Itali,yang juga seorang negarawan dan ahli politik telah menuliskan di
dalam sebuah karyanya yang terkenal di kalangan ahli politik dunia
terutama diktator-diktator,tentang kecerdikan.Beliau menulis,"kaedah pertama untuk menimbangkan kecerdikan seorang pemerintah ialah dengan melihat siapa yang berada di sekeliling dia".
Ini
ada benarnya,kerana adakalanya seorang pemimpin yang berkaliber dan
berbakat boleh jatuh kerana sahabat-sahabatnya.JIka pemimpin itu amat
rapat dengan isterinya atau teman wanitanya,maka perempuan tadi juga
berupaya menaikkannya atau menjatuhkannya hingga jatuh tersepuk dan
diinjak-injak hina.Para penyokong yang zahirnya menyokong dan menjulang
pemimpin itu,pada masa yang sama boleh menjatuhkannya berdebab di atas
jalan raya.Pemimpin yang bodoh apabila dikelilingi manusia-manusia yang
cerdik,maka kemungkinan besar dia akan nampak cerdik.Pemimpin yang
cerdik namun para pembantunya kesemuanya adalah manusia dungu dan
biol,cenderung 'membiolkan' pemimpin itu mencapai tahap biola dan dia
akan nampak bodoh.Ini berlainan pula dengan kes para pelajar dalam satu
bilik darjah.Pelajar yang pintar apabila duduk bersama-sama
pelajar-pelajar dungu,ini akan menyerlahkan lagi kepintarannya.Begitu
juga pelajar yang dungu apabila sekelas dengan para pelajar pintar,ini
akan membogelkan lagi kedunguan dan kelembapannya.
Namun dari segi sosial,hukumnya terbalik.
Ini
yang terjadi kepada Pas.Setelah bertahun-tahun berjuang di arena
politik,Pas nampaknya amat sukar untuk bernafas di dalam kotak undi
berbanding pesaing utamanya yang bukan sahaja duduk selesa di dalam
kotak undi,malah boleh 'kenyang memakan' kertas-kertas undi
tersebut.Bertahun-tahun Pas dan DAP berjuang secara berasingan dan cara
ini nampaknya seolah-olah hidup segan mati tak mahu.Berhadapan dengan
era Mahathir (1981-2003) yang memakan masa 22 tahun adalah detik-detik
yang teramat sukar dengan polisi Mahathir yang bijak mengawal media dan
keunikan sikap diktatornya.
Dr.
Mahathir adalah contoh seorang negarawan.Beliau bukan sekadar ahli
politik.Dr. Mahathir (Tun) adalah 'a statesman' bukan sekadar 'a
politician' tambahan pula seorang doktor biasa.Dr. Mahathir bijak
'memakai' jawatan Perdana Menterinya.Walaupun menghadapi saat-saat sukar
untuk ke puncak terutamanya ketika mengalami konflik dengan Tunku Abdul
Rahman,nampaknya harga mahal yang dibayar Dr. Mahathir untuk kerusi
Perdana Menteri Malaysia amat berbaloi.Bak kata pepatah,alah membeli
menang memakai.
Dr, Mahathir adalah seorang
'diktator'.Ini tidak boleh dinafikan.Semua orang tahu sikap 'tegas' Dr.
Mahathir.Namun,Dr. Mahathir adalah contoh seorang diktator yang
berperisa kemelayuan.Kediktatoran Dr. Mahathir ada 'style' yang tidak
akan kita jumpa pada mana-mana diktator dunia yang lain.Periksalah Fidel
Castro.Kajilah Muammar Gaddafi.Tanyalah pada Pol Pot.Anda tidak akan
jumpa seorang diktator versi Dr. Mahathir.Seorang diktator Melayu yang
aneh.
'Diktator Melayu Terakhir'
Pakar
sejarah Malaysia patut membuat tesis tentang gaya diktator Melayu Dr.
