Saturday 3 November 2012

Temuramah Projek Rahsia Amerika BHG lll




Pihak Tentera Laut mahukan beberapa orang untuk mengawasi ujian-ujian itu.Inilah sebabnya saya terlibat.Atas sebab-sebab teknikal.Mari kita lihat berkenaan Nikola Tesla.

Pada tahun 1879,ayahnya meninggal dunia ketika tahun pertama beliau di kolej tamat.Beliau telah datang ke Amerika pada tahun 1884.Beliau mempunyai pandangan intuisi yang amat hebat.Beliau mempunyai rekod yang amat baik.Sebelum sampai ke Amerika, beliau mengenali Robert Oppenheimer,yang kemudiannya bekerja dengan pembangunan bom atom,dan Dr. David Hilbert,ahli matematik yang menemukan persamaan untuk 'Ruang Hilbert',yang mana menjelaskan tentang ruang pelbagai atau realiti pelbagai secara matematik.Persamaan untuk ruang pelbagai ini menjadi amat penting dalam projek ini.Dr. John Von Neumann telah menemui Hilbert pada tahun 1927 dan telah menguasai apa yang dipelajarinya dari tokoh matematik itu.Dengannya,Neumann telah membangunkan satu sistem baru matematik.Von Neumann adalah salah satu ahli matematik paling hebat abad ini.Setengahnya memikirkan beliau lebih hebat dari Einstein.Ahli matematik lain yang terlibat adalah Dr. John Levinson,yang dilahirkan pada tahun 1912.Beliau meninggal dunia pada tahun 1976.Beliau telah menerbitkan 3 buah buku matematik.Tiada sejarah berkenaan Levinson lainnya yang saya dapat ceritakan.Levinson telah membangunkan apa yang dikenali sebagai Persamaan Masa Levinson,dengan semua ini bersama mereka,kelompok ini telah dapat apa yang mereka mahukan untuk projek tersebut.

Selepas kejayaan ujian 1940, Tentera Laut berkeputusan untuk memberikan projek itu pembiayaan tanpa had dan merahsiakan projek itu.Pada 5 Disember 1941,saya telah berada di San Fransisco di mana pihak kerajaan telah memaklumkan kepada saya bahawa perang dengan Jepun akan bermula dalam masa 72 jam dan mereka perlukan saya bagi membantu mereka.Pada Januari 1942,saya telah menamatkan urusan saya di Institute of Advanced Studies.Tesla telah diberikan sebuah kapal dan kru untuk ujian penuh.Tesla telah dapat sebuah kapal perang.Tesla dan Neumann tidak bersetuju akan sesuatu perkara.Tesla berkeras mengatakan mereka mempunyai beberapa masalah dengan orang-orang tertentu.Tesla perlukan lebih masa tetapi Tentera Laut tidak bersetuju.Tesla telah membuat beberapa pengumuman pada lewat 1930an dan awal 1940an berkenaan perhubungan beliau dengan spesis planet lain.Beliau mempunyai hubungan dengan dunia asing,yang bersetuju bahawa ini menimbulkan masalah dengan manusia.Beliau berkeputusan untuk mensabotaj ujian tahun 1942 itu untuk menghentikannya.Beliau telah menyelaraskan peralatan untuk ujian itu untuk membuatkan ia gagal berfungsi.Ujian itu gagal.Tesla kemudiannya menyerahkan projek itu kepada Neumann pada Mac 1942 dan meninggalkan projek itu.

Von Neumann pun bergerak ke Tentera Laut dan meminta masa untuk mengkaji masalah itu bagi menimbangkan apakah yang menjadi kesilapan.Von Neumann mengambil keputusan untuk membuat perubahan dalam beberapa peralatan.Dia juga mengambil keputusan yang dia memerlukan sebuah kapal yang khas yang direkabentuk untuk tujuan ujikaji.Kapal Eldridge telah dipilih.Peralatan tersebut telah dibina di atas kapal.Mereka letakkan semua peralatan di atas kapal.Oktober 1942 pun tiba.Mereka telah memilih 33 sukarelawan untuk kru,iaitu para graduan universiti dalam bidang-bidang berkaitan pada Disember 1942.Kami masih menyimpan gambar kumpulan tersebut.






