
Di
 antara sekian banyak strategi The Hidden Hand,terdapat satu strategi 
yang mencapai tahap 'cult' dalam sejarah konspirasi The Elite.Ia boleh 
diletakkan setaraf dengan 'Thesis & Antithesis' malah lebih lagi dan
 boleh juga dikatakan Thesis & Antithesis itu adalah sebahagian atau
 subplot dalam strategi ini.
Ini adalah jigsclue #013 di bawah codename "Ordo Ab Chao"
'Dengar' baik-baik
-M.O
Ordo Ab Chao

"Chaos was required and so chaos was created"
Dalam Teori
 Kawalan Realiti,terdapat satu bab yang dinamakan Manipulasi dan 
Pembohongan (Manipulation & Deception).Di bawah tajuk ini,dinyatakan
 manipulasi terhadap satu subjek boleh dilakukan dengan mengadakan satu 
situasi olok-olok,di mana kesan dari situasi buatan ini akan digunakan 
untuk tujuan manipulasi seterusnya.Situasi buatan ini dirancang bagi 
mendapatkan kesan tertentu,dan dari kesan tertentu itu,strategi yang 
lain akan dirancang pula bagi menanganinya dan membuatkan ia berpihak 
kepada pihak yang mencipta situasi tadi.
Situasi
 yang diciptakan itu berdasarkan kajian mengenai subjek yang disasarkan 
terlebih dahulu.Kajian akan dibuat berdasarkan situasi 
sejarah,antropologi,sosio-budaya,politik,sensitiviti dan sifat-sifat 
atau tabiat kemanusiaan.Daripada data-data kajian itu,keputusan akan 
dibuat untuk memilih situasi yang bagaimanakah akan direka untuk 
mengeksploitasikan sesuatu subjek itu bagi menghalakan kesan itu kepada 
objektif yang diharapkan.Kita akan lihat satu contoh mudah dan kemudian 
kita akan belajar kajian kes dalam realiti sebenar dalam sejarah dunia.
Katakan
 dalam satu bilik itu ada 4 orang budak nakal.Budak nakal ini memang 
sukar untuk mendengar kata dan arahan.Katakan A adalah abang kepada 4 
orang budak nakal ini.Dia ingin supaya adik-adiknya mengikut 
arahannya;iaitu keluar dari bilik kerana dia ingin mengemas bilik itu.A 
cuba memarahi adik-adiknya,namun kata-katanya bak mencurah air di daun 
keladi.A juga membawa rotan sebagai ugutan kepada mereka,namun semakin 
diancam,semakin menjadi-jadi kenakalan mereka.Jadi,ini membuatkan A 
berfikir bagaimana untuk mencapai objektifnya;iaitu supaya adik-adiknya 
mengikut arahannya,kemudian melaksanakan arahan seterusnya;iaitu 
mengeluarkan 4 orang budak tadi dari bilik.
A 
pun membuat kajian terperinci sifat dan tabiat adik-adiknya.A pun 
mengambil inisiatif untuk memasang telinga setiap perbualan mereka dan 
mengkaji kegemaran mereka.Selepas mengumpul maklumat,A pun berfikir dan 
membuat keputusan;bahawa adik-adiknya mempunyai kegemaran suka makan 
ayam goreng.Kemudian A membuat perancangan untuk menggunakan maklumat 
tadi bagi mencapai objektifnya.
A pun berjalan menuju kepada adik-adiknya yang sedang kejar-mengejar di dalam bilik dan berkata,
"Adik nak makan ayam goreng tak?Minggu depan abang nak turun makan ayam goreng kat pekan,siapa nak ikut?emmm...sedap..."
Sudah tentu ini akan mengecurkan air liur keempat-empat budak tadi.SEmuanya mengangkat tangan berebut-rebut mahu ikut.A berkata,
"Orang yang ikut kata abang saja yang boleh ikut"
Ini adalah penggunaan psikologi,dan sudah tentu mereka berebut-rebut mendakwa merekalah yang selalu mengikut kata abang mereka.
