Tema
'alien' atau makhluk asing menjadi popular sama ada dalam filem-filem
mahupun fiksyen.Kini gelombang media The Elite semakin memutarkan idea
kiamat atau kemusnahan Bumi.Apakah kaitannya dengan isu 'alien'?Adakah
tiba seorang penyelamat yang dinanti-nantikan itu?
Ini adalah Jigsclue #12 di bawah codename 'Alien'
'Dengar' baik-baik.
-M.O
Pada
Julai 1947,seorang petani di sebuah ladang di Roswell telah mendengar
satu dentuman misteri betul-betul dibelakang rumahnya.Petani bergegas
membuka pintu.
Malam itu hujan renyai-renyai.
Petani
itu keluar dan berjalan perlahan-lahan.Dia memandang ke
hadapan.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bangkai pesawat
aneh yang besar dihadapannya.
Ketika dia mahu
mara lebih jauh lagi,tiba-tiba bahunya dipegang orang.Petani itu
menoleh,anehnya...seorang lelaki berpakaian seperti seorang pegawai
tentera kini berada dihadapannya.
"Balik ke rumah awak.Lupakan hal ini.Kawasan ini sudah diwartakan kawasan larangan sekarang.Ingat,jangan ceritakan pada sesiapa"
Petani
itu melihat keadaan sekeliling.Alangkah terperanjatnya dia apabila
melihat kawasan itu sudah dibanjiri konvoi-konvoi tentera.Petani itu pun
berjalan pulang ke rumahnya,meninggalkan seribu tanda tanya.Tiba-tiba
dia terlihat satu objek aneh yang agak bersinar di atas tanah.Dia pun
mengambilnya.
Objek itu adalah kepingan logam
yang ringan.Namun di atas permukaannya terdapat corak-corak aneh.Seperti
plan satu bandar besar.Bangunan-bangunan dan jalan-jalan yang
berselirat.
Pada tahun 1948,transistor dicipta.
"Alien"
Malam itu
langit cerah dihiasi bintang
Truman mengeluh perlahan
di manakah Pleiades
di manakah gugusan Reticuluum
dia mencongak bintang
di dada jendela
segalanya reverse engineering
Skull & Bones pada singgahsana Hitler
bagaikan rahmat pada Mr. President
Einstein dan Neumann ingin tahu
adakah Tesla kehabisan idea?
Dana dan modal bukanlah alasan
jika mahu memilikinya
apa jua mahunya Aleister Crowley
bukankah Rockefeller dan Rothschild sedia membantu?
Di Roswell
para petani tunduk membisu
soldadu ada di mana-mana
sedangkan kebenaran jauh
berada di seberang sana
bukankah dari cebisan Sky-Station itu
mereka membina
Silicon Valley?
Namanya ialah
Benda Terbang Yang Tidak Dikenali.Bahasa Inggerisnya Unidentified
Flying Object atau ringkasnya UFO.Bila bercakap tentang UFO,tidak boleh
tidak perkataan 'alien' atau makhluk asing pasti dikaitkan
sama.Soalannya sekarang,siapakah sebenarnya 'alien' itu?
Adakah
'alien' ini benar-benar datang dari planet lain,galaksi yang
lain?Mengapa mereka digambarkan lebih bijak dari manusia dan memiliki
teknologi yang amat hebat?Benda-benda aneh yang terbang di langit
kerapkali menjadi perhatian manusia.Pada zaman moden cerita tentang UFO
ini bermula dengan kisah seorang usahawan Amerika, Kenneth Arnold.Pada
24 Jun 1947 ketika memandu pesawat peribadinya berdekatan Gunung
Rainier, Washington,dia telah ternampak sembilan objek terbang bersinar
melintasi Gunung Rainier menuju Gunung Adams dengan "kecepatan yang luar
biasa". Dia bercerita kepada seorang wartawan akhbar bahawa benda itu
bergerak dengan kecepatan 1600km/jam.Arnold kemudiannya mengatakan
bahawa mereka "terbang seperti piring jika dilemparkan melintasi air"
dan dia juga mengatakan bahawa mereka "pipih seperti pai", "berbentuk
seperti piring", dan "berbentuk seperti bulan sabit, lonjong di depan
dan cembung di belakang, ... mereka kelihatan seperti cakera pipih yang
besar" (namun kemudian digambarkan berbentuk seperti sabit). Laporan
Arnold tersebut membuat masyarakat dan media masa tertarik perhatian
sehingga munculah istilah 'Piring Terbang' (flying saucer).Pada Julai
tahun yang sama,terjadilah Peristiwa Roswell yang terkenal itu
menjadikan UFO lebih fenomena.
