Perpecahan
orang-orang Melayu bolehlah dibahagikan kepada dua iaitu
pertama,perpecahan politik dan yang kedua-perpecahan pengamalan
agama.Kedua faktor ini dijadikan senjata oleh mason-mason tidak kira
yang Melayu atau bukan Melayu untuk memecahbelahkan bangsa ini yang
diketahui majoritinya menganut agama Allah.Serangan dijalankan dalam
pelbagai cara,jika ada ruang kosong,mereka akan mencelah.
"Jus Soli"
Jangan kau tanyakan aku erti bangsa
nanti aku akan suapkan kau
maksud berbilang etnik dan faham agama
Jika kau berikan aku erti harmoni
nanti akan aku ajarkan kau erti rasis
prejudis dan kauvinis
biar kau mabuk sawan kerananya
biar kau termuntah busuk berpintal-pintal
jangan kau tanyakan aku persefahaman antara agama
nanti kau tuduh aku jumud dan kolot
jangan kau paksa aku sentuh tentang
Palestin dan Iraq
nanti kau kata aku pembela keganasan
biar
biar saudara perempuanku dirogol setengah mati
biar
biar saudara-saudaraku dibunuh satu-persatu
dipenjara, dicabul maruah dan pegangan agama
aku tidak boleh menyebut nama mereka sedikitpun
mahu aku tersenyum
dan kata
"itu urusan mereka"
jika membalas
aku dicop pengganas
belum aku ajar kau makna diskriminasi
nanti kau terjangkit terkedu membusung
lantas aku racun kau dengan maksud realpolitik
biar kau mabuk sawan kerananya
biar kau termuntah busuk berpintal-pintal
Jangan tanya aku
erti persefahaman kaum
jika mereka duduk ramai-ramai
di tanah pusakaku
dan esok lusa
anak cucu mereka
menghalauku
Tiada gunanya kau bertanya
Selagi kau letakkan Tuhan dibelakangmu
Muhammad di kakimu
Rela berdiri di depan muncung Coca-cola
dan mati atas nama demokrasi
Untuk
mengetahui di mana kekuatan dan kelemahan umat Islam di Malaysia
khasnya umat Melayu,kita kena mengkaji keseluruhan senario yang terjadi
di sini.Ini penting sebelum siapa-siapa yang ingin mengaku pejuang Islam
atau mahu memperjuangkan agama berangkat mahu ke medan perang.Jika
tidak,para pejuang ini akan mati akibat tertusuk pedang rakan
sendiri,atau mati terkena peluru sesat atau lari dari medan perang
akibat terkeliru atau mengelirukan diri sendiri.
Ada
yang mengaku memperjuangkan agenda Islam,tetapi bila dilepaskan ke
medan yang lebih luas mula terkeliru dan mengalami kejutan
budaya.Anehnya,mereka mula mengalami perasaan 'inferior' terhadap Islam
dan akhirnya mengikut telunjuk musuh-musuh Islam.Walhasilnya,mereka
berjaya dalam perjuangan mengelirukan diri sendiri.Ada yang mengaku
pendokong visi dan misi Islam namun hanya gah di pentas-pentas
formal.Mereka berani menunjukkan muka di pentas-pentas ceramah dan
seminar di sekolah-sekolah dan universiti.Segalanya formal dan hubungan
antara sesama juga formal sehingga susah untuk orang yang didakwahkan
itu menemuinya.Mereka berani berceramah dalam keadaan audiennya menekur
mendengar tanpa banyak soal.Malah audien juga hadir atas dasar terpaksa
dan memenuhi syarat sahaja.Habis ceramah,isi ceramah masuk telinga kiri
keluar telinga kanan.Ada yang mengaku sebagai pendakwah tetapi tidak
mahu memahami sensitiviti masyarakat setempat dan mahu meninggikan ego
sendiri sahaja.Islam dijadikan sebagai pekerjaan dan sumber rezeki
sahaja.Apa yang terjadi pada generasinya dia tidak ambil pusing yang
penting elaun ceramah masuk poket dan cukup bulan kerajaan masukkan
gajinya dalam bank.
Untuk tujuan muhasabah diri dan menyusun strategi,kita kena jujur.Fikiran kena terbuka dan positif.
