Satu temubual ringkas telah dijalankan di @r3@1E
sempena menyambut tahun baru Hijrah.Di satu ruangan yang digelar sebagai
The 4cast,temubual dijalankan bersama 'Lonecryer' yang telah
diperkenalkan pada temubual yang lalu.Lonecryer akan ditemubual mengenai
permulaan era baru dunia,kitaran bumi,avatar-avatar yang bakal muncul
dan propaganda The Elite.
Kita sedang melangkah ke era yang penuh drama.Hari demi hari
semakin berkurang dan mendekatkan 'The Universe' kepada 'The Judgment
Day'.Anda boleh memilih sama ada menjadi zombie dan goyyim atau minda
yang penuh kesedaran.Tidak kira sama ada anda Muslim atau
non-muslim,'religious' atau 'secular',akhir kepada semua cerita ini
pasti akan tiba kerana hari ini bukan sahaja dalam ramalan agama malah
sains membuktikan,suatu hari nanti...alam semesta ini akan musnah.
The Endgame.
Pandangan Lonecryer tidak semestinya mencerminkan keseluruhan pandangan MistisFiles dan Mistis Organization.
-M.O
Notice: All information and data for this work were obtained
through various sources in the public domain.
This interview is a CONFIDENTIAL work that is intended for review by
the serious researcher,and assumes a basic familiarity with the general
subject matter in the field.It was not produced specifically for the
general public.
However,for educational reason,it considered to release.So,use it under your responsibility.
S:MistisFiles J:Lonecryer
S:Boleh kita mulakan?
J:Ya,mulakan saja.
S:Kini
kita melangkah ke tahun baru Hijrah,bermula 1 Januari kelak,tahun baru
Masehi pula akan tiba.Ini sudah pasti akan menyaksikan sesuatu yang
menarik memandangkan terdapat petunjuk-petunjuk baru yang sudah
keluar.Soalannya,apakah yang sedang dunia raikan?
J:Apa yang sedang dunia raikan?(Lonecryer tersenyum mengekek)
Dunia sedang meraikan saat-saat kematiannya.
S:Saat-saat kematian?Boleh anda jelaskan lebih lanjut?
J:JIka kita melihat kepada kitab-kitab agama,khasnya tiga
agama ini atau dalam istilah Barat,Abrahamic Religion iaitu
Yahudi,Kristian dan Islam telah dinyatakan bahawa dunia ini tidak
kekal,dan satu masa nanti ia akan musnah.Di dalam terminologi Islam
terutamanya gambaran yang dilihat nabi Muhammad s.a.w ketika peristiwa
Isra' Mi'raj,dunia digambarkan sebagai perempuan tua yang menggoda.Jika
ketika itu,di mana baru melangkah 600 tahun lebih selepas Masehi,dunia
sudah digambarkan sudah tua,maka apakah gambaran dunia kini?Mari kita
semak apa dalam Bible tentang Day of Judgment.
Di dalam Malachi 4:1 contohnya,kita baca:
"For, behold, the day cometh, that shall burn as an oven;
and all the proud, yea, and all that do wickedly, shall be stubble: and
the day that cometh shall burn them up, saith the LORD of hosts, that it
shall leave them neither root nor branch"
Ayat ini menjelaskan bahawa pada hari itu yang disiapkan
Tuhan,akan datang seperti api yang membakar seperti di dalam ketuhar dan
setiap orang akan panik;orang-orang yang berbuat dosa pula akan seperti
jerami keadaannya dan terbakar dan Tuhan tidak meninggalkan mereka
walaupun akar dan cabang.
JIka kita semak dalam AlQuran pula,ada dijelaskan dalam surah At Takwir:
1. Apabila matahari digulung,
2. dan apabila bintang-bintang berjatuhan,
3. dan apabila gunung-gunung dihancurkan,
4. dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak diperdulikan)
5. dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan,
6. dan apabila lautan dijadikan meluap
Ini adalah kepercayaan asas di dalam agama-agama ini.Semua
agama ini meramalkan Hari Yang Disiapkan itu.Nabi Muhammad juga bertegas
bahawa Hari Kiamat ini amat dekat seperti dekatnya jari tengah dan jari
telunjuk.
S:Itu kata agama,bagaimana pula dengan sains?Adakah sains ada
fakta yang menguatkan ramalan agama ini atau menafikan alam ini akan
musnah?