Sebenarnya
situasi sebegini sudah muncul jauh sebelum tahun 1947 seperti kejadian
di Nuremberg pada 14 April 1561.Ketika itu penduduk melihat langit
dipenuhi cakera-cakera bercahaya.Beberapa anekdot lain juga melaporkan
hal yang sama.Tetapi di sini bukanlah hendak menghuraikan berkenaan
UFO.Ini tidak penting.Di sini kita ingin tahu siapakah di sebalik UFO
iaitu apa yang dinamakan sebagai 'alien' tadi.
'Alien'
dan 'UFO' popular amnya selepas peristiwa Kenneth Arnold dan
Roswell.Kedua-duanya berlaku pada tahun 1947.Peliknya,selepas peristiwa
itu beratus-ratus laporan tentang penyaksian UFO telah diterima di
seluruh Amerika.Kemudian pihak media,penulis buku,filem dan pelbagai
lagi medium mula menggembar-gemburkan kehadiran makhluk asing.Kemudian
kes UFO dan makhluk asing menjadi tema yang popular dalam Teori
Konspirasi.Antara yang popular ialah siri televisyen X-File.Di dalam
siri ini,Kerajaan Amerika digambarkan mempunyai hubungan sulit dengan
makhluk luar bumi dan kerap menutup penglibatan mereka dengan fenomena
UFO.
Benarkah terdapat makhluk luar bumi?
Kami
akan beritahu anda sebentar lagi siapakah sebenarnya makhluk pintar dan
cerdas ini,sebagaiman yang ingin 'shadow government' mahukan kita semua
mempercayainya.
Sebelum itu mari kita bermain dengan 'jigsaw puzzle' kita.
Terdapat
ciri-ciri khas bagi semua 'alien' yang didapati dari saksi-saksi yang
pernah menjadi mangsa penculikan ataupun sekadar terlihat sahaja.Mereka
telah melukiskan lambang-lambang yang dipakai oleh 'alien' ini.Mereka
juga telah melukiskan gambaran fizikal makhluk asing tersebut.Mari kita
analisis penemuan mereka.
Lambang
di sebelah kiri adalah lambang burung berkepala dua,sedang menggenggam
sebiji bola.Di sebelah kanannya ialah seekor ular.Di sebelah bawah kanan
ialah satu segitiga dan ular,disebelahnya pula ialah seekor burung
(helang?).Disebelah bawahnya ialah satu segitiga di dalam bentuk bujur.
Ini pula adalah lambang satu 'puak' makhluk asing iaitu Reptilian.Lihat segitiga dan ular.
Buat
pengetahuan anda,mengikut kajian para pengkaji UFO dan makhluk
asing,terdapat beberapa puak makhluk asing yang biasanya dikategorikan
berdasarkan rupa,bahasa dan lambang pada pakaian.Ada di antaranya telah
mengalami proses hibrid.Antara nama-nama kelompok makhluk asing yang
biasa adalah seperti Sirian,Reptilian,Pleiadian,Orion dan sudah
pasti,Grey.
Dua
kelompok yang popular ialah Grey dan Reptilian.Grey (atau Zeta
Reticuli) senang dikenali dengan trademark wajahnya yang berbentuk
bujur,berkepala besar dan matanya yang unik.
Wajah
Grey seringkali muncul dalam filem,buku,majalah dan menjadi logo
komersil (AlienWorkShop misalnya).Reptilian pula lebih kepada campuran
haiwan-haiwan bersifat reptilia seperti biawak,ular dan cicak.Kadangkala
mereka digelar 'Serpent Tribe' atau 'The Lizard Race'.
*Grey
*Reptilian
SETAKAT INI ANDA SUDAH KENAL SIAPAKAH SEBENARNYA 'ALIEN' INI?