"Kalau macam itu,abang nak adik semua keluar dari bilik ini,siapa yang keluar saja abang bagi ikut"
Ini membuatkan 4 orang budak nakal itu,keluar dari bilik itu serta-merta!
Ini
 contoh paling mudah.Dalam contoh yang lebih besar kita boleh mengambil 
contoh taktik para peniaga.Jika para peniaga menaikkan harga melalui 
situasi biasa,sudah tentu ini akan mengundang masalah.Jadi,untuk 
membiasakan orang ramai dengan kenaikan harga,mereka harus mencipta satu
 situasi;P A N I K.JIka senjata emosi ini pandai dimainkan,sesiapa 
sahaja cenderung untuk mengikut arahan.Jadi apa yang dilakukan oleh para
 peniaga ini ialah menyorokkan barangan tersebut.Contohnya beras.Beras 
akan ditahan dalam tempoh tertentu.Kekurangan beras dalam pasaran akan 
meningkatkan faktor permintaan dari tawaran.Jadi ini boleh dijadikan 
alasan untuk menaikkan harga.Adakah para pembeli akan bersungut?Dalam 
banyak kes,tidak.Ini kerana apabila sesuatu barangan itu amat 
diperlukan,maka mereka tidak lagi berkompromi soal harga.Mereka akan 
tetap membeli walaupun mahal.Ini akan mengakibatkan mereka akan memotong
 belanjawan untuk barangan lain bagi disesuaikan dengan harga membeli 
barangan yang diperlukan itu.
Di dalam Freemasonry,ini dinamakan ORDO AB CHAO.
Ordo Ab Chao bermaksud Ordo Out of Chaos;mudahnya bermaksud PEMERINTAHAN DARI KEKACAUAN.
Ia adalah BAPA KEPADA PRINSIP DIVIDE & RULE.
Kita akan menyusuri dua kajian kes sebagai contoh.
Pertamanya
 The Hidden Hand mahu menubuhkan sebuah pangkalannya di Timur 
Tengah.Pangkalan ini akan dinamakan ISRAEL.Ini objektif 
utamanya.Jadi,bagaimanakah untuk menjayakan cita-cita ini?Salah satunya 
dengan cara peperangan.Namun dari pengalaman sejarah,peperangan adalah 
berisiko tinggi.Mengapa?Ketika itu yang menduduki kawasan yang 
dirancangkan itu adalah penduduk Islam Palestin.Pengalaman sejarah 
menunjukkan penentangan bagi merebut kawasan ini adalah sia-sia.Perang 
Salib yang merentasi 7-8 ekspedisi kesemuanya gagal!Walau beribu-ribu 
tentera dikerahkan dari Eropah,namun berperang secara terbuka dengan 
orang Islam ketika ini adalah amat berisiko tinggi.Jadi The Hidden Hand 
mempunyai idea lain.Dia membuat satu pelan jangka panjang yang memakan 
beratus tahun,bagi menubuhkan Israel.Ideanya,dia mahu memecahbelahkan 
Eropah dalam satu peperangan.Peperangan ini akan mendatangkan 
kesengsaraan dan korban yang besar.Dengan kata lain,dia mahu 
mendatangkan MASALAH kepada Eropah.Apabila sudah bermasalah,pasti mereka mahukan PENYELESAIAN.Jadi penyelesaian akan menyebabkan mereka bersatu kembali,dan The Hidden Hand ingin mengeksploitasikan KEHENDAK kepada penyelesaian ini bagi memenuhi objektif dia.
Ini dinamakan taktik PROBLEM-REACTION-SOLUTION.

Dalam
 taktik ini,anda perlu mencipta masalah.Kemudian anda perlu desak atau 
panaskan situasi secukupnya untuk memaksa subjek bertindakbalas.Akhirnya
 anda perlu tawarkan penyelesaian.Di dalam penyelesaian inilah anda 
perlu pandai selitkan apa yang anda mahu.Jadi apabila mereka menerima 
penawar anda,pada masa yang sama,mereka juga mesti menerima kehendak 
anda.KEHENDAK ANDA MENJADI KEHENDAK MEREKA.
