Orang-orang
Melayu masih mampu lagi memegang politik Malaysia walaupun
terpecah-pecah ideologinya.Walaupun separuh dari pelan pertama mereka
berjaya iaitu meletakkan politik Malaysia di tangan para Sekularis
Melayu berjaya,namun itu tidak cukup,kerana para Sekularis Melayu ini
masih 'bersimpati' dengan agama mereka.Pemimpin politik Malaysia yang
baru perlu dicari,jika boleh tiada kaitan langsung dengan agama
Islam,dan punya kelebihan jika calon ini punya rasa benci dengan agama
itu.Jika tiada,seorang Melayu perlu dilatih,supaya mampu 'bertaqiyyah'
di masa-masa yang perlu,menghapuskan 'priority' agama Islam
perlahan-lahan dan mendoktrinkan semua orang-orang Melayu menjadi
sepertinya,punya rasa benci terhadap agama sendiri.
Ketika
dua parti terbesar orang-orang Melayu bercakaran dan berpolitikus
sesama sendiri,berkeliaranlah para Oportunis,Racist dan Chauvinist
menunggu-nunggu peluang yang tiba.Golongan Ultrakiasu juga masih belum
kebah dari demam 'kiasu' mereka.Misionaris-misionaris agama lain pula
giat memurtadkan bangsa Jawi,mencari jalan dan helah untuk menjauhkan
bangsa ini dari hidayah Ilahi seterusnya memadamkan laluan
ramalan-ramalan akhir zaman dalam Holy Scriptures.
Setiap
hari Jabatan Rahsia Amerika mencari-cari masa yang sesuai untuk
mencucukkan jarumnya.Namun ini amat sukar.Mereka perlukan satu situasi
yang sesuai bagi menjadikan seolah-olah kehadiran mereka 'disambut'
secara sah dan terhormat.
"Summon The Kraken"
Jika anda ingin bertanya
apakah maksud Kontrak Sosial
tanyakan pada Lim Kit Siang
mungkin dia lebih mengerti dari
seekor beruk yang mendapat bunga
Jika ingin tahu apakah maksud
'Penghapusan Etnik'
tanyakan pada P. Uthayakumar
Kamus Oxford pun tidak termampu lagi
menceritakan definisinya
sebaik dirinya
Tanyakan makna Sensitiviti Kaum
dan Keistimewaan Bumiputra
pada Teresa Kok
anda mungkin terkesima jawapannya
lebih bijak dari seekor anjing
dari dua biji telur dan sedikit kuah
Mintalah nasihat Dr. Mashitah
tentang Qisas dan Hudud
rujuklah tentang Negara Islam Madinah
pada DS Najib Tun Razak
mereka lebih faham dari
Tuan Guru Hadi Awang
Jangan tanya maksud 'Allah'
pada Ustaz Haron Din
tapi rujuklah ia pada
Khalid Samad,Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin Umno
kerana merekalah pejuang 'Tuhan'
merekalah yang 'mensucikan' nama-Nya
di muka bumi ini
bukan para ulama
bukan para mufti
mereka banyak berpolitik
mereka banyak membodek
mari kita suburkan Pluralisme
kita jadikan Hukum Tuhan
sebagai tisu tandas paling mahal
di hotel yang bernama 'Malaysia' ini
jika mahu menangis
tanyakan pada Faisal Tehrani
"ayuh,menangislah!...menangislah....!"
Politik Malaysia
unik kerana keadaannya yang bercampur-maur.Atau kita namakannya sebagai
'Rojak Politik Malaysia'.Malaysia secara istilah teknikalnya
mengamalkan sistem Demokrasi Raja Berpelembagaan.Demokrasi adalah 'kain
kanvas' yang menutupi sistem politik Malaysia,namun warisan
turun-temurun raja-raja Melayu dikekalkan.Ketua negara Malaysia adalah
Yang DiPertuan Agong,bukannya Perdana Menteri.Namun,sepertimana
negara-negara demokrasi lain,yang 'buat kerja' adalah Perdana
Menteri.Secara jujurnya,ramai yang beranggapan semua sultan-sultan
Melayu ini ibarat lambang dan perhiasan negara sahaja.Mereka diberi upah
dari jerih perih nelayan,petani,buruh kasar,pekerja kilang,penoreh
getah dan sebagainya semata-mata untuk bermegah dengan pangkat,simbol
dan gelaran dan hidup bermewah-mewahan.Namun ini tidak semestinya
betul.Ada orang bukan Melayu sendiri yang amat faham kepentingan
kedudukan raja-raja Melayu ini dalam percaturan politik Malaysia.
