Dalam artikel pertama,penulis telah memperkenalkan strategi ampuh yang boleh digunakan di zaman fitnah-memfitnah di Malaysia ini.Kita disogokkan dengan keburukan para pemimpin seperti Mahathir,Anwar dan Nik Aziz,malah ada yang menggelarkan mereka 'Mason'.Benarkah demikian?
Artikel
ini adalah sambungan kepada siri Mason-mason Melayu,dimana artikel
"Hikayat Tiga Mason Melayu" yang terdahulu adalah siri yang pertama.Apa
yang perlu,baca sampai habis dan berfikirlah dengan jernih,demi kebaikan
dan perpaduan seluruh umat Islam khususnya umat Melayu/Jawi.
Selamat membaca
-M.O
MASON-MASON MELAYU
cuba kau tanya Faisal Tehrani
apa maksud syiah imamiah
nanti keluar istilah
perpaduan sesama Islam
cuba kau tanya Karpal Singh
apa maksud derhaka
perlahan-lahan dia menyebut
"Malaysian Malaysia"
tanya pada Dr. Mahathir
kenapa keluar dari Umno
jangan pula keluar istilah
realpolitik
ini bukan mainan jargon-jargon
ini masa depan bangsa
apa Faisal Tehrani kata?
Bahasa Politik
siapa Machiavelli?
siapa Emmanuel Kant?
Mereka tidak faham apa itu
Dilema Melayu
ini bahasa politik
universalnya adalah
mengisi perut sendiri
-esastera
Dalam
artikel "Hikayat Tiga Mason Melayu",setiap watak telah diberikan
gelaran-gelaran yang jelik,dan semua ini diambil dari suara-suara
politik.Gelaran-gelaran ini diberi oleh pembenci Dr. Mahathir,pembenci
Anwar Ibrahim dan pembenci Tuan Guru Nik Aziz.
Setiap
watak juga telah diberikan pandangan dari kaca mata 'Dajjal The
Antichrist',bagaimana untuk memerangkap tokoh-tokoh ini.Pandangan yang
diberikan adalah berdasarkan modus operandi yang biasanya diterapkan
oleh golongan Elit kepada para pemimpin dunia termasuk tokoh-tokoh
agama.
Setiap watak juga diberikan pandangan
dari kacamata penganalisis konspirasi.Pandangan yang diberikan adalah
berdasarkan pemerhatian semasa dalam politik Malaysia digabungkan dengan
ciri-ciri yang bersesuaian dalam pengajian Teori Konspirasi khasnya
berkaitan NWO dan The Elite.
Lihat,kami tidak
mengatakan mereka benar-benar Mason.Kami memahami bahawa struktur
artikel ini agak berat dan kompleks bukannya seperti artikel gosip di
dalam Mangga atau URTV.Sebab itu dinasihatkan supaya baca sampai
habis.Kami cuma ingin anda berfikir sejenak apakah benar fitnah yang
ditaburkan kepada mereka,dan jika benar...apa tindakan kita.
Ada
di antara para pembaca yang melenting apabila membaca artikel
itu.Mereka telah mengatakan kami menuduh tokoh-tokoh kesayangan mereka
sebagai Mason.Lucunya,ada yang seperti mahu percaya,bahawa
ketiga-tiganya adalah Mason.Keliru,inilah kesimpulan yang boleh
diletakkan.Namun begitu,kesalahan juga wajar diletakkan di bahu
kami,kerana kekurangan kami dalam membuat sesuatu artikel menyebabkan ia
kurang difahami.Tetapi kami telah membuat penafian di akhir artikel.
Berdasarkan
pemerhatian kami,sebahagian besar orang Islam khasnya umat Melayu masih
terperangkap di dalam politik sempit kepartian.Umumnya,para pemimpin
mereka masih terperangkap di dalam politik 'mengisi perut sendiri'.Para
penyokong mereka pula terpukau dengan ideologi kepartian yang jumud dan
sempit.Apabila terperangkap di dalam politik kepartian,mereka memandang
seolah-olah parti mereka maksum;tanpa ada kesalahan,tidak boleh
diusik,disinggung apatah lagi diterajang.Inilah yang berlaku kepada Pas
dan Umno.