Jadi,apa yang The Hidden Hand lakukan?
Pertama
 sekali,The Hidden Hand akan memilih lokasi dan orang-orang yang akan 
memulakan sebab-sebab kepada peperangan.Ejen-ejennya telah melaporkan 
situasi politik negara-negara Eropah.Melalui maklumat ini,The Hidden 
Hand telah memilih Jerman sebagai pencetus peperangan.Antara 
sebabnya,ramai Yahudi Ashkenazi di jajahan Austria-Hungary dan ini juga 
bermakna rumah bagi Mason dan Illuminatus.Lainnya,monarki Jerman perlu 
dihapuskan kerana merekalah yang paling banyak tahu rahsia 
mereka.Contohnya Kerajaan Bavaria yang merampas dokumen sulit 
Illuminati.Di dalam sejarah,ternyata seorang negarawan terbilang,Otto 
Von Bismarck telah berjaya menyatupadukan seluruh Jerman dan 
membangunkan negara itu.Jerman menjadi maju dan bersaing dengan Perancis
 dan Britain.Ejen-ejen dihantar ke Perancis dan Britain bagi menimbulkan
 perasaan tidak puashati kepada perkembangan terbaru.Ini ditambah pula 
provokasi Jerman melalui angkatan tenteranya menimbulkan ancaman bagi 
negara-negara Eropah yang lain.Hasilnya perasaan tidak puashati ini 
bertukar menjadi peperangan.Inilah mukaddimah kepada Perang Dunia 
Pertama.
BONEKA
Jerman
 akhirnya kalah dalam peperangan.Negara-negara yang menang telah 
menetapkan beberapa syarat bagi 'menghukum' Jerman.Antaranya Jerman 
mesti menghadkan pasukan tenteranya.Jerman juga mesti menyerahkan 
Alsace-Lorraine kepada Perancis.Ekonomi Jerman dicatu mengikut syarat 
negara-negara yang menang.Semua ini mengakibatkan ketidakstabilan 
politik,ekonomi dan sosial kepada Jerman.Suasana dalam negara menjadi 
kacau-bilau.Ini adalah masanya The Hidden Hand meletakkan 'puppet' nya 
bagi menerajui Jerman.
Kini semua orang sudah 
mula sedar hubungan Hitler dengan Elit Yahudi,"The Bankers" 
Rothschild.Adolf Hitler telah disokong dalam politik sehingga dia 
berjaya menjadi Fuhrer.Padahal Hitler pernah dibuang sekolah kerana 
'bermasalah'.Sesiapa sahaja akan diusahakan untuk naik oleh The Hidden 
Hand jika dipilih walaupun orang tadi tidak pernah bersekolah.Tetapi The
 Hidden Hand ada sebab-sebab tertentu untuk memilih seseorang.
Apabila
 Hitler sudah naik,maka peluang menjadi semakin cerah untuk timbulkan 
'masalah' kedua.Isu Holocaust adalah bumbu yang dibakar ketika seluruh 
Eropah bersiap sedia memasuki Perang Dunia Kedua.Hitler dan Nazi 
dipropagandakan menjalankan Holocaust;pembunuhan beramai-ramai orang 
Yahudi.DI SINI KITA NAMPAK IDEANYA.
Eropah
 pun berperang.Eropah sekali lagi tenggelam di dalam kesengsaraan yang 
dasyat.Setelah perang selesai,keputusan adalah seperti yang 
dijangkakan;Jerman dan sekutunya sekali lagi mengalami kekalahan.Namun 
ini bukannya isunya.Isunya ialah semua negara Eropah telah dikempenkan 
untuk menubuhkan satu suruhanjaya keamanan bagi mengelakkan perang dunia
 berlaku lagi.Kesengsaraan rakyat Eropah dalam peperangan amat dasyat 
dan menimbulkan trauma.Jadi,semua negara Eropah dan Amerika Syarikat 
bersetuju menubuhkan satu pertubuhan bukan sahaja untuk Eropah dan 
Amerika,tetapi seluruh dunia.