Raja-raja
Melayu ibarat pertahanan terakhir orang-orang Melayu dalam sistem
politik Malaysia.Tidak diketahui siapakah 'mastermind' dalam seluruh
sejarah Melayu di sebalik idea bijak ini.Orang yang menjadi 'mastermind'
ini tahu fungsi raja-raja Melayu.Dan dia berkeras mahu takhta raja-raja
Melayu ini dipertahankan walaupun ada sesetengah raja-raja Melayu ini
bersifat dungu dan tidak tahu diuntung.Kita boleh baca kisah mereka yang
berebutkan tanah,wilayah atau perdagangan (melombong bijih misalnya)
sesama sendiri dan ada yang sanggup bersekongkol dengan penjajah demi
mencapai maksud mereka.Raja-raja Melayu ini jika bergaduh atau
bertaruh,cagarannya adalah tanah dan negeri rakyat Melayu.Contoh yang
paling baik ialah Singapura.Dahulu Singapura digadaikan kepada Stamford
Raffles oleh raja dan bangsawan Johor akibat perselisihan faham.Kemudian
selepas merdeka,sekali lagi Singapura digadaikan atas sebab-sebab yang
pelik.Siapa yang membawa British ke mari?Raja-raja Melayu!
Namun
'mastermind' ini faham,jika institusi raja-raja Melayu ini hancur,maka
perlahan-lahan bangsa Melayu juga akan hancur.Ini kerana segala
lambang,kebesaran,dokumen,sifat,tabiat,ciri dan sejarah Kemelayuan
adalah ditangan raja-raja Melayu ini.Orang-orang Melayu moden hari ini
tidaklah 'seMelayu' raja-raja mereka.Raja-raja mereka masih sanggup
bertengkolok,bersampin dan berkeris di zaman Internet dan koridor
maklumat ini.Raja-raja Melayu masih setia
ber'beta',berpatik-patik,mencemar duli,bersiram dan bernobat dikala
anak-anak Melayu lebih mengenal
'chatting','ym','Facebook','twitter','indie','gig' dan
sebagainya.Warisan kemelayuan seperti keris purba,istana,kitab-kitab dan
protokol istana yang dijaga sejak zaman-berzaman masih dijaga rapi oleh
kerabat diraja ini.Kita mungkin hairan tentang bangsa Melayu (terutama
di Malaysia) yang tiada punya kesan-kesan fizikal agung seperti istana
purba,kota yang megah-megah,bangunan seperti Angkor Wat atau Piramid dan
sebagainya namun sebenarnya kunci kepada teka-teki ini berada pada
warisan yang masih tertinggal pada raja-raja Melayu ini.JIka tiada yang
sanggup bertengkolok di era Nuklear ini,siapa lagi??
Cuba
tanya kepada Harold MacMichael,siapa yang suruh dia meminta tandatangan
raja-raja Melayu perihal Malayan Union.Mengapa British sebagai empayar
penjajah paling hebat dan terbesar di dunia tidak mampu menyepak takhta
raja-raja Melayu ini;biar raja-raja Melayu ini tersepuk tersungkur
tertiarap membisu.Sepanyol mampu menenggelamkan sultan-sultan Manila dan
Sulu di dalam Laut Sulu,Belanda mampu membenamkan raja-raja Jawa di
Tangkuban Perahu namun apakah masalahnya dengan British dengan raja-raja
Melayu yang degil ini?What's wrong with you hah?