J:Sains?Jika anda seorang saintis yang mengatakan bahawa
dunia ini kekal abadi maka andalah saintis yang akan digelar sebagai
saintis gila (Lonecryer tersenyum mengekek).
Tahukah
anda bahawa kajian sains kini mengatakan bahawa bumi mungkin sahaja
akan berputar songsang?Ahli astronomi menggelarkannya sebagai
'retrograde'.Sebenarnya para saintis sudah lama mengetahui perkara ini
sejak tahun 1543 apabila Nicolaus Copernicus menerbitkan karyanya "De
revolutionibus" dan akhirnya kini teori beliau telah dibuktikan.NASA
sebenarnya sudah mendapat data-data perubahan ini sejak tahun 2003
lagi.Mereka telah memerhatikan perubahan gerakan angin,atmosfera,kabus
ais dan jerebu di Marikh sejak beberapa lama.Melalui teknologi
pengimejan The Thermal Emission Imaging System (THEMIS) yang digunakan
oleh NASA,mereka dapat melihat perubahan berlaku pada atmosfera Marikh
yang aneh dan menguatkan teori 'backward motion' oleh ahli
astronomi.Akhirnya melalui satu siri pemerhatian berterusan,Marikh telah
dikesan semakin perlahan putarannya dan saintis meramalkan ia akan
berhenti dan kembali berputar pada arah berlawanan.Saya ingin memetik
satu hadis yang dikaitkan dengan fenomena ini:
Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda, “Kiamat
tidak datang sehingga matahari terbit dari barat. Jika manusia
melihatnya maka mereka semua beriman.”
Teori 'retrograde' nampaknya telah disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w lama sebelum Copernicus mengemukakan pandangannya.
S:Adakah ini menunjukkan bahawa bumi juga akan mengalami nasib yang sama?
J:Ya,kenapa tidak?Tambahan pula para saintis sering
membandingkan Marikh sebagai planet yang hampir dengan bumi.Mereka
selalu mengkhayalkan jika bumi musnah,planet yang paling hampir
kemungkinannya untuk didiami adalah Marikh.Marikh juga ditemui
terusan-terusan air malah molekul air juga pernah dijumpai di sana!Anda
pernah mendengar kontroversi Face of Mars?Terdapat rahsia di sana dan
pihak NASA telah merahsiakan banyak data-datanya.Saya tidak boleh
mendedahkan sekarang kerana ia bukan masanya.Something was done involving the various covert operation are there.
Jika putaran Marikh boleh menjadi perlahan,maka ini juga
boleh berlaku kepada planet-planet lain termasuk bumi.Anda mesti
memahami sifat-sifat graviti planet,kutub-kutub yang mengekalkan
paksinya dan pengaruh daya-daya sama ada dari dalam planet itu mahupun
hubungannya dengan jasad-jasad berhampiran.Tahukah anda bahawa ruang
antara jasad-jasad samawi bukanlah kosong,malah dipenuhi oleh material
lain yang kita tidak nampak?Saintis memanggilnya 'Dark Matter' dan ia
mempunyai pengaruh terhadap pergerakan jasad-jasad ini termasuk putaran
paksi dan orbitnya.Planet-planet boleh saja diperlahankan
putaran,berhenti berputar dan berputar songsang atau berhenti
mengelilingi matahari.Ini sifat-sifat planet dalam kajian astronomi
moden.Sistem planet seperti bumi seakan-akan metamorfosis.
S:Menarik penerangan anda,tetapi boleh jelaskan lagi tentang
'metamorfosis'?Bagaimana yang dikatakan bumi seperti metamorfosis itu?
J:Bumi
sebenarnya penuh dengan kombinasi daya-daya yang kita tahu dan tidak
tahu.Bumi sebenarnya mengalami perubahan-perubahan di sepanjang
kewujudannya atau kita namakan ia sebagai 'shifting'.Dua perubahan yang
popular adalah Galactic Shift dan Polar Shift.Perubahan ini berkait
dengan kitaran (cycle) dan mengikut pemerhatian saya,terdapat banyak
kitaran yang dikaji oleh para saintis,seperti kitaran 30 tahun,50
tahun,100 tahun,1000 tahun sehingga kitaran 26000 tahun,78000 tahun dan
26 juta tahun.Inilah maksud metamorfosis itu.Setiap kitaran menghasilkan
kesan-kesan secara fizikal,elektrik,elektromagnet,iklim atau
sebagainya.