Mahathir.Kemudian bandingkan dengan Sultan Mansur Syah,pemerintah
Melaka.Bandingkan dengan Hayam Wuruk,Maharaja Mahapahit.Dr. Mahathir
bijak mengawal keriuhan di dalam politik Malaysia.Walaupun keriuhan yang
dasyat akibat bekas timbalannya yang 'memberontak',namun Dr. Mahathir
mampu menanganinya.Ketika itu seorang 'diktator' lain tewas dengan
reformasi,namun Dr. Mahathir mampu menentang arus reformasi tanpa
menggugah takhtanya.Walaupun kita tidak boleh membandingkan masalah yang
dihadapi Suharto dengan Dr. Mahathir (Indonesia adalah berkali ganda
luas dari Malaysia dengan jumlah penduduk yang amat ramai) namun kita
boleh melihat keupayaan Dr. Mahathir mengawal Malaysia apabila jatuh ke
tangannya.Mengapa kita katakan Dr. Mahathir sebagai seorang diktator
berperisa kemelayuan?Kerana kita dapat melihat ciri-ciri pemerintahan
yang bersifat tabiat orang Melayu pada perilakunya walaupun dalam acuan
seorang diktator.Inilah sebab mengapa beliau dihormati oleh lawan dan
kawan.
Diktator
China seperti Mao Zedong tidaklah seperti 'Kediktatoran Melayu' ala
Mahathir.Diktator-diktator Komunis China amat kejam dan tidak
berperikemanusiaan.Musuh-musuh politiknya diracun dan diseksa seperti
haiwan.Sebab itu Chin Peng pun merengek-rengek mahu pulang ke Sitiawan
kerana dia pun tahu orang-orang Melayu tidak sekejam dan 'sebinatang'
komunis China walaupun penduduk negeri China sebangsa dengannya.Apa
salahnya jika dia tetap tinggal di China,bukankah dia hidup selesa di
tanah air nenek moyangnya?Atau ada 'agenda' yang lain?
Diktator
Kemboja tidak mengamalkan Kediktatoran Melayu versi Mahathir.Pol Pot
membunuh dan menyeksa berjuta rakyatnya hingga berjaya mengumpul koleksi
tengkorak rakyatnya buat tatapan pelancong.Diktator Arab juga gagal
menghayati konsep Kediktatoran Melayu.Saddam Hussein tidak pandai
berpolitik dengan Yahudi dan Amerika sehingga membuat 'Syaitan-syaitan
Besar' itu terancam.Lihat Dr. Mahathir.Malaysia masih selamat walaupun
beliau mengutuk Yahudi terang-terangan di persidangan
antarabangsa.Diktator Parsi seperti Khomeini pun diprovok Amerika
apabila 'cuba meniru' gaya Dr. Mahathir.Apa silapnya Khomeini?
Bezanya,Dr.
Mahathir mengutuk Zionis Yahudi secara 'cakap berlapik'.Diktator Parsi
mengutuk Yahudi dan Amerika secara kasar ala-ala Kisra Parsi yang suka
berperang.Dr. Mahathir mewarisi kebijaksanaan Tun Perak yang menggunakan
KELEMAHAN yang sedia ada,menjadi KEKUATAN yang membuatkan musuh
terpaksa beralah.Inilah gaya Kediktatoran Melayu.Sopan,lemah-lembut
tetapi berbisa.
Zionist-Communist seperti DAP
pun tidak boleh berbuat apa-apa apabila berhadapan dengan Dr.