Ada
sebab mengapa British mengirim Harold MacMichael kepada raja-raja
Melayu dengan pena dan kertas,bukannya dengan meriam atau pistol.Sama
aneh seperti idea 'penghapusan identiti dan sastera' Melayu ketika
beratus tahun menjajah Tanah Melayu,bukannya penghapusan etnik.Bagaimana
identiti Melayu di Filipina boleh dihapuskan,bahkan agama sekali
sehingga orang Filipina hilang budaya dan menghadapi kecelaruan identiti
namun perkara ini tidak berlaku di sini.Adakah Sepanyol penjajah paling
hebat dan berkuasa daripada Empayar British?Tidak sama sekali.Bahkan
Britishlah penjajah paling jahat dan kejam dalam sejarah.Sepanyol tidak
mampu menjajah seluas British.Perhatikan bagaimana Kerajaan British
mengupah privateer di Lautan Atlantik bagi mengacau kapal-kapal
Sepanyol.Inilah permulaan kepada cerita Pirates of Caribbean.Lanun-lanun
Inggeris mendapat sokongan secara senyap bagi menghapuskan dominasi
laut oleh Belanda dan Sepanyol di Benua Amerika.Siapakah Sir Francis
Drake?Seorang privateer dan juga seorang lanun bagi pihak Inggeris dan dia ialah seorang bangsawan Inggeris.
Di
dalam catur,Tembok (castle) bukanlah serangan utama ketika menyerang
namun masih tetap berbahaya dalam keadaan tertentu.Tembok juga mampu
memasang perangkap.Begitu juga dengan raja-raja Melayu.Contoh yang
paling terbaik adalah kes yang berlaku di Perak dahulu selepas
pilihanraya yang lalu.Di atas kertas,sepatutnya DAP boleh melantik
Menteri Besar dari kalangan mereka,namun ini tidak berlaku.Undang-undang
Tubuh Negeri Perak mensyaratkan jawatan itu hanya boleh di sandang oleh
seorang Melayu yang beragama Islam.Ini yang membuatkan darah DAP
mendidih kepanasan.Jika boleh bukan gambar ADUN yang melompat parti itu
yang dijadikan alas kaki tempohari,tetapi gambar Sultan Perak.Kita boleh
lihat banyak pengajaran dari sini.Negeri Perak majoritinya ialah
orang-orang Melayu.Ia bukan seperti Pulau Pinang.Namun DAP hampir-hampir
menabalkan rajanya di sana kerana hasil perpecahan orang-orang
Melayu.Di atas kertas,ya...DAP sudah menang dan Perak berada di bawah
mereka sebenarnya.Namun realiti 'mimpi ngeri' ini telah diselamatkan
oleh peranan yang dimainkan oleh Sultan Perak.Sultan Perak ibarat Tembok
buah catur tadi.Namun imej Sultan Perak yang asalnya menjadi hero
orang-orang Melayu ini dipolitikkan secukup rasanya oleh para Sekularis
Melayu dungu yang mengambil kesempatan.Undang-undang negara bagi mereka
adalah karpet kecil 'welcome' buat penyambut tamu sahaja.Sultan Perak
memanglah bekas hakim namun menjadi hakim tidak semestinya tahu
selok-belok konspirasi politik.Sultan Perak akhirnya menjadi bola sepak
di antara UMNO dan PAS dengan DAP sebagai penontonnya.Sultan Perak yang
di pagi harinya menjadi hero orang-orang Melayu menyelamatkan negeri
Perak dari jatuh ke tangan Chauvinist Malaysia bertukar di petang
harinya menjadi sasaran kemarahan orang-orang Melayu yang berarak dan
ada yang sanggup menghalang kereta Raja Muda dengan berbaring di atas
jalan.Orang yang berarak ini adalah mangsa eksperimen 'childs politic'
UMNO yang terburu-buru memburu kuasa yang jatuh di Perak.Bagaimana
mahkamah mengesahkan keputusannya kemudian bertukar iklim apabila dirayu
sehingga hakim yang memutuskan Menteri Besar yang asal sebagai sah
dituduh membuat kesilapan.Itulah UMNO,para Sekularis yang memijak
undang-undang sebagai karpet merah ke Perhimpunan Agungnya.
