Saturday 3 November 2012

Temuramah Projek-Projek Rahsia Amerika BHG. II





sambungan dari temuramah sebelumnya...

ITT dimiliki oleh Krupp di Jerman.Dalam terma peribadi,ramai orang awam dan saintis di sana adalah bekas anggota Nazi yang datang dari Jerman sebelum dan selepas perang.Projek ini adalah di bawah kawalan Kerajaan Amerika.Komuniti Intelijen tahu apa yang berlaku dan CIA memantau segalanya, sebagaimana yang dilakukan agensi intelijen yang lainnya.Orang-orang yang berperanan di dalamnya kecil sahaja, di antara 30 hingga 50 orang.Pembiayaan seluruhnya secara persendirian.Selepas tahun 1983, Senator Goldwater menemui perkara ini dan mula menyiasat.Dia tidak menemui apa-apa pembiayaan dari kerajaan.Pruett adalah pengarah bahagian metafizik projek tersebut.Dia adalah dari Tentera Udara.Selepas dia, Dr. Herman C. Untermann mengambil alih.



Mereka mempunyai pakar elektronik, Dr. Mathew E. Zerret, orang yang datang dari Jerman pada tahun 1946 bersama Werhner Von Braun.Mungkin sebab mereka kehabisan wang adalah kerana mereka mempunyai sejumlah 25 pangkalan seluruh Amerika untuk dibiayai.Pangkalan terakhir ditutup pada 12 Ogos 1983.Pangkalan di Montauk, di mana semua stesen mendapat rujukan masa-sifar mereka, ditutup dan dua pangkalan yang tinggal tidak berfungsi dengannya.

S:Sila jelaskan mengenai kesan terhadap minda?
J:Dari apa yang saya dapati dari program ini,di mana saya adalah sebahagian darinya, saya telah dikhaskan dalam bidang kawalan minda tidak pada awalnya saya terlibat dalam program ini (kerana mereka mahukan saya pada awalnya disebabkan kemampuan sensitif saya) tetapi kemudiannya.Saya telah ditugaskan untuk mendoktrinkan rekrut muda.Proses doktrin yang pertama menjadi huru-hara.Saya mengatakan kepada mereka yang saya tidak mahu berbuat apa-apa dengan program itu dan mereka meletakkan saya di depan sinaran minda (mind beam) ini, dan memberikan kesakitan kepada saya.Akhirnya seseorang telah berkata "tutup ia, dia tidak dapat menerimanya" dan ia pun ditutup.Yang lainnya menerima kesan yang lebih serius dari saya alami.Kesannya secara keseluruhan amat buruk.Ia dapat membakar otak anda sekaligus.Mereka terus ke depan dan mula mengambil kanak-kanak pada usia 12 hingga 16 di tepi-tepi jalan...

S:Inilah sebabnya ramai kanak-kanak Amerika hilang tanpa dikesan?
J:Kami menganggarkan mereka mengambil 10,000 kanak-kanak Amerika di tepi-tepi jalan dan membawa mereka ke Montauk, New Jersey.Jumlah orang yang mereka tarik dari tepi-tepi jalan untuk keperluan 25 stesen adalah 250,000.Apa yang mendorong mereka kepada kanak-kanak ini tetap menjadi misteri.Kami tidak tahu jawapannya, yang kami tahu mereka diprogram sepenuhnya untuk sesuatu.Mereka menjadi subjek untuk pangaturcaraan yang mana pada akhirnya lebih 'kemanusiaan' menggunakan teknik elektronik yang canggih.Pengaturcaraan yang asal adalah 'Reichian' secara semulajadi dan lebih kasar/fizikal.Kemudiannya mereka menggunakan teknik komputer dan pengaturcaraan elektronik bersama teknik Reichian yang menjadikannya lebih pantas dan mempunyai kesan buruk yang minimum.

S:Adakah anda sedar sebarang orang yang telah pun mengalami pengalaman ini?
J:Saya telah terlibat dengan orang-orang ini bertahun-tahun.Di sana terdapat bentuk identiti yang amat spesifik yang anda boleh kesan jika anda cukup sensitif.Anda boleh mengecam seseorang yang terlibat dalam program Montuk 'sejauh 5 batu'.Ia adalah amat khusus pada cara ia telah pun diubah.Saya dapat mengecam lebih daripada 12 orang di Long Island, New York.

S:Bagaimana dengan Von Neumann?
J:Beliau telah hidup sehingga 1989.Beliau telah terlibat dalam satu masalah dengan pihak kerajaan seperti mana masalah-masalah yang lain, sepertimana perpecahan personaliti (personality split) pada tahun 1977, di mana beliau telah meletakkan jawatan sebagai pengarah dan menjadi seorang konsultan.Kerajaan memberitahu awam yang beliau mati pada tahun 1956.Kerajaan masih menghubungi beliau.

S:Adakah mana-mana subjek Montauk diberi dadah psikotropik?
J:Saya tidak fikir begitu...Mereka menggunakan satu dadah yang mana digunakan dalam hubungan dengan pengaturcaran Reich untuk membuatkan mereka lebih bersikap menerima.Saya tidak ingat namanya.Kesan dadah tersebut seolah-olah membuatkan anda berkhayal asyik seasyiknya.