Kita
kena hindarkan diri menjadi seperti sesetengah orang dalam jemaah
Tabligh menganggap saudara dalam Pas berada dalam jalan tidak betul
kerana bergelumang dengan politik.Saudara-saudara yang keliru itu kena
sedar,dari sejak mula jemaah ini bertapak di Malaysia sehingga kini
berapa peratuskah usaha itu dapat menggerakkan sekurang-kurangnya hukum
Qisas ditegakkan dalam perundangan Malaysia?Dakwah itu penting,namun
politik itu juga penting sebab itu nabi Muhammad s.a.w terpaksa
berhijrah ke Madinah untuk MENUBUHKAN NEGARA ISLAM kerana politiklah
dapat membawa hukum Allah s.w.t ke dalam sistem perundangan.Jika nabi
berdakwah sahaja di Mekah,alamat 100 tahun pun keadaan Islam macam itu
sahaja.Pi mai pi mai tang tu,kerana orang yang memegang kuasa di Mekah
adalah kaum Musyrik.Mungkin boleh berjaya,tetapi memakan masa yang amat
lama dan korban yang bukan sedikit.Nabi bukan semata-mata pendakwah
tetapi juga ahli politik dan jeneral perang.JIka hendakkan nabi yang
betul-betul berdakwah sahaja kerjanya,boleh ambil contoh nabi Isa
a.s.Nabi Isa a.s kerjanya berdakwah sahaja.Beliau tidak mempunyai negara
atau satu batalion pun tentera untuk mempertahankan hukum
Allah.Akhirnya beliau diancam oleh tentera-tentera Pilatus Rom tanpa ada
sedikit kekuatan pun melainkan rahmat Allah s.w.t.
Dan
kita jangan menjadi sesetengah orang dalam Pas yang memandang hina
jemaah Tabligh.Apabila jemaah ini datang ke masjid atau surau,ada
saudara dalam Pas sendiri yang menghalau mereka,padahal mereka ingin
berziarah dan menyenangkan usaha saudara dalam Pas untuk memahamkan
masyarakat tentang agama.Mengapa dalam kepala mereka penuh pandangan
negatif tentang usaha dakwah.Sesetengah saudara dalam Pas terlalu asyik
berpolitik sehingga lupa akan tujuan sebenar mereka membawa politik
Islam.Mereka ingin tegakkan hukum Allah tetapi majoriti umat Islam tidak
faham Islam,bagaimana mereka mahu menegakkan politik Islam?Mereka telah
membuat kerja yang menyusahkan diri sendiri.Mereka MUNGKIN BERJAYA TETAPI MENGAMBIL MASA YANG AMAT LAMBAT DAN MEMAKAN KORBAN YANG BUKAN SEDIKIT.Bukankah
mudah jika Pas datang kepada orang yang faham kalimah "Lailahaillallah'
lantas menerangkan tentang konsep kenegaraan Islam,agak-agak adakah
orang tadi bersetuju atau tidak?
Kita kena faham senario.Jangan duduk di dalam tempurung ego sendiri.Jangan buta dan taksub semata.
Di
dalam medan peperangan ini terdapat berbagai-bagai ragam
manusia.Berbagai-bagai pemainnya.Terdapat golongan Islam
Liberal,Sekular,Materialis,Kauvinis,Sosialis serta Non-Muslim.Di sana
juga berkeliaran para Orientalis,Konspirator dan pejuang agama
lain.Mereka ini ada yang menubuhkan NGO-NGO,pertubuhan sehingga ada yang
mempunyai parti politik sendiri.Organisasi mereka mempunyai dua
cabang;politik dan propaganda.Dalam istilah Islamik,organisasi mereka
mempunyai bahagian siasah dan usaha dakwah.Bahagian politik mereka
digunakan untuk berjuang meminda undang-undang yang memberi kelebihan
kepada Islam kepada undang-undang yang menafikan hak Islam dan memberi
kelebihan pula kepada mereka.Bahagian politik mereka juga digunakan
untuk menghapuskan undang-undang syariah dan berusaha menghapuskan
identiti Islam.Contoh,menghapuskan tulisan jawi/arab dan kod pakaian
menutup aurat.Mereka berusaha menghapuskan syiar-syiar Islam seperti
azan dengan pelbagai alasan,selalunya menyentuh hak asasi manusia.TUJUAN TERAGUNG BAHAGIAN POLITIK MEREKA ADALAH UNTUK MENGAMBILALIH PEMERINTAHAN MALAYSIA DARI TANGAN ORANG ISLAM.Jadi
semua orang yang ingin mengaku pejuang Islam kena ingat baik-baik
masalah ini.Kena FIKIR DAN RISAU masalah ini bersama disamping fikir dan
risau yang lain.