Antara
fenomena yang dikaitkan dengan 'alien' ialah kejadian kehilangan
organ-organ haiwan.Anehnya kejadian ini juga banyak terjadi di
Amerika.Haiwan-haiwan ini ditemui mati dengan kehilangan organ dalaman
dan ada yang tanpa kepala.Namun yang anehnya,tiada kesan-kesan darah
ditemui.
Lihat gambar makhluk asing atau
'alien' di bawah ini.Wajahnya sungguh hodoh.Fizikalnya buruk dan seperti
haiwan dari spesis dinosor.Perhatikan betul-betul dan cuba kaitkan
semua misteri ini.Tentang kerajaan Amerika,kejadian UFO,rupa 'alien'
yang hodoh,cicak,ular,segitiga dan teknologi canggih.
ANDA SUDAH SIAP MENCANTUM PUZZLES ANDA?
Kami
tidak mahu berceloteh panjang lagi.Kepada yang masih terkial-kial
mencantum,biar kami beritahu sahaja.Berdasarkan beribu-ribu laporan
UFO,fail-fail saksi penculikan,pengkaji dan survivor projek/program
rahsia Amerika.Juga catatan Jan Van Helsing,Philip J. Corso,dan
lain-lain.Juga tidak dilupakan pandangan bijak dari ilmuan konspirasi
Islam,Muhammad Isa Dawud,teori unik dari Val Valerian dengan Krill
Files,MJ12 dan Matrix...
bahawa...
Tidak
diragukan lagi bahawa semua 'alien' yang digembar-gemburkan oleh media
terutamanya dari Amerika itu adalah satu propaganda.
Propaganda.
Propaganda yang menjenamakan semula makhluk-makhluk JIN & SYAITAN
kepada makhluk pintar dan cerdas dari luar angkasa.JIka di alam Melayu
kita dimomokkan dengan rupa jin yang hodoh dan menggerutu dalam
kisah-kisah rasukan dan gangguan jin.Di Amerika tiada bezanya,modus
operandinya sama.Cuma yang membezakan dan mengelirukan ialah
istilah-istilah saintifik yang digunakan.Hallucination,abduction,space
travel,implant,mutilation dan pelbagai lagi adalah angkara makhluk yang
sama.Makhluk yang juga banyak menculik dan menghilangkan kanak-kanak di
dalam pengalaman orang-orang Melayu.Bezanya di Amerika,terdapat campur
tangan manusia.
Apa kaitan kerajaan Amerika dengan semua ini?
Kerajaan
Amerika,yang semua kita ketahui dikuasai oleh tangan-tangan
tersembunyi,atau kita panggil The Hidden
Hand,Illuminati,Freemason,konspirasi Yahudi atau apa sahaja adalah
mengadakan kerjasama sulit dengan propaganda ini.Pertukarannya adalah
teknologi.
Jin adalah makhluk
mukallaf.Maksudnya mereka juga dipertanggungjawabkan kehidupan di
dunia.Mereka juga mendapat balasan syurga dan neraka.Sebab itu ada Jin
Islam dan Jin Kafir.Jika sudah kategori mukallaf seperti manusia,maka
pada masa yang sama,mereka juga memiliki fikiran untuk berkembang maju
seperti manusia.Jadi siapakah perantara antara makhluk Jin dan manusia
dalam konspirasi yang dasyat ini?
Dajjal dan para penyembah Iblis.
Dajjal
adalah manusia pintar yang termasuk antara makhluk yang ditangguhkan
ajalnya,sebab itu tiada seorang nabi pun diutuskan melainkan dia akan
mengingatkan kaumnya akan bahaya fitnah Dajjal.Dajjal juga mempunyai
teknologinya sendiri hasil pembelajarannya yang lama,disamping itu dia
tahu kewujudan para jin ini yang hidup lebih dahulu dan lama dari
manusia.
Untuk balasannya Kerajaan Amerika atau
'shadow government' perlu melakukan tugas khas.Apakah tugas itu?Tugas
itu adalah kerja-kerja mempromosikan 'alien' sebagai makhluk luar
angkasa yang pintar dan cerdas.Untuk apa?
Pertamanya adalah untuk menimbulkan panik dan ketakutan awam.