Inilah permulaan kepada penubuhan PBB;Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nation).
Ini adalah tahap SOLUTION dan ditahap ini,The Hidden Hand menyelitkan kemahuannya.
Dalam
 salah satu agenda PBB,isu Holocaust telah dibangkitkan.Isu ini dibakar 
dalam mesyuarat dan perjumpaan negara-negara yang terlibat.Akhirnya 
satu,resolusi telah dicapai,EROPAH PERLU MEMBAYAR HARGA DOSA YANG MEREKA LAKUKAN KEPADA BANGSA YAHUDI.Bagaimana?Theodor Herzl ada jawapannya.
Pelbagai
 cara diusahakan supaya Palestin diserahkan kepada Yahudi.Namun ada satu
 masalah,Palestin ketika itu dipegang oleh Kerajaan Khalifah Turki 
Uthmaniyyah.Sultan Abdul Hamid II telah dipaksa untuk menyerahkan 
Palestin,namun baginda enggan.Akhirnya dalam beberapa siri peperangan 
dan tekanan pemberontakan oleh Young Turk (Kamal Attaturk adalah boneka 
mereka yang lain) akhirnya khalifah Islam itu digulingkan.Turki telah 
dipegang oleh boneka The Hidden Hand,Mustapha Kamal Attaturk dan 
bagaikan mengantuk disorongkan bantal,semudah ABC,Kamal Attaturk 
memberikan lampu hijau kepada Britain dan PBB untuk menguruskan imigran 
Yahudi ke Israel.
Dan pada tahun 1948,negara Israel terbentuk!
Objektif The Hidden Hand tercapai!

KIta
 juga boleh melihat strategi ini dipakai pada hari ini.Kes yang paling 
terkenal,adalah 911.Lihat,'pattern'nya sama sahaja,timbulkan 
trauma...kemudian bertindak.Dalam Perang Dunia Kedua,The Hidden Hand 
menimbulkan trauma kepada rakyat Eropah dan mereka terpaksa menerima 
penyelesaian yang ditawarkan.Dalam kes 911,rakyat Amerika dan dunia 
dipaksa menghidapi trauma dan dipaksa menerima penyelesaian.Dalam 
WWI,traumanya ialah peperangan.Dalam 911,traumanya ialah keganasan 
(terrorism).Dan penyelesaiannya ialah kempen melawan keganasan.Cuba teka
 apa sebenarnya KEHENDAK yang diselitkan dalam tawaran penyelesaian 911?
Menyerang negara-negara Islam dan menyebarkan Islamophobia.

'Musnahkan dan bina kembali'
 adalah salah satu konsep dalam Ordo Ab Chao dan ini digunakan dalam 
perniagaan senjata dan perniagaan berkaitan.Apabila sesuatu negara 
musnah akibat perang,contohnya Iraq,pemerintahnya perlu membina 
negaranya kembali.Jadi ini adalah lubuk duit kepada 
kontraktor-kontraktor asing.Bayangkan,untuk meneruskan kehidupan,orang 
lain perlu dikorbankan.
Di dalam kes wabak 
penyakit,dunia akan dipanikkan dengan wabak,contohnya H1N1.Semua orang 
menjadi panik dan bimbang.Kemudian mereka akan tawarkan penyelesaian 
atau penawar.Semua orang mesti mengambil penawar ini,jika tidak mereka 
akan menderita dan mati akibat wabak.Jadi semua orang akan membeli 
penawar H1N1 yang diproses oleh Israel dan Amerika.Jadi apa KEHENDAK mereka yang diselitkan dalam setiap ubat penawar H1N1???


No comments:
Post a Comment