Moralnya,kes ini memberitahu kita beberapa perkara.Demokrasi tidak mampu menyelamatkan orang-orang Melayu dan Islam WALAUPUN MEREKA MEMPUNYAI SEBAB YANG KUAT UNTUK MENANG SECARA DEMOKRASI,IAITU KUASA MAJORITI.Jadi
cara untuk menghapuskan kelebihan ini ialah pecahkan majoriti ini.Jadi
undi Melayu akan terpisah-pisah kepada parti-parti politik berbeza,pada
masa yang sama pengundi kaum lain bersatu dalam satu parti
politik.Keduanya,DAP sepatutnya mampu melantik 'raja' mereka untuk
mentadbir Perak melalui prosedur biasa namun tertahan dengan
Undang-undang Tubuh Negeri Perak.Pelan pertama berjaya,namun pelan kedua
gagal akibat masalah ini.Pada masa yang sama,rupa-rupanya raja-raja
Melayu ini adalah benteng terakhir kepada survival politik Melayu.Ini
ditampilkan dari peranan yang dimainkan oleh Sultan
Perak.Seterusnya,kecelaruan yang berlaku di Negeri Perak berlaku akibat
kebodohan orang-orang Melayu sendiri dan ini ditampilkan dalam dua
senario.Pertamanya perpecahan undi Melayu menyebabkan 'priority' Menteri
Besar Perak mampu dicabar oleh DAP di atas kertas.Dengan kata lain,jika
perkara ini dibawa ke Mahkamah Antarabangsa yang juga pernah
membicarakan kes Pulau Batu Putih,orang-orang Melayu akan berputih
mata,kerana DAP berhak menang.Keduanya,kerakusan UMNO mewakili para
Sekularis Melayu memburukkan keadaan,dan kerana kegelojohan para
Sekularis Melayu ini,Sultan Perak dihina oleh orang Melayu yang menjadi
zombie-zombie 'childs politic' dan ini seolah-olah melunaskan dendam DAP
pada raja orang-orang Melayu Perak ini.
Kebingungan
raja dan bangsawan Melayu sehingga menggadai negeri kepada penjajah
nampaknya diulangi atau diwarisi oleh 'mereka-mereka' yang terlebih
berpolitik ini,terutamanya para 'bangsawan' UMNO.Mereka tidak
serik-serik dan tidak mahu belajar dari sejarah.Setiap hari difikirkan
bagaimana mahu menambah binaan rumah atau merenovasinya.Setiap kali
renovasi rumah-rumah bangsawan UMNO ini boleh mencecah angka 3
juta.Alangkah baiknya jika jumlah ini disumbangkan kepada para marhaen
yang miskin papa kedana seperti yang ditonton dalam rancangan Bersamamu
di TV3.Jika ditanya-tanya,mereka melenting,ini hasil usaha kami,mengapa
perlu sibuk-sibuk.Akhirnya rakyat marhaen disalahkan kerana suka
meminta-minta,pemalas dan ketagih subsidi.Padahal para tauke,konglomerat
dan korporat yang ketagihkan rasuah tidak pula dituduh peminta subsidi
kerajaan.Ahli korporat yang keparat inilah yang mencuri wang subsidi
rakyat.Namun bagi mereka istilah subsidi diganti dengan 'suntikan
dana'.Sudahlah berniaga pun tidak pandai,bila gagal minta 'subsidi'
kerajaan.
Rumah-rumah bangsawan UMNO ini
seperti mahligai atau resort.Mereka bangga menjadi kaya padahal kekayaan
itu disokong oleh rakyat.Bangsawan UMNO tidak pedulikan hal-hal
agama.JAKIM adalah produk melepaskan batuk di tangga
mereka.Dakwah?Ya,bangsawan UMNO juga berdakwah,caranya ialah melalui
Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia atau YADIM.Inilah 'badan dakwah'
paling lawak antarabenua.Tenggelam timbul.Hidup segan mati tak
mahu.Sempat juga timbulkan kontroversi dengan bekas mufti kontroversi
seMalaya,siapa lagi kalau bukan Dr. MAZA.Sila bandingkan YADIM dengan
pergerakan mubaligh Kristian seluruh Sabah.Bagai langit dengan
bumi.Sikap bangsawan UMNO yang materialistik+dungu+sombong+mengabaikan
agama sendiri ini berpotensi sebagai pemangkin mempercepatkan lagi
kepupusan orang Melayu di Malaysia.Ini belum lagi ditambah dengan
masalah orang yang sepatutnya menegur mereka namun semakin cacamarba
sikapnya,iaitu PAS.