Bahagian usaha dakwah mereka
pula (propaganda) merangkumi NGO-NGO dan media.Mereka selalu mengadakan
seminar,forum,bengkel dan ceramah yang selalunya ditutup dengan nama hak
asasi dan keadilan.Ini belum lagi masuk topik usaha dakwah dari
mubaligh agama.Lagi bermacam-macam usaha dakwah mereka.Kaji bagaimana
usaha mubaligh Kristian di Sabah dan Sarawak.Antara mangsa yang menjadi
pencacai mereka adalah golongan Islam Liberal.Golongan ini menjadi kuli
untuk menyebarkan dakwah memburuk-burukkan sistem Islam dan
undang-undangnya.Mereka sanggup menulis artikel memburuk-burukkan
Rasulullah s.a.w dan undang-undang Syariah.Antara usaha terhebat mereka
setakat ini adalah mengadakan seminar Inter-religious Faith.Luarannya
mereka mengatakan ingin mencari titik temu dalam agama-agama tetapi
sebenarnya titik temu itu dicari dengan menghancurleburkan agama
Islam.Saudara dalam Pas,Umno dan PKR kena faham masalah ini jika masih
teringin untuk menghidu bau syurga Allah.
Ingat,Allah
Azza wa Jalla tidak rugi apa-apa jika hukum-Nya tidak ditegakkan.Yang
rugi adalah kita.Kita mungkin selamat di dunia,tetapi di akhirat...
Walau
apa pun latar belakang para pejuang Islam,dari sekolah pondok,dari
universiti (UIA misalnya),dari Maahad atau sekolah agama rakyat atau
negeri atau dari jemaah-jemaah seperti Tabligh,mereka mesti menjadikan
contoh negara Islam Madinah yang diusahakan Rasulullah s.a.w sebagai
model ikutan.Model negara Islam Madinah terdiri dari bahagian Politik
dan bahagian Usaha Dakwah.Politik digunakan untuk melindungi maruah
orang Islam,perundangan Islam dan syiar-syiarnya.Manakala Usaha Dakwah
adalah untuk mentarbiah dan menyebarkan ajaran Islam disamping
mengekalkan penghayatan Islam dalam diri semua orang Islam.Pejuang Islam
yang meninggalkan salah satu dari dua konsep ini,akan menghadapi
kesusahan yang dasyat.Kepayahan yang berat dan silap haribulan,akan
sesat dalam perjuangan dan terkeliru.
Ingat,Rasulullah
s.a.w mampu menghantar keluar dua jemaah;satu jemaah keluar di jalan
Allah untuk berdakwah.Dan satu lagi jemaah keluar di jalan Allah untuk
berperang mempertahankan maruah agama.
Dan jemaah kedua tidak akan dicapai jika tidak dengan jalan politik.
Fikirkan
adakah nabi Isa a.s mampu menghantar jemaah perang mempertahankan
risalah wahyu yang dibawanya?Akhirnya pengikut-pengikutnya ditangkap
oleh tentera Pilatus dalam keadaan lemah dan tidak melawan sedikit pun
akibat nabi Isa a.s tidak memegang peranan sedikit pun dalam politik Rom
yang menjajah Palestin ketika itu.
Nabi Isa a.s tidak mampu menghantar jemaah kedua.Tetapi Nabi Muhammad s.a.w mampu.
Sebab
itu agama Islam telah disempurnakan oleh Allah Yang Maha Perkasa.Sistem
Islam sesuai untuk setiap masa dan keadaan.Hanya sesetengah orang Islam
sendiri yang tidak yakin.
Kita lihat senario
umat Islam di Malaysia.Secara jujur,politik Islam khasnya Melayu
dipegang oleh Umno.Umno umumnya terdiri daripada orang-orang Melayu
beragama Islam.Ketika peralihan kuasa antara kerajaan British dan
pemimpin Umno,British segera mengadakan usaha untuk menetapkan
perundangan Malaysia berdasarkan perundangan sekular.Pemimpin Umno dan
majoriti orang Melayu menerima kerana kita kena faham bahawa yang
penting dalam kepala mereka adalah MERDEKA.Soal perundangan perkara
kedua,padahal inilah racun yang mahu disimpan oleh British.Kita juga
kena maklum setelah sekian lama khilafah Islam tumbang, fiqh kenegaraan
Islam telah dilupakan oleh ramai umat Islam.Begitu juga orang-orang
Melayu yang sekian lama dijajah sudah tentu tiada pengetahuan atau
pengalaman dalam menjalankan undang-undang Islam.Apatah lagi para
pemimpin Umno ini yang majoritinya mendapat pendidikan Barat.Sudah tentu
mereka tidak faham atau tidak tahu-menahu langsung tentang konsep
negara Islam.Namun sesetengah orang Islam yang faham terutamanya
golongan ulama bangkit untuk menegakkan undang-undang Islam.
Maka lahirlah Pas.
Ketika itu jemaah Tabligh pun masih kecil atau mungkin tiada langsung dalam kamus orang-orang Melayu.