Mahathir.Sudah berapa kali Projek Tanjung Lim Kit Siang gagal di era
Mahathir?Apa rahsia Mahathir?Segala media tidak
kira,televisyen,suratkhabar mahupun majalah menjadi zombie yang di AUKU
kan setaraf budak-budak universiti yang masih terpisat-pisat mahu
menghabiskan pengajian.Tidak boleh bersuara.Kena ikut saja.Nasib baik
era blog dan internet masih hijau di era Mahathir.Jika tidak tidak
tahulah apa nasib blogger-blogger politik yang bersepah di luar
sana.Sedangkan Tuan Guru Nik Aziz pun melampiaskan rasa marahnya dengan
blog politik yang menyinggung perasaannya,inikan pula seorang diktator
'seganas' Dr. Mahathir.Agaknya penulis blog itu sudah lama 'digelek di
tengah jalan'.
Akibat
era Mahathir yang amat memeritkan,Pas menjadi begitu trauma dengan
perjalanan politik yang begitu lembab.Teramat sukar untuk mengubah
perlembagaan negara seperti yang diidamkan Pas;menegakkan sistem Allah
di muka bumi Malaysia.Kenapa sukar?Penulis Itali tadi ada menuliskan,"Harus
difikirkan bahawa tiada yang lebih sukar dari mengatur,tiada lebih
keraguan untuk berjaya dan tiada lebih berbahaya untuk dibawa
menerusinya berbanding cuba untuk mengubah sesuatu perlembagaan"
Setiap
perlembagaan yang disetujui pasti ada pendokongnya.Dalam kes ini
pendokong perlembagaan Sekular Malaysia ialah para Sekular Melayu.Para
Sekular Melayu ini ada ciri-ciri khasnya.Antaranya,kurang mengambil
berat tentang agama sendiri,mengamalkan Dasar Pandang Ke Barat dalam
soal pemikiran dan gaya hidup dan mengamalkan politik mengisi perut
sendiri.Sebab ketiga itulah yang digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk
memperdayakan para Sekular Melayu ini bagi mengikut segala kemahuan
mereka.Taburkan wang dan harta,maka para Sekular Melayu ini akan ketawa
terbahak-bahak.Pas nampaknya terpaksa menghadapi karenah para Sekular
Melayu ini.Malangnya para Sekular Melayu ini teramat ramai.Ia tidak
seperti jumlah orang-orang Melayu yang menjadi Islam Liberal mahupun
Syiah Melayu yang masih minoriti ditahap bersembunyi.Para Sekular Melayu
ini sama akidah,ibadat dan pegangan agama seperti umat Islam yang
lain,namun berbeza pendapat mengenai undang-undang dan politik
pemerintahan.Mereka lebih mengagungkan undang-undang manusia dari
undang-undang Tuhan.Para Sekular Melayu tidak sembahyang atas batu
ataupun menepuk-nepuk peha ketika habis sembahyang namun mereka tidak
percayakan keberkesanan undang-undang yang 'dicadangkan' Allah di dalam
AlQuran.Ini berbeza dengan golongan Islam Liberal,mereka bukan sahaja
tidak percaya tetapi berusaha 'meliberalkan' undang-undang Allah tadi
supaya sama dengan undang-undang nafsu mereka.
Pas
cuba berhadapan dengan mereka secara politik.Namun gaya politik Pas
agak kasar.Pas kekurangan dari segi 'public relation' dan gaya politik
Pas meniru gaya Revolusi Iran.Akhbar Harakah dan ceramah berapi-rapi Pas
membuktikannya.Padahal orang Melayu tidak sesuai dengan politik agresif
gaya Arab,Parsi dan India ini.Hanya Anwar Ibrahim saja yang pandai
membawa politik gaya Revolusi Iran ini hingga menyapu beribu-ribu orang
Melayu menyokongnya.Orang Melayu suka diampu dengan kata-kata manis dan
lembut.Orang Melayu tidak gemar dipaksa.diperintah dan
dirotan-rotan.JIka dibodek dengan harta benda,lagi cair.Tetapi bukan
semua.Ada segelintir sahaja.Sebab itu Barisan Nasional pandai
menggunakan wang ketika pilihanraya.Sudah bertahun-tahun BN menggunakan
taktik ini namun agak kurang berkesan di masa ini sejak polisi Pak Lah
(Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang berlembut dengan kebebasan media.Orang
Melayu hari ini tidak lagi seperti orang Melayu dikala Dr. Mahathir
menjadi 'raja'.Gaya pentadbiran Pak Lah yang agak liberal ditafsir oleh
sesetengah pihak sebagai 'lembik',kurang tegas dan 'mengikut kata
menantu'.Keterbukaan Pak Lah yang anti-diktator diambil kesempatan
secukupnya oleh pihak Chauvinist dan Oportunis yang memerap dikala era
Mahathir.Inilah masanya untuk beraksi!!