Kami
ingin membawa anda keluar dari kepompong politik sempit kepartian.Dari
dunia ribut di dalam secangkir cawan.Politik kekampung-kampungan.Kami
ingin membawa anda kepada dunia politik yang sebenar.Dunia politik yang
mengawal politik sempit kepartian tadi kecuali orang-orang yang
bertakwa.Keluar dari tafsiran jumud demokrasi yang merimaskan,kepada
politik yang lebih besar,
Welcome to the NEW WORLD ORDER.
Jika
anda masih duduk di dalam tempurung politik Malaysia yang memenatkan
ini,anda tidak akan sampai ke mana hatta anda seorang yang mengaku
pejuang agama,kerana pejuang agamalah yang menjadi sasaran no. 1
golongan Yahudi dan Nasrani.Jika kita masih duduk di dalam konsep sempit
Ketuanan Melayu,juga tidak akan ke mana kerana sebenarnya orang-orang
bertakwalah yang menjadi 'tuan' di muka bumi Malaysia ini,kerana doa-doa
merekalah yang menangguhkan bala bencana dari menimpa bumi
Malaysia,bukan para korporat,ahli politik apatah lagi tauke-tauke arak
dan disko.
Walau bagaimanapun hebat
penganalisis politik itu walaupun bertahap profesor,profesor madya
mahupun profesor kangkung,analisis politiknya adalah ditahap ruangan
Minahleter di dalam majalah Gila-Gila kerana masih terperangkap di dalam
demokrasi sempit,di mana demokrasi Malaysia inipun masih berada di
bawah politik NEW WORLD ORDER.Sebab itu umat Melayu semakin
berpecah.Dari satu parti iaitu Umno,menjadi dua;Umno dan Pas dan
menjelang alaf baru berpecah menjadi tiga;Umno,Pas dan PKR.Ini adalah
perkembangan yang bagus.Cemerlang,gemilang dan terbilang.
Secara
jujur,parti Umno adalah hasil dari kerjasama British dan Elit
Melayu.Umno tidak boleh bernafas dengan baik jika tidak menepati
kriteria yang disenangi oleh British.Sebagaimana biasa,setiap negara
majoriti orang Islam di bawah jajahan British mestilah dipastikan tidak
mempunyai agenda perpaduan Islam ataupun menjalankan hukum-hukum
Islam.Semua organisasi berhaluan kiri mahupun berfahaman Islam sama ada
dicantas ataupun disekat oleh British.Hanya Umno sahaja yang 'diredhai'
oleh penjajah itu.Mengapa?
Lord Cromer,seorang pegawai British di Mesir ketika era imperialisme telah berkata,
"Penjajah-penjajah
tidak akan memerdekakan mana-mana negara Islam selama mana negara itu
tidak ada penggantinya sebagaimana penjajah memerintah. Kalau ada
pengganti penjajah yang sama kepalanya, kepala penjajah, merdekakanlah
negara itu."
Sebab itu apabila
Malaysia direstui kemerdekaannya,perkara pertama yang mesti diterima
oleh Tunku Abdul Rahman ialah menubuhkan suruhanjaya menggubal
undang-undang,dengan undang-undang penjajah mesti di atas.Lord William
Reid,seorang Freemason dipilih untuk menerajui suruhanjaya ini.Common
Law mesti berada di atas undang-undang Tuhan yang menciptakan Lord
Reid,Cobbold,Ratu Elizabeth mahupun Tunku Abdul Rahman.Malah
undang-undang Tuhan mesti dipastikan tidak berjalan atau terhapus terus
berbanding undang-undang Common Law British.
Tetapi
bukankah Umno adalah parti orang-orang Melayu yang beragama
Islam?Tidakkah nanti apabila British pergi,Tunku Abdul Rahman boleh
menghapuskan undang-undang Common Law dan menggantikannya dengan
Syariah?Tidakkah British terfikir tentang ini?
Hmm...ini
semua sudah ada dalam perancangan British lama sebelum Perang Dunia
Pertama lagi.Organisasinya,ideologinya hatta para elitnya telah dipilih
oleh British untuk menggantikannya di Malaysia ini.Apabila melepasi
tahap kepercayaan British yang ketat,barulah Umno dilepaskan untuk
memerintah Malaysia.
"Baliklah orang putih yang kulit merah, tinggallah orang putih yang kulit hitam manis."