Jadi
kita kena faham senario ini.Umno terdiri dari orang-orang Islam yang
tidak faham atau tiada pengetahuan tentang konsep kenegaraan Islam.Pas
terdiri dari ulama-ulama yang faham tentang konsep kenegaraan Islam.Jadi
antara cadangan untuk menyelesaikan masalah ini ialah PAS KENA BAGI FAHAM KEPADA UMNO TENTANG KONSEP KENEGARAAN ISLAM.Bukan
menjauhi mereka atau memakihamun mereka.Kesian Umno,sudahlah buta dan
pekak,kemudian dimarahi dan dimakihamun pula.Makin jauhlah mereka dari
kefahaman Islam.
Umno umumnya menganut politik
sekular.Sekular ialah satu faham yang memisahkan agama dari
politik.Maksudnya tiada undang-undang Islam.
Jadi
Pas kena pujuk saudara dalam Umno untuk masukkan agama dalam
politik.Biar politik yang kotor itu dicuci dengan kemuliaan agama.Kena
sabar memimpin saudara dalam Umno yang dibutakan penjajah.Umno ibarat
orang buta.Pas kena pimpin.Bukan memakihamun Umno yang teraba-raba tadi.
Dalam
hal ini,siasah Pas kena bijak.Kemahiran komunikasi atau 'public
relation' Pas kena berhikmah.Kena yakinkan bahawa dengan amalkan Islam
tidak akan memiskinkan pemimpin Umno.Islam tidak tarik banglo dan
Mercedes mereka.Malah Allah s.w.t akan tambah keberkatan pada harta
mereka kerana mereka melaksanakan Islam dalam politik.Pas jangan
terikut-ikut amalan politik Timur Tengah,Pakistan atau India.Manusia di
sana memang berjiwa kasar dan keras.Sebab itu banyak perpecahan umat
Islam di sana sehingga berbunuh-bunuhan.TETAPI ORANG MELAYU INI JIWANYA LEMBUT.Mereka
mudah tersinggung dan berkecil hati.Tetapi jika Pas pandai berdiplomasi
tidak mustahil Dr. Mahathir atau Najib sendiri akan menjadi pembela
agama Allah yang tegas.Lihat,mereka tegas mempertahankan undang-undang
sekular kerana tidak tahu fadhilat dan keberkatan dalam undang-undang
Islam.Pada kefahaman mereka undang-undang sekular memberikan mereka wang
dan harta di dunia.Namun jika mereka tahu betapa besar ganjarannya
melaksanakan undang-undang Islam,di mana di dunia mereka sudah pasti
rezeki mereka dijamin Allah (sememangnya Allah yang memberi mereka
rezeki setiap hari) dan di akhirat Allah Yang Maha Pemurah akan membayar
mereka dengan syurga yang di bawahnya sungai-sungai
mengalir.Subhannallah.Mereka berhak dan mudah mendapatnya kerana mereka
pemimpin.Itu bezanya golongan pemimpin dan dipimpin.Pemimpin yang
menjalankan hukum Allah adalah PEMILIK ISTANA DI SYURGA bersama-sama
orang-orang lain yang dimuliakan Allah Yang Maha Pemurah.
Itupun selagi masih ada iman dalam dada mereka.
Di
dalam Islam yang diamalkan oleh orang-orang Islam Malaysia khasnya umat
Melayu juga cuba dipecahbelahkan oleh anasir-anasir luar.Inilah
strategi yang digunakan orientalis untuk mewujudkan firqah-firqah dalam
organisasi Islam.Untuk memecahkan umat Islam dalam persoalan akidah amat
sukar tetapi dalam perkara cabang memang bukan perkara
mustahil.Kebanyakan umat Islam berbalah sesama sendiri bukan pada
persoalan besar seperti kerasulan nabi Muhammad tetapi perkara-perkara
remeh temeh seperti baca Yassin pada khamis malam jumaat atau sambutan
maulidurrasul.Perbalahan ini menjadi besar sehingga sanggup berbunuhan
sesama sendiri seperti di luar negara.Ini belum lagi dengan fahaman
Syiah.Kita sudah maklum bahawa Syiah ini memang sesat kerana kesalahan
mereka mengedit hukum agama mengikut sesuka hati mereka serta
menambah-nambah hadis ciptaan sendiri.Yang bagusnya,umat Islam di
Malaysia tidak cepat terpengaruh dengan Syiah,tidak seperti umat Islam
di negara-negara lain.Mengapa?