Salah satu teori yang popular ialah 'Galactic Allignment'
yang dijadualkan akan berlaku pada 2012 dan ini disensasikan lagi dengan
teori Kalendar Maya dan filem 2012.Galactic Allignment dikatakan akan
menukar kedudukan 'solstice point'.Kajian mendalam juga menyebut mungkin
paksi bumi juga akan terlibat dan jika ini berlaku,saya membuat
pemerhatian ada kaitan pula dengan putaran bumi dan jika benar semua
perhitungan saintifik saya,teori Galactic Allignment ini ada hubungan
pula dengan perubahan putaran bumi itu.Bumi sebenarnya ibarat rama-rama
yang mengalami metamorfosis;dari telur,beluncas,kepompong hinggalah
kepada seekor rama-rama yang cantik.
S:2012?Apakah sebenarnya yang berlaku?Adakah benar bumi akan musnah pada Disember 2012 seperti ramalan Kalendar Maya itu?
J:Siapa kata bumi akan musnah pada 2012?Jika anda mengkaji
Kalendar Maya itu,anda akan faham bahawa apa yang sebenarnya mahu
diberitahu oleh para cendekiawan Maya ialah perubahan yang akan berlaku
pada bumi dalam kitaran tertentu.Bukan maksudnya bumi akan kiamat pada
tahun 2012.Para sejarahwan dan pakar bahasa Maya juga saintis memanggil
fenomena 2012 sebagai 'The Shift' bukannya 'The Judgment Day'.Hanya
orang awam sahaja dipanik-panikkan dengan dakwaan kiamat 2012 oleh para
konspirator dan pembuat filem yang mengaut keuntungan dari perkara ini.
Saya
mempunyai kalendar Maya yang telah diterjemahkan kepada bentuk yang
mudah dibaca,dan anda tahu betapa kompleks kalendar ini.Semuanya
dilambangkan dengan karakter-karakter bergambar namun dapat menceritakan
selang masa beribu-ribu tahun!Cuba anda baca hasil kajian para saintis
ini dan bukannya percaya kepada para produser filem.Tetapi saya tidak
nafikan sesetengah dari mereka ini (para saintis) membuat kesimpulan
melulu mengatakan 'The Shift' itu adalah kiamat.
S:Anda berkata bahawa perubahan itu merangkumi aspek
fizikal,elektrik,elektromagnet atau sebagainya,adakah ini boleh
mempengaruhi manusia?Maksud saya,tubuh badan atau otak manusia?
J:Saintis Rusia telah menemui bahawa 97% dari ruang kosong di
dalam DNA kita adalah ruang kosong!Ruang kosong ini dipercayai oleh
mereka diisi oleh satu tenaga khas.Saya tidak berpendapat demikian.Ruang
kosong ini sebenarnya adalah kod-kod DNA yang masih belum difahami oleh
saintis itu.Kod-kod DNA ini ada yang aktif dan tidak aktif.Yang tidak
aktif ini akan menunggu pengaruh-pengaruh khas untuk
mengaktifkannya.Saya percaya,kaedah spiritual adalah salah satu cara
untuk mengaktifkan kod-kod ini.Satu lagi adalah berkaitan dengan 'The
Shift' ini.
Perubahan dalam kitaran semesta memberikan pengaruh kepada
daya-daya yang menyelubungi bumi.Sebenarnya perubahan ini boleh merubah
kadar graviti atau kelajuan daya elektromagnet dan sedikit perubahan
pada 'setting' daya-daya ini akan mempengaruhi pula pergerakan atom-atom
yang membina fizikal manusia.Gelombang elektromagnet atau kosmos akan
mempengaruhi pula gelombang otak manusia.Seterusnya ia juga akan mengisi
apa yang dinamakan 'ruang kosong' di dalam DNA tadi.Dalam kata
lain,kod-kod DNA manusia akan diaktifkan.Penjelasan seterusnya amat-amat
sulit dan saya berhenti setakat ini saja.
S:Apa
maksud anda?Kod DNA manusia diaktifkan,apa yang aktif?Selepas 'The
Shift' atau 2012 nanti apa yang akan berlaku kepada kita?