(Lord Cromer)
Hanya
orang yang sanggup menjadi boneka sahaja layak untuk dipercayai.Tetapi
jangan terburu-buru menyalahkan Tunku,mungkin beliau tahu tetapi beliau
sudah tiada jalan lain atau sudah TERPERANGKAP!
Kesalahan
besar Umno ialah masih mengekalkan undang-undang penjajah walaupun
sudah lebih 50 tahun merdeka.Mungkin alasan mereka adalah kehadiran
orang-orang India dan Cina menghalang undang-undang syariah
dijalankan.Alasan ini tidak boleh diterima,padahal ke atas orang-orang
Islam sendiri pun,undang-undang Tuhan masih dibakulsampahkan.Orang Islam
yang berzina dan minum arak,masih menggunakan undang-undang Common
Law.Malah apabila mahu menjalankan undang-undang Tuhan buat pertama kali
(isu Kartika),heboh satu negara.Ada yang mengatakan undang-undang Islam
kejam padahal dalam undang-undang Islam,orang yang menyebat dalam kes
ini tidak boleh mengangkat sedikit pun celah ketiaknya,jadi fikirlah
bagaimana kuat sebatan yang dilakukan berbanding kaedah sebatan mengikut
Common Law (tonton video penagih dadah yang disebat).Ini adalah
seangkatan dengan Sister In Islam yang memandang serong undang-undang
Syariah tanpa mahu menyelami sedikit pun hikmah di sebalik hukum
Tuhan,Allah Azza wa Jalla yang menciptakan dan memberi rezeki kepada
para ahli Sister In Islam dan sewaktu dengannya.
Pelajarilah undang-undang Islam sebelum membuka mulut tentangnya.Manusia benar-benar menjadi MUSUH KEPADA APA YANG TIDAK DIFAHAMINYA.
Bagaimanakah
orang bukan Islam dapat melihat hikmah di sebalik hukum Allah sedangkan
orang Islam sendiri ragu-ragu dengan hukum agamanya sendiri?
Maka
para ulama dan pendukung agama pun semakin resah dengan tidak-tanduk
Umno yang semakin 'selamba' meneruskan undang-undang penjajah.Jika
mengambil tindakan mendiamkan diri,maka sesungguhnya hidup ini
sementara.Sudah tentu apabila di alam barzah,para ulama inilah yang
paling berat seksaannya kerana menjadi 'ular dalam semak' mendiamkan
diri menjadi ulama bisu dan pekak.Tuhan hanya mahu menguji.Siapakah yang
mahu menjalankan hukum-Nya,siapa yang membakulsampahkan hukum-Nya.Tuhan
tidak rugi apa-apa.Yang rugi adalah manusia sendiri.
Jika
mengambil tidakan militan,memberontak dan berjihad secara mengangkat
senjata,sudah tentu akan mengorbankan saudara sebangsa dan seagama
sendiri.Sudah pasti pula,British akan kembali ke Malaysia dan menjajah
kembali atas alasan membantu menghapuskan fahaman ekstrem dan keganasan.
Ini
adalah ujian yang amat getir bagi para pencinta agama.Namun apa yang
dilakukan oleh para Liberal dan Sekular?Mereka masih enak menjilat
buntut penjajah yang diharap memberi sesuap nasi untuk mereka
hidup.Mereka tidak ada fikir dan risau akan masalah umat.Mereka lebih
risaukan perut mereka sendiri.
Maka para
pencinta agama,terpaksa mengambil jalan paling sukar dan
mengelirukan;masuk bersama-sama ke dalam sistem demokrasi dan berjuang
ke di dalamnya.Inilah jalan yang amat sukar,ibarat membiarkan diri
diperangkap dengan jerat tikus yakni demokrasi, untuk mendirikan hukum
Allah.The Hidden Hand tersenyum melihat perangkapnya mengena.Dia tahu
gerakan Islam tidak akan ke mana,di sana perangkap, di sini pun
perangkap.