Kita
kena faham faktor kronologi dan dari mana punca perpecahan umat
Islam.Islam sampai di Nusantara melalui pendakwah yang terdiri dari
zaman Sahabat,Tabi'in dan selepasnya,di mana konsep Islam ketika itu
boleh dikatakan suci dan masih tidak tercemar.Punca perpecahan umat
Islam bermula di Timur Tengah dan sekitarnya sehingga menjangkau India
juga, dengan kemunculan pelbagai puak agama yang mereka-reka fahaman
agama sendiri,terutamanya bermula selepas berakhirnya zaman
Salafussoleh.Ini bermakna Islam di Nusantara masih suci dari bermacam
pengaruh ajaran baru dalam agama.Jadi fahaman-fahaman yang muncul
terkemudian ini di Nusantara khasnya Malaysia datang dari orang
luar,contohnya pedagang India Muslim atau orang Arab terkemudian dan
juga dari ORANG-ORANG MELAYU YANG MENUNTUT ILMU DI SANA.
Pegangan
konsep agama yang kuat telah membenteng umat Islam Melayu khasnya dari
ajaran-ajaran yang terang-terang sesat seperti Syiah dan ajaran Ayah Pin
tidak kira orang Umno dan Pas.Dalam hal ini,kefahaman mereka (Pas &
Umno) agak cemerlang.
Namun orang luar dan para penuntut dari negara luar masih tidak faham senario masyarakat di sini.
DARI SINILAH PUNCA ISTILAH WAHABI DAN SEANGKATAN DENGANNYA.
Kita
ambil contoh senario seorang pelajar Melayu yang belajar ilmu di Timur
Tengah.Apabila pulang ke kampung,setelah bertahun-tahun belajar,dia
telah mengambil keputusan menghapuskan majlis baca Yassin pada malam
jumaat kerana baginya itu adalah bida'ah dan Nabi tidak pernah buat
amalan itu.Tidak ada hadis atau dalil mengatakan pada malam jumaat ada
baca Yasin.Puas dia bertekak dengan imam kampung dan jemaah surau.Dia
pun mengeluarkan segala dalil dan hadis dan bermacam-macam lagi yang
membingungkan orang-orang tua kampung.
DISINILAH KESILAPAN PELAJAR ITU.Sebenarnya
dia tidak perlu bertengkar mengenai hal-hal yang kecil seperti itu.Ini
adalah kajian kes.Jika para ulama dapat menyelesaikan masalah ini maka
masalah lain dapat diselesaikan.
Ulama Melayu mengadakan majlis bacaan Yassin itu hanyalah KAEDAH DAKWAH
mereka untuk menarik orang kampung datang ke surau dan masjid.Biasanya
selepas bacaan Yassin,orang kampung akan dijamu dengan jamuan
kecil.Bukankah ini akan melembutkan hati mereka supaya dekat pada
agama?Ini sama seperti ulama India atau Urdu yang mengadakan majlis
Tasykil atau Bayan dan selepas itu ada majlis makan-makan.Setiap ulama
di negara masing-masing ada kaedah dakwah mereka yang tertentu.
Dalam
seminggu orang kampung tidak buka AlQuran,sekurang-kurangnya malam
jumaat mereka buka kitab,baca Yassin.Ini adalah kaedah dakwah
ulama-ulama Nusantara.Tidak perlu bertegang leher keluarkan dalil-dalil
dan hujah.Memang tiada hadis nabi yang suruh baca Yassin malam
jumaat.Noktah.
Tidak ada salahnya mengadakan
majlis baca Yassin.Haramkah?Sampai menuduh orang lain sesat.Yang salah
ialah mengatakan ada hadis yang suruh buat majlis baca Yassin.
Jangan keliru.Ini hanyalah KAEDAH DAKWAH.Kaedah
dakwah yang sudah bersebati dengan jiwa umat Islam Nusantara sehingga
menjadi amalan.Bayangkan,ulama nusantara berjaya mendakwahkan orang
Melayu supaya membaca AlQuran sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Ini
samalah seperti orang yang bertekak dan bertegang leher mengatakan
sambutan maulidurrasul adalah bida'ah dan sesat.Ada yang mengatakan ia
amalan Syiah.Orang yang berkata seperti ini biasanya orang yang
mengikuti jemaah-jemaah luar negara seperti dari Arab atau dari
India.Orang seperti ini ada di antaranya tinggi ilmu agamanya dan
menghafal hadis-hadis.Ada yang mengaku menganut ajaran Salafussoleh dan
jalan nabi Muhammad s.a.w yang suci dari perkara yang diada-adakan.
Tinggi ilmu tetapi kurang kepekaan.