Selepas kapal tersebut disiapkan,kerja-kerja pun bermula.Pada Mei 1943,Von Neumann memasang penjana ketiga.Ia tidak pernah disegerakkan (synchronize) dengan dua yang lain.Ia diluar kawalan pada suatu hari dan telah membunuh seorang.Von Neumann mengeluarkan penjana ketiga dari ujikaji (dipasang kerana Tesla telah menyakinkan Neumann tentang potensinya yang bermasalah dengan manusia) dan kembali ke rekabentuk asal.Dalam pertengahan Jun,kapal tersebut mempunyai tiga ujian di laut.Pada 22 Julai 1943,mereka mengadakan satu ujian besar.Kapal itu ghaib di kedua-dua radar mahupun penglihatan kasar.Mereka mendapati orang-orang yang bekerja di dalamnya mengalami masalah mental.Tentera Laut menarik keluar kesemua kru kapal tersebut dan berunding dengan Neumann yang meminta tambahan masa lagi.Pihak Tentera Laut,selepas berunding dengan pihak atasan,mengumumkan bahawa tarikh ujian penuh seterusnya adalah pada 12 Ogos 1943.Von Neumann menyatakan pandangannya bahawa ia bukanlah jangkamasa yang cukup.


Tentera Laut mengambil keputusan bahawa mereka hanya perlukan halimunan radar bukanlah halimunan penglihatan kasar.Peralatan tersebut akhirnya diubahsuai oleh Neumann.12 Ogos pun tiba.Kami tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena.Ujian bermula,dan untuk beberapa minit semuanya kelihatan baik.Bekas badan kapal dapat dilihat di permukaan air.Tiba-tiba terdapat kilauan biru yang cepat dan kapal tersebut telah ghaib sepenuhnya.Tiada komunikasi radio yang mungkin.Ia telah ghaib entah ke mana.Lebih kurang dalam 3 jam kemudian barulah ia kembali.Satu daripada tiang kapal telah patah.Sesetengah kru kapal terlekat di badan kapal.Yang lain sekejap dapat dilihat,sekejap hilang.Yang lainnya hilang tanpa dapat dikesan.Ramai yang menjadi gila.Tentera Laut telah mengeluarkan kru dari kapal itu dan mengadakan mesyuarat selama 4 hari untuk membincangkan masalah yang timbul.Mereka mengambil keputusan di sana memerlukan lebih dari satu ujian di mana yang seterusnya tiada memerlukan seorang pun manusia di atas kapal.Mereka mengendalikan kapal tersebut menggunakan kabel berukuran 1000 kaki yang dipasangkan pada badan kapal yang lain.Pada lewat oktober 1943,ujian itu dijalankan.Kapal tersebut telah hilang dalam 20 minit.Ketika ianya kembali,mereka mendapati ada peralatan yang hilang.Dua kabinet pemancar dan satu penjana telah hilang.Kabinet yang mempunyai penjana rujukan masa-sifar masih ada seutuhnya.Ketika ini,Tentera Laut telah menanggalkan bahagian-bahagian kapal dan menghentikan projek tersebut.Eldridge telah berkhidmat ketika perang dan dihantar ke Greek pada akhir perang.

Perkara yang penting adalah di sana ada dua ujian yang berjangkamasa 40 tahun di antaranya.Ia adalah 40 tahun pengasingan di hiper ruang.Kini,bumi dengan sendirinya mempunyai 'biorhythm' yang mencapai kemuncak pada setiap 20 kitaran pada 12 Ogos.Ia hanya berlaku pada masa puncak dan disediakan kaitan yang berhubungan dengan medan Bumi untuk dua ujikaji bagi mengunci di dalam hiper ruang.Usaha menerusinya adalah dibantu,jika ianya terjadi ketika masa puncak ini.



Kapal tersebut telah ditarik ke dalam hiper ruang.Kami di dalam kapal tersebut dan tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan ujian tersebut.Kami cuba untuk menutupnya tetapi ia tidak boleh ditutup.Kami berlari ke arah dek kapal dan melompat keluar dari kapal tersebut.Kami melompat keluar tetapi tersadai di dalam satu terowong masa yang berakhir di Montauk,Long Island pada 12 Ogos 1983 pada waktu malam.Kami segera dijumpai dan dibawa naik ke atas,di mana kami bertemu dengan Von Neumann yang menyambut kedatangan kami.Dia mengharapkan kami.Ia adalah satu kejutan yang besar.Kami dari tahun 1943 dan sekarang berada pada tahun 1983 dan kami mendapati Von Neumann adalah seorang lelaki tua.Dia berkata bahawa di sana sebuah hiper ruang telah dikunci dan kami perlu kembali semula dan mematikan penjana di atas kapal atau terjadi keretakan pada hiper ruang dan kemungkinan menelan planet ini.Dia telah menanti selama 40 tahun untuk ketibaan kami pada hari itu.