J:Saya sudah jelaskan bahawa kenyataan saya hanya berhenti
setakat ini saja (Lonecryer berubah menjadi serius).Keputusan dari
penyelidikan para saintis ini adakalanya tidak boleh didedahkan kepada
umum kerana salah satu motto tempat saya bertugas ada mencatatkan bahawa
"Kebenaran itu kadangkala racun bagi yang tidak memahaminya".Saya
faham,ada pengkaji yang mengandaikan perubahan genetik akan berlaku dan
manusia mungkin berubah menjadi seperti X-Men!Hahaha...ini adalah
pengaruh televisyen dan komik.Sebenarnya tidaklah begitu.Ada rahsia
lain.
S:Dari segi perubahan daya dan tenaga Bumi bagaimana?
J:Kajian saintifik yang mendalam mendapati kemungkinan
terjadi perubahan graviti bumi dan kenaikan suhu.Namun terdapat satu
lagi perubahan yang menakutkan kemungkinan akan terjadi,iaitu kehilangan
ion-ion atau gangguan denyutan elektromagnet menjadikan apa yang
dinamakan kesan EMP (Electromagnetic Pulse).Anda tahu apa akan terjadi
apabila tenaga EMP dilepaskan?Kesemua peralatan elektrik dan elektronik
akan menjadi sampah saja;ia tidak berfungsi.Mereka telah membina bom-bom
EMP ini.Sesungguhnya peperangan masa depan adalah mungkin peperangan
elektronik,namun selepas itu mereka mungkin bergaduh dengan batu dan
kayu (Lonecryer tersenyum mengekek)
S:Bagaimana ini terjadi?Boleh jelaskan tentang EMP dan bagaimana ia menjadi senjata,atau apa yang katakan sebagai bom tadi?
J:Sejak bertahun-tahun,saintis-saintis Eropah dan Amerika
telah mengkaji tentang unsur-unsur skalar dalam parameter-parameter
fizik.Skalar pada asasnya adalah kuantiti dengan magnitud tetapi tanpa
arah.Boleh berikan saya contoh?
S:Errr...berat?
J:10
markah untuk anda.Masa dan jisim juga adalah kuantiti skalar.Persoalan
skalar ini amat kompleks dan sukar bagi saya untuk menjelaskannya dalam
bahasa mudah namun dari sinilah Einstein dan Tesla mengembangkan potensi
dalam teori-teori mereka dan,terutamanya Amerika telah menggunakan
segala teori ini untuk membangunkan apa yang dipanggil sebagai
persenjataan skalar.Mereka menemui apa yang dinamakan gelombang skalar
(scalar wave).Teori mereka adalah,sebenarnya jisim dan berat itu wujud
kerana kuantiti-kuantiti ini mempunyai gelombang mereka tersendiri yang
merambat pada medium tertentu!Akhirnya berat dan jisim juga seperti
kuantiti vektor yang punya arah.Jika kita boleh menjana 'gelombang' ini
dan menghalakannya pada satu rumah misalnya,kita boleh 'menghempap'
rumah itu dengan satu tenaga yang mempunyai jisim yang boleh dikawal
sesuka hati kita!Ini adalah contoh mudah yang saya berikan.
Jika
anda menonton filem 'The Hulk 2' ketika pertempuran di taman
rekreasi,anda mungkin perasan dengan satu jip yang membawa antena
besar.Apabila Hulk tadi mahu mara,askar menembak semacam gelombang
lutsinar dari antena itu.Apa yang terjadi pada Hulk?Hulk kelihatan
seperti ditahan oleh sesuatu yang tidak jelas oleh pandangan mata.Adakah
saya terpengaruh dengan televisyen dan komik?Hehehe...saya rasa tidak.
S:Apa maksud anda berkata 'saya rasa tidak'?Adakah senjata itu benar-benar ada?
J:Adakah gelombang skalar benar-benar teknologi yang
wujud?Rusia mungkin mempunyai senjata ini tetapi Amerika dikenalpasti
telah membangunkannya dengan baik.Pangkalan rahsia Amerika di Pine Gap
yang terletak di tengah Australia telah pun mempunyai dua menara skalar
di sana.Saya syorkan anda membaca biografi Tesla,dan beritahu saya
mengapa Pentagon menjalankan konspirasi tentang 'Free Energy' dan Teori
Dinamik Graviti Tesla.Anda pernah dengar tentang teori ini?