Perkara-perkara
kecil seperti itu tidak perlu diperdebatkan malah Islam melarang
penganutnya memperdebat hal-hal agama.Kita lihat dahulu bagaimana
sambutan Maulidurrasul yang umum.Pada hari kelahiran Nabi itu biasanya
surau-surau dan masjid akan mengambil inisiatif mengadakan majlis
memperingati sirah nabi.Majlis akan diisi dengan ceramah atau forum
agama.Selepas itu diadakan majlis jamuan.Bukankah ini sesuatu yang
baik?Mengajak orang mengingati Rasulullah s.a.w?Perarakan Maulidurrasul
adalah perkara yang lain.Itu konteks yang lain.Perkara yang ingin
difokuskan di sini adakah mengadakan majlis ilmu di hari kebesaran Nabi
adakah buruk dan sesat dalam agama?
Jangan
keliru.Yang salah ialah mengatakan ada hadis menyuruh Maulidurrasul
diadakan.Memang tiada hadis atau dalil yang kuat tentang sambutan
Maulidurrasul.Ini hanyalah KAEDAH DAKWAH untuk mengajak umat Nusantara kasih akan Nabi.Salahkah?
Hari ini ada di antara kita yang bencikan Nabi.Sehingga muncul golongan antiHadis dan mengatakan nabi berjanggut macam kambing.
Kesilapan
golongan yang kononnya sebagai Wahabi,Salafi dan seangkatan dengannya
ialah menuduh kaedah dakwah orang lain sebagai sesat tanpa mahu mengkaji
bagaimana amalan itu muncul.Bagaimana pula dengan kaedah dakwah Wali
Songo yang menggunakan kuda kepang mengajak orang ramai kepada
Islam?Mungkin jika dilihat oleh ulama Arab dan India pesta tarian kuda
kepang ini,mereka menyangkakan Wali Songo ini sesat dan kafir!
Lainlah
amalan Maulidurrasul di Malaysia seperti Hari Karbala oleh penganut
Syiah,meratap-ratap dan mencederakan diri sendiri sehingga
berdarah-darah.Ini memang sesat malah memudaratkan diri sendiri.
Orang
yang mempertahankan baca Yassin atau Maulid Nabi tidak perlu keluarkan
hadis atau dalil kerana sememangnya tiada dalil pun.Cukup katakan ia
adalah kaedah dakwah kepada orang yang kononnya amalkan jalan Nabi dan
Sahabat.Bagi mereka faham bahawa di dalam Islam terdapat empat sumber
hukum,bukan semata-mata AlQuran dan Hadis,
1-AlQuran
2-Hadis
3-Qias
4-Ijtihad Ulama
Contohnya
untuk menggubal undang-undang Siber,para pengamal undang-undang Islam
tidak hanya bergantung pada AlQuran dan Hadis tetapi Qias dan Ijtihad
juga kerana komputer tiada di zaman Nabi dan Sahabat.Ini misalan yang
mudah.Dalam kes lain ada ulama yang melarang lampu elektrik dipasang di
dalam masjid kerana berdasarkan Qias/Ijtihad yang salah (masjid nabi
dahulu tiada elektrik,jadi kita tidak boleh ada lampu elektrik
kononnya).
Ulama
India/Pakistan bila datang Malaysia terkejut bila ada majlis baca
Yassin malam jumaat.Ulama Malaysia pula terkejut terdengar istilah
gasyt,karkuzari,tasykil dan bayan bila bertemu ulama Urdu di mana di
zaman nabi malah hadis-hadis tiada pula terdengar perkataan-perkataan
itu.Ulama Arab merasa pelik dengan takbir Hari Raya di sini yang
mendayu-dayu padahal ulama Nusantara tahu takbir di Tanah Arab bernada
keras atau monotone. JIka kedua-dua mereka mengambil sikap dungu dan
kurang matang,mereka akan berdebat hal-hal yang remeh-temeh ini,sehingga
bermasam-masam muka dan menuduh sesat antara satu-sama lain.Jika mereka
saling faham memahami dan bersikap matang,mereka akan faham betapa di
lain tempat,lain KAEDAH DAKWAH yang diusahakan.Lain padang,lain belalang.Semuanya adalah semata-mata untuk mengajak manusia ke jalan Allah s.w.t.
Kata kuncinya ialah KAEDAH DAKWAH.
Sebab
itu tidak perlu memperdebatkan mengapa jemaah Tabligh keluar berdakwah
berdasarkan masa-masa tertentu seperti 1 hari setengah,3 hari,40 hari
atau 4 bulan kerana memang tiada dalil khusus untuk itu,ini hanyalah
KAEDAH DAKWAH dari ulama Nizamuddin di India untuk memudahkan orang
keluar berdakwah berdasarkan keperluan masing-masing.Jika perkara ini
kita masih tidak faham maka makin senanglah orientalis mencucuk-cucuk
jarumnya melebarkan lagi perpecahan sesama kita.Dan kita tidak
semestinya hanya menunggu semua perkara tentang Islam ini datang dari
Arab.Jika KAEDAH DAKWAH itu baik dan sesuai di sini maka apa salahnya
kita amalkan.Bukankah ziarah-menziarahi sambil menceritakan kebesaran
Allah itu adalah sesuatu yang baik dan mulia.