Pihak di Montauk menghantar kami kembali dan kami memusnahkan segala peralatan tersebut dengan menggunakan kapak.Kapal tersebut telah kembali kepada titik asal di dalam ruang dan lebih kurang 3 jam kemudiannya dalam kiraan masa.Dari tahun 1943 dan seterusnya, VOn Neumann tidak tahu apa yang berlaku.Dia telah mengubahsuai peralatan yang lebih awal dalam tahun 1943 kepada apa yang dinamakan sebuah mesin masa.Jerman juga ada membuat penyelidikan tentang pengembaraan merentas masa,dan ia berfungsi pada tahun 1945 hanya sebelum berakhirnya perang.Inilah apa yang direkodkan.

Apabila Tentera Laut mengambil keputusan menutup projek tersebut dalam tahun 1943,Von Neumann telah dihantar untuk bekerja dalam projek bom atom di Los Alamos sehingga ianya tamat.Dalam tahun 1947 terdapat perubahan besar dalam Jabatan Pertahanan.Seseorang di dalam struktur yang baru mengambil keputusan untuk menggali kembali Projek Philadelphia untuk melihat sama ada mereka dapat mencari apa yang silap.Mereka meminta Von Neumann untuk melihat-lihat kembali projek itu.Dia bersetuju.



Di sana ada perkara yang lain.Bermula pada 6 Ogos 194,UFO telah muncul di luar Eldridge dalam 6 hari.Mereka ada di sana ketika ujian.Satu daripada UFO itu telah disedut masuk ke dalam hiper ruang bersama-sama Eldridge dan ia berakhir di fasiliti bawah tanah di Montauk dalam tahun 1983.Ia mengandungi sebuah peralatan mengecas yang mana sesetengah makhluk asing membuatkan kami kembali ke belakang dan mereka mendapatkan kami,sebagaimana mereka tidak mahu manusia mempunyainya.Kami tidak tahu siapa mereka (makhluk asing).Pruett telah menimbangkan mengenai pencerobohan makhluk asing.

Juga,Von Neumann telah dipanggil oleh pihak kerajaan untuk datang membantu dalam pemeriksaan UFO yang jatuh terhempas di Aztec dalam tahun 1947.Kejadian yang lain juga berlaku di Aztec setahun kemudian.Dalam kejadian pertama terdapat makhluk asing jenis Grey di dalamnya dan tidak seorang pun yang hidup.Dalam kejadian berikutnya,sekurang-kurangnya seorang yang hidup.Sistem radar bukanlah digunakan sejurus selepas kejadian itu.Sistem radar telah digunakan selepas makhluk asing bijak dengannya.Penumpang pada kejadian kedua bukanlah Grey,dan Von Neumann telah bercakap dengan makhluk itu.Von Neumann menanyakan mengenai rujukan kepada sifat halimunan kapal tersebut.Manusia secara normal telah terperangkap pada titik konsep sebagai rujukan masa,bukan rujukan masa-sifar.Kuncian garis masa tersebut membenarkan seseorang untuk bersegerak (synch) dengan sistem sebaik mungkin.


Kuncian masa adalah mudah dipecahkan.Semua kuasa yang digunakan dalam projek tersebut telah mengganggu kuncian masa orang yang berada di atas dek kapal.Apabila kapal tersebut kembali ke masa lampau,orang-orang tersebut tidak kembali kepada rujukan yang sama.

Neumann sedar bahawa dia memerlukan sebuah komputer,sepertimana sedikit pengetahuan metafizik dalam usaha untuk mengunci rujukan-masa manusia dengan rujukan-masa kapal tersebut.Dia telah membina komputer dalam tahun 1950 untuk kegunaan tersebut.Ia telah bersedia untuk dipasang dalam tahun 1952 dan ujian yang dijalankan pada tahun 1953 telah berjaya.Mereka tidak terapungan di dalam ruang apabila ujian bermula.Pada saat ini,pihak Tentera Laut telah membatalkan Projek Rainbow dan menukar namanya kepada Projek Phoenix.

Banyak kesan negatif datang dari Projek Rainbow.Sebahagian darinya memimpin kepada kajian program mindcontrol di dalam Projek Phoenix.Kajian halimunan telah menghasilkan teknologi Stealth yang tergolong dalam projek sulit.

Pada tahun 1983,mereka membuat keputusan untuk mengaplikasikan teknik kawalan minda kepada semua yang menyertai projek ini di dalam usaha untuk mempergunakan mereka sepenuhnya.Mereka juga bekerja di dalam projek yang lain;penyusutan umur.Sekarang Tesla telah dicari kembali pada tahun 1940 untuk membangunkan peralatan yang dapat membantu ahli-ahli kru kapal selepas mereka kehilangan rujukan-masa mereka.

No comments:

Post a Comment