Soal
DEB dan Hak Keistimewaan Melayu yang dahulunya hanya berani dibualkan
oleh kaum-kaum lain di dalam kelambu ketika mahu tidur,kini menjadi
perdebatan terbuka antara ahli politik dan NGO-NGO.Patutlah Dr. Mahathir
menjadi teramat marah dengan NGO-NGO ini sehingga mahu 'menggelek
mereka di tengah jalan'.NGO-NGO ini hanya bekerja untuk
memporak-perandakan sosio-politik masyarakat.Mereka selalunya jarang
memikirkan kesan terhadap keharmonian tetapi lebih memperjuangkan apa
yang difikirkan betul pada mereka.Ahli-ahli politik Chauvinist dan
Ultrakiasu mula terloncat-loncat memainkan isu perkauman yang menyentuh
perasaan kaum Melayu.Golongan Ultrakiasu ini semakin dibayangi perasaan
'kiasu' akibat saka dari kiasu-kiasu di Pulau Singa lebih-lebih lagi
apabila seorang ahli politik UMNO mengangkat keris.Betapa traumanya
golongan Ultrakiasu ini dengan keris mengenangkan peristiwa keris-keris
terbang 'mencucuk' mereka ketika Tragedi 13 Mei dahulu.Betapa
sensitifnya mereka dengan keris padahal mereka tidak pula mahu belajar
memahami betapa sensitifnya orang Melayu/Islam dengan isu babi,arak,azan
dan hak-hak Keistimewaan Orang Melayu.
SEBENARNYA
GOLONGAN CHAUVINIST SEPERTI ULTRAKIASU DAN PENGGANAS LTTE HANYA
BERJUANG ATAS PERUT SENDIRI BUKAN UNTUK KAUMNYA DAN KEHARMONIAN NEGARA.
Hari
ini kita lihat pemimpin Hindraf menyaman seorang pemimpin politik dan
akhbar-akhbar.Menariknya,yang disaman itu adalah pemimpin DAP dari kaum
India sendiri.Antara akhbar yang disaman oleh Hindraf adalah
akhbar-akhbar India,The Star dan portal Malaysiakini.Ini terjadi kerana
kononnya Hindraf telah melesapkan wang hasil sokongan pihak-pihak yang
bersimpati dengan perjuangannya.Klise dalam drama Tamil nampaknya
ditayangkan sekali lagi.Adakah Hindraf telah tersalah saman?SEpatutnya
Hindraf menyaman Utusan Malaysia bukan Malaysiakini.
Golongan
ini sebenarnya amat suka berbohong dan hipokrit.Mereka suruh kerajaan
hapuskan ISA.Mereka berkokok dan mengajak orang Melayu berkokok sama
apabila ramai orang termasuk pemimpin politik mereka ditahan di bawah
ISA.Padahal sudah bertahun-tahun orang-orang Melayu berjuang sendirian
untuk pembebasan mangsa-mangsa ISA sejak dari Operasi Lalang hinggalah
Peristiwa Al-Maunah.Namun yang kasihannya orang-orang Melayu hanya
berkokok sendirian.Bagi golongan Ultrakiasu dan pengganas LTTE ketika
ini "mind your own business".Namun percayalah,apabila golongan
Ultrakiasu naik memerintah,mereka akan wujudkan ISA ini tetapi dalam
versi mereka.Mereka akan disiplinkan rakyat Malaysia dengan gaya Komunis
Moden.Lihatlah pemerintahan Lee Kuan Yew di Singapura.Gaya ini sesuai
dilakukan di sebuah pulau kecil dengan orang Melayu menjadi minoriti dan
kaum Cinanya yang menghambat harta benda tanpa pandang kiri dan kanan
apatah lagi menyentuh soal sensitiviti.TETAPI INI AMAT TIDAK SESUAI
DILAKUKAN DI MALAYSIA.