Apa
yang terjadi pada Jemaah AlArqam pula lain kesnya.Ini juga satu kajian
kes yang penting dan mesti dipelajari oleh semua orang yang mengaku
pejuang Islam.Kesilapan AlArqam ialah terlalu leka dengan persoalan Imam
Mahadi sehingga musuh-musuh Islam berhasil mencari peluang
memporak-porandakan jemaah ini.Sedangkan Imam Mahadi sendiri tidak tahu
dirinya Imam Mahadi malah lari apabila para ulama di Baitullah mahu
membaiahnya.Setelah berkali-kali dipujuk barulah Imam Mahadi menerima
baiah para ulama.
Adakah
Abuya tidak tahu perkara ini?Atau adakah beliau membiarkan para
pengikutnya mendewa-dewakan dan taksub kepadanya?Asas yang ditegakkan
oleh Abuya memang cemerlang,dengan menitiberatkan amalan sunnah
Rasulullah s.a.w dari segi pakaian sehingga kehidupan seharian serta
menegakkan sistem ekonomi Islam.Dan sunnah nabi yang mereka tegakkan
dalam urusan ekonomi membuatkan ekonomi mereka setara malah lebih dari
ekonomi kaum Cina yang kita hairan-hairankan itu.Jika kaum Cina siang
dan malam kerja keras untuk dapatkan seringgit sehari,orang yang amalkan
sunnah nabi dalam ekonomi mampu dapat 2 ringgit sehari malah boleh
berlipatganda dari itu dengan cara yang amat mudah tanpa perlu menipu
timbangan.Inilah rahsia amalkan sunnah nabi.
Sesungguhnya DI DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN.
Tetapi
AlArqam terlalu taksub pada pemimpin sehingga sanggup mendakwa Abuya
sebagai Imam Mahadi,dan yang anehnya Abuya sendiri tidak berusaha mahu
menafikan perkara itu.Maka akibatnya Tuhan hancurkan jemaah ini kerana
operasinya semakin merapu dan membahayakan akidah.
Tetapi yang kita mahu ambil positif ialah PENGAMALAN SUNNAH NABI.
Mengapa
orang-orang Barat berjaya dalam hal-hal keduniaan?Tanpa kita sedar
orang-orang Barat khasnya orang-orang Eropah telah banyak mengamalkan
sunnah nabi dalam hidup mereka.Contoh yang paling besar ialah
kebersihan.Bukankah nabi pernah bersabda bahawa kebersihan itu SEBAHAGIAN IMAN?Juga Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah SAW daripada Ibn Mas’ud:
Mafhumnya:
“Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Dia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih.”
Lihatlah
negara 'mat saleh'.Betapa bersihnya tempat mereka.Penampilan mereka
kemas.Sistem mereka tersusun.Bangsa Jepun maju kerana meniru sistem
Barat ketika era Pemodenan Meiji.Sebab itu negara Jepun juga mengamalkan
sunnah 'kebersihan' sehingga gagah dalam teknologi dan perniagaan.Lihat
negara India dan Pakistan.Kita faham mengapa di sana terdapat orang
yang duduk dalam kawasan sampah sebagai tempat tidurnya.Yang kaya makin
kaya,yang miskin makan seperti anjing di kaki-kaki lima.Kanak-kanak
miskin yang selekeh berebut-rebut mengerumuni pelancong.
Lihatlah
negara Finland yang paling rendah kadar rasuahnya.Negara-negara
Skandinavian ini juga adalah antara negara yang paling maju dan kukuh
ekonominya dan negara yang paling aman dan paling selamat untuk diduduki
mengikut kajian antarabangsa.Mereka bukan negara Islam,namun mereka
amalkan sunnah Nabi.Hatta perkara paling kecil iaitu mengadakan garam
ketika hidangan pun membuahkan kejayaan bagi mereka.
Di dalam SUNNAH ADA KEJAYAAN.
Hari
ini setiap amalan sunnah nabi dapat dibuktikan secara saintifik.Dari
konsep keseimbangan cas dalam solat berjemaah,sujud yang mampu
memasukkan darah pada satu titik pada otak,enzim pada hujung jari yang
boleh memudahkan proses penghadaman (amalan menjilat jari),madu,kurma
dan kismis yang banyak manfaat,semua ini telah dikaji oleh ramai
saintis.Dan saintis-saintis Barat ini ada yang memeluk Islam,berlainan
pula dengan orang-orang Melayu yang menjadi Islam Liberal seperti Sister
of Islam yang makin galak mencari apakah lagi isu sensasi yang boleh
merendah-rendahkan agama sendiri.Ini perbezaan orang yang menggunakan
ilmu untuk mencari hidayah Allah dengan orang yang menyalahgunakan ilmu
yang ada.
