Saturday, 3 November 2012

Mason-Mason Melayu Bahagian III




Politik di Malaysia unik di sesetengah perkara.Ia boleh dipanggil sebagai "Kem Konsentrasi".Di dalam 'kem konsentrasi' ini proses 'mindcontrol' tidak boleh tidak adalah salah satu program utamanya.Ini tidak unik kerana di tempat-tempat lain juga mempunyai ciri yang sama.Anehnya,terdapat sekelompok manusia yang lepas bebas di dalam 'kem konsentrasi' ini tanpa di kawal sesiapa.Namun,kebanyakan populasinya menjadi zombie-zombie politik.



'Political Zombies'









Berikan aku maksud liberal
kerana aku tidak faham
apakah itu sentimen

Berikan aku maksud
kesamarataan

kerana aku masih keliru
yang mana satu kedaulatan
yang mana satu pengorbanan

Jangan berikan aku sebatang pena
hanya untuk menconteng kertas-kertas
tetapi berikan aku
makna merdeka
negara
dan bangsa
supaya aku
tidak sampai mengizinkan
penjajah-penjajah itu berdiamdiri bersiputbabi
di tanah airku sendiri

Jangan kau kaburkan aku dengan
maksud kesatuan dalam kepelbagaian
sementara mereka masih
bersikap rasis dan kauvinis terhadapku
Jangan kau tidurkan ku dengan istilah
keharmonian
sedangkan mereka
puas menghafal
maksud monopoli dan diskriminasi

ini negeriku
tanah airku
satu-satunya
ke manakah harusku pergi
jika mereka
menghalauku ke hutan rimba
ke lombong tinggal
atau ke flat-flat sesak

Sekali lagi

jangan berikan aku sebatang pena
tapi ajarilah ku
maksud

kebijaksanaan






Terdapat tiga tahap dalam tabiat berpolitik di Malaysia,dan mungkin juga di dunia.Tahap pertama,orang mengamalkan 'child-politics' iaitu politik bertaraf kebudak-budakan.Politik jenis ini berteraskan politik menang-kalah,perlawanan,pertandingan atau persaingan.Senario pergaduhan,caci-mencaci,maki-hamun,fitnah dan tuduh-menuduh adalah asam garam atau penyeri bagi politik jenis ini.Oleh kerana antara ciri politik ini adalah pertandingan,maka setiap kali pilihanraya adalah sesuatu yang maha penting bagi penganut faham politik 'childs' ini.Penyokong politik adalah golongan yang paling seronok terkinja-kinja bagaikan anak-anak kecil mendapat gula-gula.Manakala ahli politiknya saban waktu mengira tarikh pilihanraya.Tarikh pilihanraya amat penting baginya.Profesionnya hanya berfungsi pada ketika ini.Pada waktu kempenlah,baru orang ramai dapat melihat bagaimana rupanya pekerjaan seorang wakil rakyat,misalnya.Ketika ini,barulah terhegeh-hegeh mengunjungi pasar-pasar,warung-warung dan rumah-rumah.Perlu berlakon bermesra dengan rakyat di jalanan dan bertanya khabar masalah.Kemudian mesti membuat kenyataan di media tentang kekurangan itu dan ini,dan kemudiannya wajib menaburkan janji-janji.

Ini adalah skrip yang perlu dihafal ketika kempen pilihanraya.Ini adalah 'stereotype of childs politician'.Maksudnya,ahli politik jenis ini hanya memikirkan tarikh pilihanraya,bukan masa depan negara.


"A politician thinks of the next election. A statesman, of the next generation."

-James Freeman Clarke


Para pengikutnya pula memandang pilihanraya sebagai hari berparti.Mereka akan terkinja-kinja di jalanan.Di suruh menjerit,mereka menjerit.Di suruh ketawa,mereka ketawa.Di suruh bertepuk,mereka bertepuk dan senyum menyeringai bagaikan beruk mendapat bunga.Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya,biarkan...biarkan!

Keputusan pilihanraya bagaikan bursa saham.Orang membeli akhbar bagaikan melihat saham naik atau turun,atau seperti melihat keputusan nombor ekor.Mereka tidak memikirkan apakah ertinya angka-angka itu naik atau turun.Mereka juga tidak melihat perubahan pada persempadanan dan populasi kawasan-kawasan pilihanraya.Pilihanraya sebenarnya bukan semata-mata pilihanraya.Pilihanraya ADALAH GILLOTIN UNTUK ORANG ATAU BANGSA YANG LALAI DAN ALPA!