Mengapa mereka suka berbohong dan bersikap hipokrit?Penulis Itali tadi ada jawapannya:
"Kelicikan dan pembohongan seringkali menyerlahkan khidmatnya berbanding cara kekuatan"
Namun
Pas tidak mengkaji masalah ini sedalam mungkin.Demokrasi bukanlah
tempat orang-orang yang jujur dan warak.DEmokrasi bukanlah arena untuk
si lurus bendul.Demokrasi adalah kandang 'babi-babi' berbulu ayam
berkeliaran di dalamnya.
JIka
Pas tidak berhati-hati dalam soal ini maka Pas akan tersantap
'babi-babi' berbulu ayam ini.Pas mesti pandai membaca permainan mereka
ini.Ibarat bermain Poker,Pas kena tahu peraturan dan helah-helah
permainan ini baru boleh bermain semeja dengan pemain-pemain lain.Kini
Pas dilihat begitu asyik dengan apa yang didapatinya setelah
bertahun-tahun berjuang.Tidak dinafikan,apa yang didapati oleh Pas hari
ini lebih baik dari era Ustaz Fadhil Nor dan pemimpin Pas sebelumnya.Pas
dan DAP tidak akan duduk semeja kecuali atas 'rahmat' suatu
peristiwa.Apa dia?Reformasi Anwar Ibrahim.Nampaknya Anwar Ibrahim telah
menjadi tok kadi untuk menikahkan dua parti yang amat berbeza ideologi
ini.Bagaimana konsep Negara Islam boleh bercampur-maur dengan Socialist
'Malaysian Malaysia' State di dalam satu kawah gulai?Tidak tahu
bagaimana tetapi Anwar Ibrahim memang chef yang pelik cara
berpolitiknya.Mungkin jika tiada reformasi Anwar Ibrahim,Pas dan DAP
adalah dua orang yang tidak sekepala selamanya.
Namun
persoalannya,sejauh mana 'pernikahan mereka'?Adakah secara Mut'ah ala
Syiah ataupun kekal hingga ke anak cucu?Adakah hanya propaganda untuk
jatuhkan BN ataupun hingga menyentuh dasar-dasar parti?Selepas Umno dan
BN dijatuhkan,bagaimana polisi kerjasama mereka?Dalam soal ini,Pas
seolah-olah 'terpaksa' meliberalkan prinsip-prinsipnya demi menjaga
kesatuan Pakatan Rakyat.Ahli Pas yang tidak berpuashati isu arak
terpaksa dimarahi untuk menjaga hati DAP di dalam Pakatan Rakyat.Ini
samalah seperti memarahi anak sendiri yang bergaduh dengan anak jiran
demi untuk menjaga hati jiran sebelah padahal anak jirannya itulah yang
memulakan pergaduhan.Pas menjadi terlalu asyik dengan kemenangan
pilihanraya yang lepas hingga sanggup bertoleransi secara membazir
kepada PKR dan DAP.Padahal kemenangan Pas dalam pilihanraya bukan diberi
oleh Pakatan Rakyat.Allah Yang Maha Berkuasa yang memberi kemenangan
kepada Pas.JIka Pas terpaksa membelakangi amal makruf nahi mungkar,maka
ingatlah Allah Maha Berkuasa menjatuhkan Pas untuk pilihanraya
seterusnya sebagai peringatan.Berpolitik biar bijak.Politik bukan
seperti menadah kitab kuning di surau-surau.Politik adalah ibarat
bermain santau.Jika bukan orang lain yang kena santau,tuan punya santau
yang kena geruhnya.ALLAH MEMBERI PELUANG KEPADA PAS ADALAH UNTUK PAS
MEMBUKTIKAN JANJINYA UNTUK MENEGAKKAN SISTEM ALLAH.