Orang-orang
Eropah pada masa dahulu amat pengotor.Pada era Zaman Gelap
Eropah,jalan-jalan di bandar Paris dan London amat kotor dengan najis
dan tikus-tikus berkeliaran berbanding dengan kota Baghdad dan kota-kota
Islam lain yang bersih dan terjaga.Namun siapakah yang mengajar
orang-orang Eropah ini supaya berubah?Pertama,orang-orang Eropah yang
pergi menuntut ilmu di kota-kota Islam.Keduanya orang-orang Yahudi yang
mengetahui rahsia kebaikan pada setiap sunnah nabi.Orang-orang Yahudi
ini memang tahu bahawa Rasulullah s.a.w benar-benar nabi akhir zaman
yang dijanjikan tetapi mereka tidak dapat menerima bahawa nabi itu lahir
dari kalangan orang Arab yang dipandang rendah oleh mereka.Mereka ikut
segala kebaikan dari sunnah nabi tetapi mereka tidak mengakui
kerasulannya.Kemudian mereka promosikan amalan hidup yang buruk kepada
dunia luar atau goyyim,padahal pada masa yang sama mereka diam-diam
mengamalkan sunnah nabi.Di Israel,rabbi-rabbi mengharamkan arak,zina dan
daging babi tetapi di sini pernah ada yang ingin membina industri babi
bagi dieksport ke negara China.
Kesimpulannya
setiap orang yang mengaku berjuang atas agama perlu faham senario
keseluruhan sebelum pergi berperang.Tanpa kefahaman yang jelas,mereka
akan keliru dan dikelirukan.Orang yang berjuang di dalam jemaah Tabligh
tidak boleh terkongkong dalam jemaahnya sahaja tanpa perlu mengikuti
politik Malaysia dan dunia.Orang yang berjuang dalam Pas perlu tahu
sepak terajang musuh-musuh Allah supaya tahu siapa kawan siapa
lawan.Saudara-saudara dalam Umno kena ambil inisiatif belajar agama
disamping memahami siapa yang mahu terus menyesatkan Umno supaya jauh
dari agama sendiri.Di dunia mungkin kita lepas tetapi di
akhirat...fikirkan.
Sebagai penutup,mari kita
renung-renungkan,dalam sejarah pemerintahan Islam di seluruh
dunia,begitu banyak orang-orang kafir memberontak dan melakukan
keganasan.Namun ini terbalik bagi orang Islam berada di bawah
pemerintahan orang-orang kafir,orang-orang kafir pula yang melakukan
keganasan terhadap orang-orang Islam.Kita ambil contoh saudara sebangsa
kita di selatan Thai.Adakah mereka gembira dan hidup aman?Lihat
penderitaan orang Islam Cham di era Khmer Rouge di Kemboja.Tanya pula
nasib agama Islam di Singapura?Adakah orang Islam khususnya orang-orang
Melayu selesa mengamalkan Islam di sana?Hari ini kita punya tanah dan
negara.Tetapi esok siapa tahu?Adakah anak cucu kita dapat tinggal di
tanah tumpah darah kita ini?Adakah mereka dapat mewarisinya kelak?Ini
bukan bercakap mengenai kaum tetapi lebih kepada survival Islam.Jika
kafir harbi menaiki takhta pemerintahan Malaysia,cuba tanya diri dengan
jujur adakah mereka dengan senang hati mahu menjaga agama kita di
sini?Malahan isu arak dan babi pun boleh menjadi perkauman padahal
mereka sudah maklum daging babi adalah isu sensitif bagi orang Islam
khasnya Melayu.Fikirkan.
Jika kita rasa orang
kafir boleh membelai dan memanja-manjakan Islam apabila mereka
memerintah,silalah beri takhta kepada mereka.Berikan semua hak
kita,tanah,kedaulatan...apa saja.Biar kita berpecah dan bergaduh sesama
sendiri.Biar kita pupus perlahan-lahan di bumi bertuah ini.Biar kita
lenyap tanpa berbekas nama sekalipun.
Tiada gunanya kau bertanya
Selagi kau letakkan Tuhan dibelakangmu
Muhammad di kakimu
Rela berdiri di depan muncung Coca-cola
dan mati atas nama demokrasi
No comments:
Post a Comment