Keduanya
untuk propaganda susulan.Iaitu 'upgrade' imej 'alien' kepada para dewa
atau Tuhan yang kononnya pernah singgah dan menguasai Bumi.Kini para
dewa ini akan kembali dan kita mesti meraikannya (ingat kemunculan
Dajjal?).Istilah popular yang sering digunakan ialah Annunaki (Annunaki
adalah salah satu dewa Sumeria)
Ketiganya untuk
membiasakan manusia dan menjadikan para jin dan syaitan ini idola atau
penyelamat bagi manusia.Para jin yang asalnya hodoh ini rupa-rupanya
adalah makhluk pintar yang memiliki teknologi canggih seperti UFO
kononnya.
Dari premis di atas,para Elit telah
mengeksploitasikannya sebagai salah satu cara mengelirukan fikiran
awam.Contohnya kewujudan pergerakan Raelian yang menyembah 'alien'
ini.Mereka juga memiliki kitab suci sendiri iaitu Urantia Book yang
ditulis oleh nabi makhluk asing itu.Para cendekiawan juga diupah untuk
menulis tentang Annunaki atau 'ancient astronauts' yang kononnya
merupakan para dewa-dewi sembahan manusia pada masa dahulu yang 'hilang'
kini kembali untuk menguasai bumi.
Kita
akan tahu siapakah dalang disebalik semua ini apabila mengkaji dengan
lebih jauh.Lambang burung berkepala dua itu adalah lambang khas
pertubuhan Dajjal.Freemason adalah organisasi yang biasa menggunakan
lambang ini.Begitu juga lambang helang.Lambang helang pada mohor Amerika
adalah helang yang sama pada logo Nazi.Salah satu bacaan yang agak baik
ialah The Nazi Hydra In America.
Ular adalah
lambang kultus-kultus penyembah Iblis.Segitiga adalah lambang khas
kultus sihir dan juga materialis.Semua puak 'alien' menggunakan
kombinasi lambang-lambang ini.Anehkan?Mereka dari 'tuan' yang sama.
Cuba lihat salah satu tulisan 'alien' yang sempat direkodkan.
Sesiapa
yang sudah biasa dengan kod rahsia atau bidang kriptografi pasti sudah
dapat mengecam jenis tulisan ini.Ini adalah kod yang biasa digunakan
oleh para Mason sehingga dilabel sebagai Mason Code.Sudah terang lagi
bersuluh.
Seperkara lagi,teori yang mengatakan
mereka adalah tentera-tentera Dajjal dari golongan manusia yang diculik
terutama di Segitiga Bermuda juga boleh difikirkan (Muhammad Isa
Daud).Pakaian dan sarung kulit boleh dicipta dengan mudah seperti yang
ditonton dalam filem-filem Holywood.
Sebagai
tambahan,ular adalah salah satu jelmaan yang paling kerap dan paling
mudah bagi jin.Maksudnya jin mudah untuk muncul dalam dimensi manusia
dalam bentuk ular.Cicak pula adalah lambang pengkhianat.Teliti kisah
Nabi bersembunyi di dalam gua dari kejaran kaum musyrik.Dan apa rahsia
sabda nabi yang mensunatkan bunuh cicak?
Riwayat dari Ummu Syarik:"Sesungguhnya nabi
s.a.w menyuruhnya membunuh cicak"
Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya:
"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah"
Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w:
"sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan
membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan,kebajikannya kurang dari yang kedua"
Ibnu Kathir meriwayatkan dalam kitabnya
"Al-Bidayah Wa Nihayah" bahawa nabi menyuruh
membunuh cicak kerana semasa nabi Ibrahim Alaihissalam dibakar semua binatang cuba utk memadamkan api,sedangkan cicak menghembus utk memarakkan lagi api.
s.a.w menyuruhnya membunuh cicak"
Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya:
"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah"
Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w:
"sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan
membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan,kebajikannya kurang dari yang kedua"
Ibnu Kathir meriwayatkan dalam kitabnya
"Al-Bidayah Wa Nihayah" bahawa nabi menyuruh
membunuh cicak kerana semasa nabi Ibrahim Alaihissalam dibakar semua binatang cuba utk memadamkan api,sedangkan cicak menghembus utk memarakkan lagi api.
"The Lizard Race"
JIka anda memahami semua maksud ini,anda akan tidak lagi hairan dengan aksi-aksi mereka seterusnya.
No comments:
Post a Comment