Tesla menemui bahawa bumi ini boleh bertindak sebagai
kapasitor dengan satu kapasiti kepada bumi dan satu kapasiti kepada
ionosfera.Maknanya,bumi sendiri adalah satu penjana yang boleh menjana
elektrik.Dengan kata lain,tenaga elektrik sebenarnya wujud kerana
potensi ini,cuma Tesla telah menemui cara yang ringkas untuk
menghasilkan elektrik,bukan melalui teori elektromagnetik yang
menghendaki mekanisme memotong urat daya sehingga menghasilkan elektrik.
S:Apa kaitannya dengan EMP?
J:Saya akan ringkaskan seberapa boleh.Apabila perubahan 'Pole
Shift' berlaku,tenaga EMP akan meledak sebagai satu kemusnahan skalar
ke seluruh bumi.Ketika itu semua peralatan elektrik dan elektronik akan
menjadi tidak berfungsi.Bumi akan kehilangan ciri-ciri kapasitornya dan
ini membuatkan tenaga elektrik tidak mempunyai pemangkin untuk
wujud.Saya tidak dapat membayangkan apa yang terjadi kepada kehidupan
manusia.Manusia mungkin kembali ke zaman Neolitik.
S:Adakah ini seperti mengatakan manusia akan berperang dengan pedang dan kuda seperti hadis akhir zaman itu?
J:Mungkin,ketika itu manusia mungkin tidak menggunakan
senjata api seperti sekarang atau mungkin menggunakannya sebagai kayu
pemukul sahaja.
S:Tetapi
bukankah senjata api seperti rifel dan pistol tidak menggunakan
elektrik atau elektronik?Saya rasa EMP tidak mempengaruhinya.
J:You are now live in electrical and electronic
world,dude.Everything is turn to damn programmed behaviour.They are say
yes,and you must say yes.SEmua sistem dalam elektrik dan
elektronik.Tiada dua benda ini,maka semua operasi manusia akan
bermasalah.Saya tidak katakan sekiranya terjadi fenomena itu,semua
peralatan akan serta-merta berhenti berfungsi.Manusia akan menggunakan
sisa-sisa peluru yang ada,namun setelah habis,adakah pasir dan batu
boleh dijadikan peluru?Kilang-kilang senjata akan terhenti
operasinya.Semua urusniaga akan terencat.Bank,sekolah,pasaraya,pejabat
dan talian komunikasi akan terencat aktiviti mereka.Everything now is
goshhh...
S:Hmmm...agak mengerikan saya mendengarnya.Saya ingin beralih
topik kepada kitaran bumi ini.Adakah ia satu fakta atau bersifat urban
legend?
J:Bagi saintis,ia adalah fakta.Bagi orang awam,ia adalah
teori atau hipotesis.Bagi yang tidak memahaminya,ia adalah mitos.Bagi
saya ia adalah dogma.
Bumi akan 'dibersihkan' setiap kitaran tertentu.Bumi telah
ada sebelum manusia pertama wujud.Bumi 'dibersihkan' sebelum kehadiran
manusia pertama itu.Bumi seperti disiapkan untuknya.Di dalam selang masa
tertentu,bumi akan mengalami kitaran-kitaran yang berbeza dan
bertindan-tindan antara satu sama lain.Pengkaji menamakan ini sebagai
'Earth Bioryhthm'.Bumi juga mengalami 'kitaran haid' seperti
wanita.Setiap kali pada waktu tertentu,ia akan 'dibersihkan'.
Dalam
kata lain,bumi akan di'reformat' setiap kitaran tertentu.Salah satunya
ialah Peristiwa Banjir Besar.Kita tidak tahu apakah spesis haiwan atau
tumbuhan yang wujud sebelum Banjir Besar.SEbab itu jika kita membaca
kisah Nabi Nuh a.s,beliau membawa biji-biji benih dan pasangan-pasangan
haiwan ke kapal.Mengapa perlu membawa haiwan dan tumbuhan?Bukankah
selepas surut banjir,haiwan dan tumbuhan akan tumbuh dan berhidup
semula?Benarkah Banjir Besar terjadi di kawasan kecil atau di daerah
nabi Nuh sahaja?JIka begitu,tidak payahlah nabi Nuh membuat kapal,baik
nabi Nuh berpindah sahaja ke kawasan yang tidak dinaiki air.Dan selepas
banjir,nabi Nuh boleh mengimport spesis haiwan dan tumbuhan di tempat
lain untuk dibawa ke negerinya semula.Fikirkan rahsia ini.