PAS memang sempurna dari
segi konsep dan ideologi namun cacat dari segi teknikal dan
pelaksanaan.PAS masih degil dengan pendekatan dakwah yang keras dan
berbentuk menghukum.PAS masih kurang matang dalam pendekatan dakwah yang
berhikmah.Bagaimana tu?Belajarlah dari usaha dakwah nabi
s.a.w.Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w memberi makan setiap hari kepada
seorang Yahudi buta yang memakihamunnya akibat terlalu benci dengan
baginda.Itulah rutin baginda sehingga kewafatannya sehingga disambung
oleh Abu Bakar As-Siddiq.Aneh bukan?Ini Yahudi Harbi yang nyata dan
memang benci dengan Islam dan Nabi Muhammad s.a.w.Tetapi bagaimana
dengan ahli-ahli UMNO dan bangsawan mereka?Adakah mereka tidak layak
kembali ke pangkal jalan?Lainlah kalau segelintir pemimpin PAS
menganggap orang UMNO lebih teruk dari Yahudi.
Ordo Ab Chao
Masing-masing
ada masalah.UMNO sudah maklum dengan para Sekularis,Liberalis dan
manusia-manusia materialistik pemuja harta,takhta dan wanita yang
berkeliaran di dalamnya.Di dalam PAS,menyorok pencandu-pencandu Islam
Liberal,Wahabi tahap berat dan Syiah-syiah Melayu yang tak tahu malu.Di
dalamnya juga berdiam para oportunis dan profesor-profesor kangkung yang
bencikan 'Kepimpinan Ulama'.PKR?
Semua di atas dengan tambahan satu bonus;ejen-ejen Dajal.
Selamat Datang Ke Dunia Politik Melayu Yang Unik.
Keunikannya
memanggil-manggil para oportunis dari kalangan
Chauvinist,Racist,Ultrakiasu serta para misionari agama lain supaya
memanipulasikan 'keunikan' ini.Ini samalah seperti semut-semut yang
menghurung gula.Orang-orang Melayu dijamah dan disantap seperti hidangan
yang amat lazat.Mereka dijamah dan disantap bukanlah dalam keadaan
zaman Pak Kaduk dan Pak Pandir.Sedihnya,mereka dijamah dan disantap di
dalam era Internet dan teknologi Nuklear.Orang-orang Melayu ini bukanlah
dijadikan hidangan di tepi koridor-koridor sekolah tetapi di ambang
koridor ekonomi dan koridor raya multimedia.Inilah nasib malang yang
menimpa orang-orang Melayu di bumi sendiri.
Bagaimana
tuntutan kalimah 'Allah' oleh para misionari Kristian boleh lepas ke
mahkamah dan menang pula padahal sudah diharamkan oleh Kementerian Dalam
Negeri dan sudah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.Bukankah agama
Islam adalah agama rasmi negara?Ini termaktub dalam perlembagaan.Apakah
makna 'agama rasmi' ini?Adakah sekadar wayang atau sebaliknya?Inilah
kepelikannya jika undang-undang dibawah kaki bangsawan UMNO.Pihak-pihak
yang dungu cenderung menyalahkan pihak yang satu lagi terutamanya Khalid
Samad kerana menyokong penggunaan kalimah 'Allah' ini.Khalid Samad
adalah ahli politik yang bijak dan terpelajar,namun beliau lebih bijak
dan terpelajar jika mampu mengurangkan ketagihan kepada fahaman Islam
Liberal di dalam pemikirannya dan berhati-hati dalam tindakannya kerana
beliau adalah ahli politik PAS.Masalahnya PAS adalah parti berteraskan
agama.Lebih baik semua ahli politik PAS ini dididik supaya menghormati
Dewan Ulama PAS.Di sinilah pentingnya peranan yang dimainkan oleh Dewan
Ulama PAS.Dan inilah yang membezakan PAS dengan lain-lain parti yang
tujuan hidupnya hanya berhenti di dunia fana ini.Dalam hal ini PAS perlu
mencantas semua 'profesor-profesor kangkung' yang bersikap seperti duri
dalam daging yang membawa agenda untuk menghapuskan Kepimpinan Ulama.