Fahaman 'child-politics' merebak ke ruang maya.Ada orang yang membuat blog semata-mata untuk memaki hamun seorang manusia.Ruang maya adalah tempat paling busuk dengan fitnah.Fitnah dan kutukan bersimpang-siur di alam siber.Namun anehnya,ada seorang profesor mengukur kepopularan sesuatu parti berdasarkan blog-blog di dalam internet.Ini kerja orang malas namanya bagi seseorang yang bertahap profesor.Hanya profesor bertahap kangkung sahaja tergamak duduk bersantai-santai di depan internet kemudian mengatakan ramai tidak sukakan tuan presiden,misalnya.Ini kerja tahap budak-budak remaja bercintan-cintun sambil melayan 'ym' atau 'chatting' sahaja.Beliau kena turun padang,tanya Pak Mat di Kampung Sura,Dungun atau Mak Bedah di Parit,Perak misalnya baru boleh mencanangkan sesuatu.Dunia internet penuh penipuan.Scam.Dunia internet adalah dunia 'anonymous'.Boleh gunakan blog-blog tapi kena ada kajian 'online' dan 'offline'.

Tahap kedua ialah orang yang berpolitik kerana agenda tertentu.Kelompok yang berpolitik cara ini tidak ramai,ya...tidak ramai berbanding golongan 'childs'.Selalunya yang memiliki fahaman politik sebegini adalah para pemimpin atau kelas atasan dalam parti.Golongan ini adalah elit dalam parti.Merekalah yang memutuskan sesuatu polisi dan agenda.Mereka jugalah yang mengawal 'childs' dalam parti.Jika agenda parti adalah untuk mengisi perut sendiri,maka seluruh jentera parti digembeling untuk mengenyangkan kelompok pembuat agenda mengisi perut sendiri.Ahli parti bertaraf 'childs' tidak mengapa kais pagi makan pagi kais petang makan petang kais malam makan malam dan kais daun makan pasir.Itu bukan keutamaan parti.Media adalah sesuatu yang perlu dikawal.Disekat.Ditutup.Biar ramai akan menjadi 'childs' dan berpolitik secara 'childs'.Seperti lalang.Tiup ke kanan,dia ke kanan.Tiup ke kiri dia ke kiri.Di suruh lompat...dia pun melompat.





Namun takrifan cara berpolitik kedua juga boleh digunakan kepada sekelompok manusia yang besar.Misalnya sesuatu kaum.Ada kaum yang pada permukaannya menyokong pelbagai parti,namun ketika pilihanraya mereka bersatu memilih satu parti.Ada kelompok yang berpolitik semata-mata membantah konsep satu sekolah misalnya.Ada kelompok yang berpolitik untuk menegakkan faham kauvinis dan rasis.Ada kelompok berpolitik untuk menjalankan 'divide and rule'.Memecahkan undi untuk memberi kelebihan kepada pihak yang lain.Ini adalah golongan yang punya agenda tersembunyi.Dibandingkan dengan golongan 'child-politics',golongan ini lebih berfikiran jauh dan nampak bijak.Mereka ada halatuju dalam berpolitik.Mereka selalu menggunakan taktik 'tunggu dan lihat'.Kemudian bertindak.Mereka tidak mudah menjerit,bertepuk,melompat apatah lagi merusuh tidak ketahuan punca.MEREKA BERTINDAK DALAM SENYAP.Jika perlu,mereka akan gunakan golongan 'childs' untuk melaksanakan agenda politik mereka.

Tahap politik yang tertinggi dipunyai oleh golongan ketiga.Golongan ini adalah 'conspirator'.Mereka berpolitik untuk menjalankan konspirasi mereka.Golongan ini terdiri dari para Elit yang mengawal kedua-dua tahap politik tadi.Golongan ini mengawal 'hidden agenda level' dan pada masa pada yang sama sentiasa memantau 'childs'.Dalam konteks Malaysia,sebahagian besar dari golongan ini berada di luar negara.Mereka menjalankan agenda politik melalui 'remote control'.Taktik ini berjalan dengan meletakkan proksi-proksi mereka di negara ini.Istilah lama bagi proksi mereka ialah 'puppets'(boneka).Para Elit adalah 'Master of Puppet' yang menggerakkan proksi-proksi mereka di sini.Anda boleh mengenal 'puppets' ini dengan melihat tindak-tanduk mereka yang sama dengan 'Master' mereka.Para Elit ini mempunyai berpuluh-puluh ejen malah mungkin lebih untuk tugas-tugas 'penguatkuasaan'.NGO-NGO adalah proksi wajib dalam carta.Daripada NGO,bila-bila masa boleh 'diupgrade' kepada sebuah parti politik.Adakalanya tidak perlu,kerana NGO juga boleh berkuasa menjadi 'parti dalam parti'.Pada tahap ini tindakan mereka terbalik dari tahap kedua.Media dibuka seluas-luasnya.Setiap individu mesti mempunyai peti tv dan komputer dengan sambungan internet.

