Sunday 9 March 2014

Al-Mamlakah al-Sūriyya al-‘Arabīyah (Arab Kingdom of Syria)

Raja Faisal I

8 Mac 1920 : Tertubuhnya negara Arab Moden yang pertama pasca Perang Dunia pertama, yang dikenali sebagai 'al-Mamlakah al-Sūriyya al-‘Arabīyah' atau Arab Kingdom of Syria. Ia meliputi wilayah Syria moden, Iraq, Jordan, Kuwait, Lubnan dan Palestin.Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah, maka berpecah juga lah bekas-bekas empayar nya dituntut oleh pihak-pihak tertentu.



Raja Faisal I menjadi raja pertama negara baharu ini. Siapa Raja Faisal I ini? Beliau adalah anak kepada Hussein Bin Ali, yang mana suatu masa adalah Shariff Mekah, penjaga kota suci umat Islam.

Hussein Bin Ali ini lah yang digulingkan oleh Ibn Saudyang kemudiannya menubuhkan negara baharu Arab Saudi pada 1924. Ingat pada bingkisan pada penemuan minyak di Arab Saudi, beberapa hari yang lepas?. Ibn Saud ini telah menyingkirkan Hussein Bin Ali yang juga keturunan Bani Hasyim, penjaga kota Mekah sejak sekian lama.

Seorang lagi saudara kandung Faisal I adalah Ali of Hejaz. Ali adalah Raja Wilayah Hejaz / Hijjaz. Seorang lagi saudara kandung Faisal dan Ali, adalah Abdullah I of Jordan, raja Jordan pertama, dan keturunannya masih lagi memerintah Jordan.

Negara Syria 1920, hanya bertahan selama 5 bulan sahaja, apabila negara tersebut berperang dengan Perancis dan tewas. Faisal I ditawar sebuah lagi wilayah di Tanah Arab, iaitu Iraq, lalu ditabal sebagai pemerintah. Ia adalah percaturan Perancis dan British, yang membahagikan sesuka hati wilayah tersebut.

Sekitar 1919, setahun sebelum itu, kerana percaturan politik, Faisal I telah berpakat dengan Chaim Weizmann, seorang ahli akademik British keturunan Yahudi. Perjanjian antara Faisal-Weizmann mengiktiraf Perjanjian Balfour, yang memastikan kedaulatan dan kehadiran bangsa Yahudi di Palestine. Chaim Weizmann pada masa itu adla Presiden Zionist Sedunia, beliau kemudiannya menjadi Presiden Israel yang pertama pada 1949.

Faisal I menjadi Raja Iraq. Kini negara Greater Syriasudah pun terpecah. Setiap wilayah punyai pemerintahan sendiri. Maka wujudlah negara-negara yang ada seperti sekarang. Syria kemudiannya mengalami revolusi dan menjadi Republik Syria.

Faisal mejadi Raja Iraq hingga tahun 1933, sebelum digantikan oleh anak dan cucu beliau. Kesultanan Iraq dari Bani Hasyim ini hanya bertahan hingga tahun 1958, bilamana berlaku rampasan kuasa oleh tentera.

Secara kebetulan 8 Mac 1963, adalah tarikh revolusi Syria, satu Coup d'état oleh Parti Baath lalu menubuhkan kerajaan sendiri. Tahun 1966, satu lagi coup d'etat berlaku, dipimpin oleh beberapa pegawai tentera, yang diketuai oleh Hafez al-Assad yang juga bapa kepada Bashar al-Assad.

Bangsa Arab ini memang payah hendak bersatu. Terlalu assobiyah dan bersuku-suku, dan bersentimenkan kabilah. Mereka bertelagah sesama sendiri, tanpa lihat pada isu pokok.

Apa isu pokoknya? Tidak kah mereka tahu tentang peringatan dalam Al-Quran dan Hadith tentang tanah Palestin, tentang Yahudi tentang akhir zaman? Mereka tidak mengambil pengajaran, yang mereka sibukkan memenuhkan pundak tembolok masing-masing.

Salah siapa, percaturan politik masa kini, sebenarnya memberi kesan pada masa hadapan.

Jika kita sering bertelagah, tidak bersatu, maka kelak, yang menangisnya bukan kita, tetapi generasi akan datang. Tempias yang membahang.

Lihatlah Palestin sekarang, ia bertitik tolak kelemahan bangsa Arab Islam sendiri yang tidak punyai kesatuan.

Menangislah airmata darah kerana kamu sedang dicaturkan oleh tangan-tangan ghaib..

Sumber : Retro Bola Sepak

No comments:

Post a Comment