Namun
jika Pas leka dengan permainan DAP dan PKR,alamat Pas akan menjadi
sesat dan termalu sendiri.Ketika umat agama lain konsisten menggunakan
peluang yang terbuka akibat orang Islam Malaysia terutamanya Melayu yang
asyik berpolitik,Pas semakin ragu-ragu,termanggu-manggu untuk
mengangkat tangan;setuju atau tidak malah perlu mengkaji dulu adakah
pendirian Pas dalam sesuatu isu tidak menyinggung konsep Pluralisme
DAP,kaum-kaum lain dan agama-agama lain.Biarlah Islam dibelakangkan
asalkan hati-hati penganut agama lain dapat dijaga.Ini berbeza ketika
Pas hanya memegang Kelantan dahulu,betapa bersemangatnya Pas menentang
sikap Pluralisme Umno-BN seolah-olah Pas lebih Islam dari UMno.Tetapi
apabila Pas berada pada posisi memegang beberapa negeri dan berkuasa
memerintah negeri-negeri yang mempunyai penduduk bukan Melayu/Islam yang
ramai,Pas menjadi terketar-ketar dan hanya mengikut telunjuk Pakatan
Rakyat.Pas seolah-olah menipu diri sendiri.Penulis Itali tadi kembali
menyambung:
"Manusia biasanya boleh membohongi diri sendiri dalam perkara-perkara besar,namun jarang sekali dalam perkara-perkara tertentu"
Perhatikan
isu nama Allah yang direbutkan oleh organisasi Kristian yang ada agenda
sendiri.Pas kena sensitif dengan isu ini bukan mempolitikkannya.Pas
boleh mempolitikkan isu PPMSI dan bahasa tetapi BUKAN AGAMA.Tambahan
pula Pas adalah parti berasaskan agama.Agaknya jika Umno dan BN
bersetuju dan menyokong nama Allah ini digunakan oleh Kristian,maka
mungkin Pas akan bertukar corak pendirian.Siapa tahu?Tujuan pihak
Kristian merebutkan nama Allah jelas untuk tujuan dakyah atau lebih
mudah sebagai usaha dakwah mereka,bukan sebagai hak
asasi,kemanusiaan,liberal atau ntahapaapantah.Macam-macam alasan ahli
politik Pas yang berfahaman Islam Liberal ini berceloteh.Sampai ada yang
menunjukkan ayat Quran yang didakwanya bukti umat lain ada memanggil
Allah bagi Tuhan mereka.Padahal umat Yahudi memanggil Tuhan mereka
Yahweh,Elohim atau Jehovah.Kristian memanggil Tuhan Bapa sebagai
God,Tuhan Anak sebagai Jesus dan yang ketiga adalah Holy Spirit.Inilah
dinamakan Trinity.Ayat Quran itu membahasakan Allah kerana memudahkan
kefahaman Nabi Muhammad.Sebagai contoh,
Orang-orang
Yahudi berkata: "Uzair itu putera Allah" dan orang Nasrani berkata: "Al
Masih itu putera Allah". Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut
mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu.
Dilaknati Allah-lah mereka; bagaimana mereka sampai berpaling?
(QS. at-Taubah (9) : 30)
Ini
bukanlah alasan orang Yahudi dan Nasrani memanggil Tuhan sebagai
Allah.Ayat ini adalah dalam konteks Allah s.w.t mengkhabarkan bahawa
orang Yahudi dan Nasrani mengada-ngadakan pembohongan atas diri-Nya,maka
Allah ketika menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad membahasakan
diri-Nya sebagai Allah.Takkanlah Allah s.w.t berkata:
"Uzair itu putera Yahweh" dan orang Nasrani berkata: "Al Masih itu putera God". Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka...."