Khalid
Samad hanyalah ikan bilis,bagaimana pula dengan 'jerung besar' yang
sepatutnya mampu mengawal undang-undang negara?Kes Altantuya dan video
Lingam boleh 'disejukkan' dalam jangkamasa yang lama.Kes Menteri Besar
Perak boleh dimain-mainkan keputusan mahkamah laksana bermain batu
seremban lagaknya sehingga ada orang yang pernah jadi Menteri Besar
tidak sampai 24 jam.Kasihan dia.Ini boleh dimasukkan dalam The Malaysian
Guinness Book of Records.
JIka
'orang itu' boleh memain-mainkan undang-undang negara,kenapa tidak
menggunakannya dalam masalah ini?Ini masalah berat.Boleh mencetuskan
rusuhan agama.Sudahlah yang menjadi hakim pun bukan Islam,keputusan pun
melanggar fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan.Jadi,adakah mahkamah sivil
lebih tinggi dari Majlis Fatwa Kebangsaan?Jadi apa gunanya ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA
itu?Majlis Fatwa Kebangsaan yang punya autoriti kuat pun rebah ditangan
mahkamah sivil,apa yang hendak diharapkan lagi untuk melindungi
kedudukan agama Islam di Malaysia?Kalau begitu bolehlah disarankan semua
remaja Melayu yang ketagihan arak,bersatu beramai-ramai menghantar
tuntutan kepada mahkamah supaya 'dihalalkan' arak kepada remaja
Melayu.Kepada pasangan-pasangan yang gemar berzina bolehlah mengajukan
kes di mahkamah supaya dihalang segala bentuk 'penindasan hak asasi'
mereka untuk bercengkerama berasmaradana.Majlis Agama Islam pasti kalah
kerana 'majlis' segagah Majlis Fatwa Kebangsaan pun boleh terduduk di
kaki mahkamah sivil apatah lagi jabatan-jabatan agama seperti JAIS ini.
Mengapa tidak bertindak 'secergas' kes Altantuya dan Video Lingam?Sebab enjin hilangkah?Atau ada sebab lain?
Apa
yang para Elit ini tidak tahu atau buat-buat tidak tahu,para
konspirator sedang merancang sesuatu.PEMERINTAHAN DARI KEKACAUAN.Mungkin
saja mereka tahu emosi umat Islam akan cepat terbakar bila diusik-usik
begini.Kemudian mereka sendiri yang membakar gereja-gereja.Biar keadaan
menjadi lebih panas.Kemudian zombie-zombie yang bersepah di luar akan
menyambung 'kerja sebenar' mereka.Ada yang membakar gereja lagi dan ada
yang membalas membakar surau dan masjid.Keadaan menjadi lebih panas dan
semakin tidak terkawal.Mungkin terjadi rusuhan agama.Kemudian NGO-NGO
mereka membuat rayuan bantuan antarabangsa supaya mencampuri hal ehwal
negara yang meruncing.
"Summon the Kraken!"
dan selepas itu Syaitan Besar pun datang dengan lagaknya berserta polis-polis dunia yang lain.
Ketika ini mungkin para Melayu-Islam yang kehabisan daya menurut sahaja saranan Faisal Tehrani,
Ayuh!menangislah....ayuh!menangislah...
menangis!.......menangis!.....
menangis!
Ever wanted to get free Instagram Likes?
ReplyDeleteDid you know you can get them ON AUTO-PILOT & ABSOLUTELY FOR FREE by using Like 4 Like?
BRO, APA YANG PERLU KAMI BUAT KETIKA INI DIMANA TAHUN DEPAN ADALAH WAWASAN 2020, SAYA BIMBANG BUKAN SAHAJA KERETA DAN MOBIL YANG AKAN TERBANG MALAHAN MARUAH BANGSA DAN AGAMA KU JUGA TURUT TERBANG....TERBANG...TERBANG MELAYANG SEORANG, BIARKAN AKU SEORANG DALAM GUA YANG BERNAMA KAHFI :'(
ReplyDelete