INI UNTUK PERSEDIAAN 'BRAINWASH'.PROPAGANDA.

Kami ingin membawa anda keluar dari kepompong 'childs'.Berpolitik tidak salah,tetapi perlu ada agenda.Berpolitik tanpa agenda hanya akan mendedahkan diri kepada kekeliruan.Misalnya jika seseorang pemimpin itu lompat parti atau menubuhkan parti yang baru,golongan 'childs' akan mengikut tanpa bertanya dengan jelas "Apakah agenda dia sebenarnya?".Jika anda berpolitik semata-mata untuk menegakkan Ketuanan Melayu,maka kaedah politik anda sebenarnya telah lama dimuziumkan.Cuba bertanya sendiri,adakah Melayu itu benar-benar menjadi 'Tuan' di bumi Malaysia ini setelah 52 tahun merdeka?Jika anda berjuang atas nama menegakkan hukum Allah misalnya,apakah 'blueprint' anda?Sudahkah anda bersiap sedia dengan segala kertas kerja anda.Bagaimana perancangan ekonomi anda?Sistem perundangan anda?Bagaimana dengan barisan kepimpinan anda?Ingatlah,perkara yang baik itu tidak akan berjaya kerana salah pengurusannya,dan perkara yang batil itu ,kerana tersusun strategi,terpimpin pengurusannya,pasti akan berjaya dengan izin-Nya.

Kita kesampingkan politik tahap rendah,seperti yang didukung oleh golongan sekular dan materialis,kerana golongan ini tidak akan ke mana kerana hidup di dalam kepompong yang disulam oleh para 'conspirator' iaitu 'politician' tahap ketiga.Para 'conspirator' ini walaupun luarannya nampak amat dasyat materialistiknya namun mereka seolah-olah lebih faham isi kitab AlQuran dari Mason-mason Melayu yang kebingungan ini.





Adakah Roland Emmerich mengarahkan filem 2012 secara berseorangan?Siapakah yang mendanai ratusan juta dollar untuk filem 'kiamat' ini?Lihatlah adegan St. Peter Basilica dan Obelisk yang musnah dan teliti apakah alasan Emmerich ketika ditanya kenapa tiada adegan Kaabah musnah dalam 'kiamat' 2012?Para pejuang Islam dan para da'i kena peka dengan politik para Elit ini.Para Elit sebenarnya tidak pandang sebelah mata pun dengan 'puppets' mereka yang terdiri dari para sekular,Islam Liberal,materialis,mason dan sebagainya,namun mereka SEBENARNYA BERURUSAN DENGAN PARA PENGIKUT AGAMA ALLAH AZZA WA JALLA ('berurusan' di sini bermaksud berjuang menentang mereka)

PARA ELIT LEBIH PERCAYA KIAMAT AKAN TIBA BERBANDING PARA MASON MELAYU YANG KETAGIHAN ARAK,HARTA,WANITA...

Para pejuang agama Allah mesti memastikan mereka tidak termasuk di dalam ketiga-tiga tahap ini,kerana ada satu tahap lain yang lebih tertinggi dari tahap-tahap ini.Malah para 'conspirator' sekalipun amat gerun dengan 'politician' atau para pengikut faham politik ini.

IAITU ORANG YANG BERPOLITIK SEMATA-MATA BERIBADAH DAN MENGHARAP KEREDHAAN DARI-NYA.

Inilah orang yang berpolitik semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah Yang Maha Perkasa.Bukan kerana kuasa dan pangkat.Namun mungkin ada yang pesimis dengan kenyataan ini.

Lupa diberitahu,PARA ELIT MEMANGGIL 'POLITICIAN' TAHAP PERTAMA DAN KEDUA SEBAGAI 'ZOMBIE'.

Fikirkan.Pas selamanya tidak akan dapat memerintah Malaysia jika majoriti umat Islam di sini masih buta agama sendiri.Kebanyakan mereka masih tidak tahu bahawa agama mereka mempunyai sistem ekonomi sendiri,sistem kekeluargaan dan SISTEM PEMERINTAHAN lengkap dengan undang-undang dan peraturan.Apa yang mereka tahu adalah fardhu ain,fardhu kifayah...fardhu ain,fardhu kifayah.Tetapi adakah mereka tahu tentang FIQH JINAYAH?SEbenarnya kebanyakan mereka tidak sedar ketika mereka berurusan dengan perbankan berasaskan syariah,mereka telah menyentuh FIQH MUAMALAH dan ketika berkahwin,mereka belajar tentang FIQH MUNAKAHAH.Tetapi dimanakah mahu dicampak fiqh jinayah iaitu sistem pemerintahan Islam?Sebab itu jika Pas kuat dalam lapangan dakwah,maka pada masa yang sama politik Pas juga akan kuat.LIHAT RAHSIA INI.