Sudah
tentu apa yang ingin Allah maksudkan itu tidak difahami oleh Nabi
Muhammad s.a.w dan orang-orang Arab Quraisy dan ini akan mengelirukan
orang-orang Arab dan unta-unta mereka.Siapa Yahweh?Siapa pula God??Unbelievable!Like Ripley's Believe or Not!
Orang
Yahudi dikenal membahasakan Tuhan sebagai Yahweh,Yehowa,Elohim atau
Adonai.Adakah ahli politik tersebut tidak pernah belajar sejarah
agama-agama lain?Nampaknya ahli politik ini perlu dipaksa menaiki mesin
masa dan melihat sendiri adakah orang-orang Yahudi menyebut nama Allah
di dalam Solomon Temple.Perkataan 'Allah' itu sendiri ada struktur
binaannya dalam bahasa Arab dan bukan kata yang baru atau pelik dalam
budaya orang-orang Arab,pada masa yang sama juga sebenarnya asing bagi
orang-orang Nasrani,Majusi dan Yahudi.Vatikan sendiri tidak memanggil
nama Allah bagi 'God' mereka.Hanya gereja di Indonesia sahaja dan
Herald-The Catholic Weekly yang beria-ria mahu memakai nama Allah ini
sebagai MEMUDAHKAN USAHA DAKWAH DAN DAKYAH MEREKA KE ATAS ORANG-ORANG
MELAYU YANG DUNGU DAN ASYIK DENGAN HIBURAN.
Bayangkan apabila sampai masanya,orang-orang Kristian akan berkata:
"Mengapa
pandang serong dengan kami?Tuhan kami Allah jua sama macam
tuan-tuan,kami juga menyembah Allah.Kami tahu Allah itu Tuhan Semesta
Alam.Dia yang mencipta kami dan tuan-tuan.Cuma kami juga percaya Jesus
adalah Anak-Nya.Itu sahaja.Dan sebenarnya agama tuan-tuan sudah
silap.Kristianlah agama yang benar kerana Allah sudah angkat Jesus
sebagai Rasul-Nya bukan Muhammad.Muhammad sudah rampas takhta
Jesus.Jesus ini lebih maksum dari Muhammad.Malahan AlQuran yang
tuan-tuan baca itu adalah hasil karya Muhammad.Marilah kita bersatu atas
nama Allah.Beriman dengan Jesus,nanti tuan-tuan diberkati-Nya.
Lagi
satu,Tuhan Allah tidak memberatkan orang-orang yang sesat macam
tuan-tuan.Bila bertaubat senang saja,tuan pergi ke gereja dan duduk
dalam bilik kecil,nanti paderi akan datang dan tuan hanya perlu mengaku
kesalahan.Father akan ampunkan dosa tuan-tuan dan tuan-tuan akan bersih
dari dosa...berkat Tuhan Allah!"
Akhirnya
Kristian akan diterima seperti Syiah,yang mengaku bertuhankan Allah dan
bernabikan Muhammad namun membuat pelbagai bidaah dan kesesatan.Selepas
itu ada orang yang bersimpati dengan Kristian,berpendapat orang-orang
Kristian dan Islam semuanya menuju jalan yang sama iaitu Allah,cuma
caranya yang berbeza.Yang seorang naik motor,yang seorang naik
kereta...oh,tidak mengapa,akhirnya jumpa Allah juga.Buat apalah nak
bergaduh-gaduh?Rasulullah tidak suruh umatnya yang menyembah Allah
supaya bergaduhan sesama sendiri...