Perbalahan antara Pas dan Umno
ibarat perbalahan keluarga yang kompleks.Umno ibarat adik yang degil dan
suka berpeleseran,suka mendengar kata-kata kawan-kawan yang rosak,tidak
mahu sembahyang dan suka memasang radio kuat-kuat.Pas pula adalah abang
yang garang.Abang yang pernah mengaji agama dan faham hukum-hukum
agama.Si abang terus memarahi si adik,merotannya dan mengingatkan
tentang balasan Tuhan,namun si adik merasa tersinggung dengan sikap
abang.Jauh dihati kecil si adik,sayang terhadap agama itu masih ada
namun dirinya amat lemah dengan godaan dunia dan nafsu.Namun cara si
abang amat dibencinya.Adik mula memaki hamun abang dan kemudian giliran
abang pula yang berkecil hati dengan si adik.
Kemudian masing-masing menjauhkan diri.
Kehadiran
DAP memburukkan lagi suasana.Pas yang terdesak kerana masih tenggelam
timbul dalam pilihanraya terpaksa bekerjasama dengan DAP untuk
sekurang-kurangnya menidakkan majoriti Umno/BN.Ini kerana pada fikiran
Pas,Umno sudah rosak dan jalan lain perlu dicuba untuk menafikan
penguasaan Umno.
Di sini kesilapan Pas.Pas bekerjasama dengan orang yang punya agenda yang lain.Agenda yang lebih sadis dan berbahaya.
Apabila
terdapat negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat,Pas rasa
berjaya kerana dapat menguasai masjid dan surau dengan selesa.Ilmu agama
dapat sampaikan dengan selesa.Namun pencacai Yahudi punya agenda lebih
besar.Tidak perlu pergi jauh-jauh.Cuba kaji isu arak di Selangor.Pas
Selangor cuba mempertahankan prinsip agama namun ia bukan sahaja
diperleceh oleh orang bukan Islam malah dari kalangan Pas sendiri
(mungkin ada api dalam sekam,siapa tahu?) semata-mata untuk menjaga
kesatuan dalam Pakatan Rakyat.Adakah menjaga kesatuan Pakatan Rakyat
lebih suci dari tanggungjawab amal maaruf nahi mungkar?
Inilah
demokrasi yang penuh tipu muslihat.Kepada Pas,demokrasi bukanlah
semata-mata suara ramai,itu propaganda sahaja.Itu kulit sahaja.
DEMOKRASI ADALAH TEMPAT BERMAIN PARA ELIT THE HIDDEN HAND.
Demokrasi
ibarat permainan poker.Umno dan DAP adalah pemainnya.Pas cuba masuk
untuk bermain dan jika menang,ia boleh menubuhkan negara Islam melalui
demokrasi tadi.Ketika permainan,masing-masing cuba bermain 'psikologi'
untuk mengelirukan.Adakalanya Pas mendapat 'pair of Ace' dan yakin boleh
menang.Ketika 'flop', Pas semakin yakin,pemain-pemain lain tidak dapat
menyainginya sehinggalah 'turn' dan 'rival' di mana terdapat 'pair of 2'
namun Pas yakin dia tetap menang kerana memiliki 'daun' paling
tinggi.Akhirnya Pas pun 'all-in';sanggup menerima persahabatan dengan
DAP dan PKR yang jelas tidak bersetuju dengan konsep negara
Islam.Menyerahkan segala-galanya.Tetapi salah seorang pemain juga
'all-in' dan apabila kad masing-masing dibuka,malangnya pemain tadi
mempunyai kad '2' dan sekaligus memiliki 'House' atau 'Three of
Kind'.Akhirnya Pas yang kecewa.
Demokrasi
adalah perjudian getir buat gerakan agama untuk mendaulatkan Islam
melaluinya.Demokrasi adalah perangkap.Demokrasi adalah jerat.
Kalau begitu bagaimana?Bagaimana mahu keluar dari perangkap yang memenatkan ini?
KEMBALI KEPADA PENCIPTA.
Orang
ramai hatta orang Islam sendiri tidak akan menyokong konsep negara
Islam jika mereka tidak dijelaskan dengan baik apakah itu hukum Islam.
Orang
bukan Islam tidak menjadi masalah.Mereka masih minoriti.Jika orang
Islam khasnya orang Melayu tidak yakin dengan agama sendiri,bagaimana
orang bukan Islam mahu yakin dengan undang-undang Islam?Jadi masalah di
sini adalah orang Melayu khasnya para pengundi Umno/BN.
Ingat,walaupun
demokrasi penuh tipu muslihat,namun kita boleh memanipulasinya sekadar
yang mampu.Katakan kita boleh pakai prinsipnya yang paling mudah,iaitu
suara ramai.