Bagaimana Banjir Besar boleh berlaku sebegitu cepat?Ini semua
kuasa Tuhan namun Tuhan selalu menyebarkan kekuasaannya melalui
asbab-asbab tertentu.Yup...kemungkinan 'Pole Shift' telah berlaku ketika
itu dan perubahan terjadi menyebabkan perubahan tenaga dan air mula
memancar keluar dari segenap ceruk bumi.Perubahan graviti dan
elektromagnetik telah menyebabkan persenyawaan unsur hidrogen dan
oksigen berlaku dengan sebegitu drastik,menyebabkan air mula bertambah.
S:Apakah kaitan dengan perubahan pada manusia?Maksud saya setiap kitaran kepada sejarah manusia?
J:Setiap kitaran 100 tahun akan menghasilkan seorang
AVATAR.Avatar ini akan memperbaharui agama yang diredhai
Tuhan.'Memperbaharui' bukan bermaksud mengadakan agama baru,tetapi
MENYEGARKANNYA.Ini adalah kitaran 'biorhythm' bumi yang diterangkan
dalam hadis nabi bahawa setiap seratus tahun akan lahir seorang MUJADDID
yang akan membela agama Islam.Mujaddid inilah yang akan menghadapi
Avatar-avatar jahat yang cuba untuk menjalankan agenda mereka.The Elite
adalah salah satu dari avatar-avatar 'Dark Force' ini.
Pengecaman dan pemantauan telah dilakukan diseluruh dunia
untuk merekodkan data-data orang ramai.Laman-laman sosial ditubuhkan
dengan dana-dana Intelligence seperti CIA untuk mengkaji tabiat dan
perwatakan orang ramai bersosial antara satu sama lain.Facebook adalah
antara agenda mereka.Data peribadi yang dimasukkan adalah hak milik
mereka.'Privacy' hanyalah iklan semanis menanam tebu dibibir sahaja.Cuba
anda kaji,bagaimanakah seorang lelaki yang tidak tahu apa-apa di
Mumbai,telah dituduh sebagai pengganas yang meletupkan bom.Bagaimana
semua data peribadi,lokasi dia berada dan maklumat telefon/kad kredit
diketahui oleh Interpol?Tonton ketiga-tiga siri Bourn terutama Bourn
Ultimatum dan pelajari bagaimana ejen-ejen CIA mendapatkan nombor
telefon,maklumat dan apa saja dari sasaran.Di situ adalah contoh yang
mudah namun ia memberitahu kita semua itu adalah kemungkinan yang biasa
boleh dilakukan dengan mudah.
S:Apakah agenda mereka sebenarnya?Apa rancangan mereka sempena tahun baru ini??
J:Mereka akan cuba menakut-nakutkan dunia dengan wabak
penyakit.Kemudian mereka tawarkan vaksin.Di dalam vaksin mungkin ada
robot-robot nano yang boleh dikawal dari satu pusat kawalan.Robot-robot
nano ini akan bergerak menerusi perjalanan darah;seperti syaitan.Mereka
akan ledakkan satu lagi kitaran kejatuhan ekomomi.Semua wang di dalam
poket orangramai menjadi tidak bernilai.Kemudian mereka tawarkan
bantuan.Bantuan ekonomi.Kerana emas yang menjadi sandaran kepada duit
kertas yang tidak bernilai itu ada pada mereka.
SEmua ini akan menjurus kepada satu katakunci:P A N I C
Selepas itu kita akan lihat siapa akan muncul untuk menyelamatkan keadaan.
Memerintah ketika kekacauan adalah strategi mereka.Kita akan
tunggu siapakah AVATAR yang muncul dalam kekacauan dan ketidakselesaan
itu.
S:Siapa?
J:Bergantung kepada siapa yang anda pilih.
Sistem bunyi tiba-tiba dipadamkan.Butir-butir perbualan mereka selepas itu tidak diketahui.
OFF-THE-RECORD
No comments:
Post a Comment