SEbab itu
dalam kes ini,penting memahami makna kalimah Syahadah yang kita ucapkan
dalam solat.Kita mengaku Allah adalah Tuhan dan kita mengaku Nabi
Muhammad adalah pesuruhnya,tetapi mengapa kita redha dengan cara yang
lain dari apa yang nabi tunjuk?JIka nabi s.a.w tunjuk kepada kita hanya
menaiki helikopter sahaja cara untuk menuju Allah,mengapa kita kata cara
bas,cara kereta dan cara motor pun boleh menuju Allah???
Tidak
mustahil jika ketika itu umat Kristian mengadakan Hari Ratapan Jesus
Disalib.Para peratap Jesus akan mencucuk-cucuk tubuh mereka dengan
paku-paku.Mereka juga menyebat-nyebat tubuh sendiri mengenangkan tubuh
Jesus yang didera oleh tentera Pilatus.Mereka akan menjerit-jerit "O
Jesus...O Jesus....The Martyr.."(Ya...Jesus...ya Jesus....ya
Syahida...).Maka orang-orang Melayu yang terpinga-pinga akan
bertanya,mengapa?mengapa?
Orang Kristian akan
menceritakan kisah-kisah The Passion of Jesus yang menyayatkan
hati,lebih sadis dan sayu daripada kisah-kisah Karbala lantas berkata:
"JIka
tuan boleh menangis kerana Hussein cucu Muhammad,mengapa tuan tidak
boleh menangis kerana Jesus atau Isa ini,kerana dia adalah Rasul-Nya
seperti Muhammad!!"
Ketika itu si Melayu yang
dungu akan terlompat lalu berkata,
"Ya...menangis...ayuh...menangislah!!" tanpa mengkaji siapakah yang
berkata itu dan mengapa kita mesti bersama mereka.
Mengapa
Pas tidak sedar perkara ini?Takut dengan bayang-bayang Anwar Ibrahim
dan DAP?Adakah Pas semakin enak bermimpi?Lihat,ketika Pas bermimpi
orang-orang bukan Islam sudah berani menentang fatwa yang dikeluarkan
oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.Dahulu ada istilah kafir-mengkafir,namun
kini wujud pula istilah wahabi-mengwahabi.Syiah Melayu yang selama ini
menyorok sudah mampu bergelak ketawa meng'wahabi'kan sesiapa sahaja yang
menentang doktrin sesat mereka.Anehnya golongan Wahabi mengatakan
tokoh-tokoh mereka (katanya Jamaluddin Al-Afghani adalah berfahaman
Syiah) adalah ejen-ejen Yahudi dan British.Syiah pula mendakwa Sheikh
Abdul Wahab adalah ejen British juga.Mana satu yang betul?
Dua-dua
kepala tak betul.Menghuru-harakan pemikiran umat Islam tetapi bila
bertembung menghuru-harakan diri masing-masing.Akhirnya menjadi
cacamarba,cacamarca.
Pas harus bangkit dari
tidur.Bak kata Magskin ACAB (kini menjadi Megat yang berserban dan
berdakwah) dalam lagu 'Bangun',Pas harus bangun dari tidur yang panjang
sejak reformasi Anwar Ibrahim hingga kini.Pas mesti mengkaji adakah
sejak aku berkawan dengan DAP,ada menggerakkan selangkah untuk
menegakkan hukum Hudud ataupun sistem Allah di muka bumi?Tepuk dada
tanya iman sendiri.
Ingat kembali kata-kata penulis Itali ini:"kaedah pertama untuk menimbangkan kecerdikan seorang pemerintah ialah dengan melihat siapa yang berada di sekeliling dia".
Maka adakah DAP dan PKR selama ini menampakkan Pas bergerak lebih Islam dari sebelumnya?Tepuk dada tanyalah iman sendiri
tanya pada Khalid Samad
apa makna 'Allah'
jangan pula keluar istilah
Trinity
ini bukan mainan jargon-jargon...
*Penulis Itali itu ialah Niccolò Machiavelli (1469 - 1527)
No comments:
Post a Comment