Bagaimana jika dalam 10 orang,seorang sahaja yang faham kalimah 'LAILAHAILLALLAH'
dan yang lain tidak?Jika 'bermain' demokrasi,adakah yang seorang itu
akan menang?TIDAK SAMA SEKALI.Sebab itu jika 9 orang tadi adalah
orang-orang yang bodoh,maka negara akan diperintah oleh orang-orang yang
bodoh dan undang-undang yang bodoh.Itulah demokrasi.
Maka tugas sebenar Pas ialah memasukkan kalimah 'LAILAHAILLALLAH' kepada hati semua umat Islam khususnya para pengundi Umno yang masih khayal dengan racun penjajah.MANA DIA USRAH-USRAH PAS??
Kemana
perginya?Inilah balasan Tuhan kerana meninggalkan kerja
dakwah.Ingat,dakwah dan politik perlu bergerak seiring,baru menepati
kaedah nabi yang mendirikan negara Islam Madinah.Kerana terlalu
berpolitiklah orang-orang agama terperangkap dalam permainan musuh-musuh
Allah.
Pas tidak perlu dibubar dan menjadi
Jemaah Tabligh.Pas tetap berperanan sebagai 'political axis' dalam
agenda Islam,namun perlu ada hubungan dengan orang yang menjalankan
kerja-kerja dakwah seperti Jemaah Tabligh jika masih terkial-kial dengan
program usrah yang segan hidup mati tak mahu.Dua entiti ini kena
bergerak serentak.Orang dalam Tabligh tidak boleh perlecehkan Pas.Pas
tidak boleh perlecehkan Tabligh.
Jika
seluruh pengundi Umno/BN iaitu yang majoritinya orang Melayu/Islam
dapat dimasukkan kalimah 'LAILAHAILLALLAH' yang menjadi hak mereka yang
hilang akibat racun penjajah,ke dalam hati mereka,nescaya tanpa perlu
ceramah Pas yang berapi-api,mereka akan berbondong-bondong masuk ke
dalam sistem Allah.
Pas perlu kuat dalam siasah
mereka.Para pemimpin mereka perlu belajar ilmu siasah politik.Atau
SAINS POLITIK.Ulama yang memegang amanah politik lain cabarannya dengan
ustaz yang mengajar kitab-kitab di surau-surau.Pas perlu mengkaji
senario politik global.Belajar apa itu Freemason dan Illuminati.DAN PROKSI-PROKSI MEREKA DI SINI.Pas
kena keluar dari politik Malaysia yang sempit kepada lebih berwaspada
dengan politik NEW WORLD ORDER.Inilah cabaran yang sebenar.Jika ini
dapat dicapai,Pas akan dapat melihat siapa lawan siapa kawan.
Hak
saudara seagama dalam Umno perlu ditunaikan.Jangan marah dan
memakihamun mereka.Dekati mereka dan nasihatilah dengan hikmah.Mungkin
hanya Jemaah Tabligh yang mampu menjadi orang tengah.Mampu mendekati
saudara seagama dalam Umno,melembutkan hati mereka dan sedar bahawa ABANG YANG MEMARAHI ADIK TADI TIDAK SANGGUP MEMBIARKAN ADIKNYA SENDIRI TERBAKAR DALAM JAHANNAM.
Umno
ibarat saudara yang buta matanya (oleh penjajah) dan hampir-hampir
memegang api dihadapannya.Pas nampak,tetapi caranya kasar,ia menepis
sehingga menyakiti Umno.walaupun niat Pas baik,namun Umno semakin benci
dengan Pas kerana mengasarinya namun Umno tidak sedar,jika dia tidak
ditepis oleh Pas,pasti tangannya terbakar.Dalam hal ini Pas mesti
berubah cara atau pendekatan dakwahnya atau dia perlukan pertolongan
adik beradik yang lain,yang paling baik setakat ini adalah Jemaah
Tabligh bagi melembutkan hati Umno.
Percayalah,si adik perlukan abang yang penyayang dan memberikan nasihat dengan senyuman.
Dan jika ini terjadi,walaupun kita disuapkan dengan racun,kita dapat mengubahnya menjadi madu yang manis,segar lagi menyihatkan.
No comments:
Post a Comment