Inilah berkat dakwah menyampaikan kalimah 'LAILAHAILLALLAH'.


Pas tidak perlu bekerjasama dengan DAP jika faham rahsia ini.Mana lebih sukar,menghadapi saudara seagama sendiri atau menghadapi bukan seagama yang punya agenda tersembunyi yang sadis dan berbahaya?Pas kena berperang menyampaikan dakwah kepada saudara-saudara dalam Umno,bukan menyampaikan ilmu kepada sesama ahli sahaja.Pas mesti menekankan agenda dakwah menegakkan hukum Allah bukan agenda politik Pas semata.JIka Pas lebih berpolitik dari orang lain maka Pas akan dihina Tuhan lebih teruk dari para Sekularis dan Materialis.Kini ada tangan-tangan yang ingin menumbangkan apa yang dipanggil 'Kepimpinan Ulama' dalam Pas.Inilah akibat mengabaikan dakwah dan tarbiah maka konsep 'memprofesionalkan golongan ulama,mengulamakan golongan profesional' tidak sampai malah memakan diri dari dalam.Golongan profesional dibiarkan berkokok sendiri dan tidak ditarbiah,maka mereka mengadili perjuangan Pas ini begitu sempit seperti parti-parti sekular dan sosialis yang lain.Seorang yang bertaraf Profesor sekalipun akan bercakap tentang Pas seperti teori-teori Machiavelli dan John Smith.Dan seorang profesor bersungguh-sungguh ingin menukar kepimpinan Pas berdasarkan kaedah ciptaannya iaitu 'kajian internet dan blog'.Adakah kepimpinan sesuatu perjuangan atau parti boleh didasarkan kepada segelintir blog-blog sampah?Sungguh memalukan!



Jika kepimpinan ulama dicabut dari Pas,maka apa yang tinggal?Yang tinggal hanyalah nama 'Pas' sahaja dan harganya serendah perkataan PASport dan 'PASS exam'.

Buat permulaan,Umno tidak perlu dipaksa dibubar.Ini kerana ia sudah mengakar umbi dalam sejarah pentadbiran negara.Namun kita masih bertuah kerana Umno adalah PARTI ORANG-ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM.Tidak kisah,jika ada sekalipun mason-mason Melayu yang berkeliaran di dalamnya...jika tidak sebesar kuman,pasti ada sebesar zarah kepercayaan kepada Allah yang mencipta dirinya.

Oleh kerana Pas dikatakan dipimpin oleh ulama maka Pas ada tanggungjawab untuk menunaikan hak seluruh pengundi Umno/BN yang beragama Islam.Pas kena bersabar dengan Umno walaupun dikatakan Umno lebih kejam dari Yahudi (ini suara-suara dalam politik) Apakah hak itu?

IAITU HAK MENDAPATKAN KALIMAH 'LAILAHAILLALLAH' DI DALAM HATI MEREKA.

JIka Umno telah merasai kemanisan iman dan hikmah kalimah 'LAILAHAILLALLAH' maka percayalah tiada lagi politik suku,agama suku...mereka akan berbondong-bondong masuk ke dalam sistem Allah kaaafffaaah!(sepenuhnya) dengan penuh rela hati dan keredhaan dari Pencipta mereka sendiri.

Berpolitik biar matang.Kena keluar dari kepompong yang merimaskan.Berpolitik biar berpandangan 100 tahun ke hadapan.Inilah politik yang diamalkan oleh NEW WORLD ORDER.

NEW WORLD ORDER YANG MEMANTAU POLITIK MALAYSIA YANG SEMPIT.



Para Elit memandang pertelingkahan politik di Malaysia ibarat melihat dua ekor lalat yang berenang-renang di dalam secawan air.Dua ekor lalat tadi bertumbuk sambil mengipas-ngipas kepak mereka.Bagi kedua-dua ekor lalat tadi,merekalah juara politik di dalam cawan tadi.Dua ekor lalat itu tidak sedar,di sebelah mereka ada sebaldi air...

JIka para pejuang agama masih keliru di dalam secawan air,bagaimana jika mereka dituang ke dalam sebaldi air?

JIka seluruh umat Islam di bawah Umno masuk ke dalam sistem Allah,kita akan lihat siapa yang masih tinggal,yang enggan masuk ke dalam rahmat Allah.

Sama ada mereka adalah zombi-zombi politik,ataupun mereka sebenarnya adalah MASON-MASON MELAYU.








Sekali lagi

jangan berikan aku sebatang pena
tapi ajarilah ku
maksud

kebijaksanaan



No comments:

Post a Comment