S:Juga menjadi euphoric pada masa yang sama?
J:Ya, juga euphoric.

S:Adakah mereka dapat alat pengubahsuaian minda ini dari makhluk asing?
J:Prototaipnya datang dari makhluk asing.Disebaliknya kami tidak pasti.Alat ini pada asasnya adalah sebuah penguat minda (mind amplifier).Pihak kerajaan secara khasnya melatih individu duduk di atas kerusi dan menjana bentuk-bentuk pemikiran, yang mana akan dikuatkan dan dipancarkan.Mereka juga memancarkan isyarat itu dan meletakkan orang berkaitan di dalam keadaan 'pre-orgasmic' di mana mereka akan bersikap menerima kepada pengaturcaraan.Ia bertindak amat lancar dan mereka telah menemui kemampuan-kemampuan yang lain.Mereka juga menemui ia dapat bertindak dengan masalah 'waktu'.Mereka telah melatih secara psikik individu supaya duduk di atas alat itu dan menjana satu pusaran bentuk pemikiran yang berhubung dengan tahun 1947 dan 1981.Dan ia benar-benar apa yang mereka dapat-satu terowong masa di mana mereka dapat berjalan menerusinya.Di sana ada satu siri televisyen pada satu masa yang menggambarkan konsep ini secara tepat.Ini adalah sedikit kemampuan yang awal.Mereka mula pergi ke depan dan belakang dalam terowong masa itu.Ini adalah fasa terakhir Projek Phoenix.


S:Bilakah mesin masa ini beroperasi?
J:Sekitar tahun 1979 atau 1980 ia sepenuhnya beroperasi.Pemancar ini mempunyai cukup kuasa untuk mengherot ruang masa.Individu di atas alat itu akan mampu untuk mensintesis fungsi pusaran itu kerana mereka tidak mempunyai kemampuan teknikal untuk berbuat demikian.Ia kini dapat disintesis secara mekanikal.Mereka melakukan perkara yang lain.Mereka mengarahkan subjek memikirkan satu bentuk hidupan, dan makhluk yang difikirkan subjek akan terbentuk!Mereka mengarahkan subjek memikirkan semua haiwan di Montauk bergerak menuju ke bandar, dan ia benar-benar terjadi!Mereka mempunyai kuasa untuk mencipta sesuatu.Masalahnya sekarang apa yang mereka cipta itu hanya dapat bertahan selagi penguat tersebut dalam keadaan ON.Kuasa adalah di antara gigawatt dan terawatt.Sangat-sangat dasyat kuasa yang digunakan.Pusaran itu boleh mempunyai diameter sekitar 5 batu.

S:Bolehkah anda menerangkan ia seperti mana?
J:Ia seperti sebuah terowong berpusar yang aneh bercahaya di sepanjangnya.Anda akan mula melangkah di dalam terowong itu dan secara tiba-tiba anda seperti ditarik ke dalamnya.Anda tidak berjalan menerusinya dalam ertikata sebenar.Anda terlebih atau terkurang didorong menerusinya.Anda akan pergi ke mana saja dalam ruang masa.

S:Bolehkah anda membawa apa jua kembali?
J:Ya

S:Pernahkah anda bawa apa jua kembali?
J:Ya

S:Bolehkah anda menyambung kembali penerangan tentang terowong tersebut?
J:Ya, dinding terowong pejal tetapi beralur-alur.Terowong itu tidaklah lurus tetapi berbentuk seperti alur skru.

S:Jika seseorang mematikan sumber kuasa, adakah anda akan tergantung di tengah-tengah destinasi ruang masa?
J:Ya, anda akan terhenti di situ.

S:Adakah mereka menghantar sejumlah besar kanak-kanak ke dalam terowong itu?
J:Ya,tetapi kami tidak tahu apa tujuan mereka. Mereka kehilangan sejumlah besar kanak-kanak.

S:Apabila di sana ada pintasan masa sejauh anda pergi di masa lampau dengan sejauh di masa depan, adakah segalanya bersifat tetap?
J:Ya,satu dari perkara pertama yang mereka lakukan ialah menghantar rekrut ke masa sekitar 6030 Masehi.Ia selalu pada titik yang sama.Di suatu tempat di dalam bandar yang ditinggalkan di sana ada sebuah tugu diperbuat dari emas padu.Apabila mereka kembali mereka telah ditanya apa yang mereka nampak.Sama ada mereka mengesyaki mendapat jawapan yang berbeza dari seorang ke seorang tidaklah diketahui.Mereka memerhatikan pusaran itu dan memastikan persekitaran mampu menyokong kehidupan sebelum mereka menghantar manusia.Mereka letakkan sampel.

S:Adakah ada potensi di masa depan manusia dapat dihantar ke sana?
J:Tidak,sekali anda membuat perhubungan di masa hadapan, keadaan akan ditetapkan di poin itu.

S:Bolehkah anda mengubah masa kini dengan menghantar seseorang di masa lampau?
J:Ya,anda juga boleh mengubah masa kini dengan menghantar seseorang di masa depan.Di bawah keadaan tertentu.Pihak kerajaan menggunakan mesin masa terwujud untuk pergi ke depan di dalam garis masa Montauk.

S:Adakah anda berkata yang masa kini dapat diubah kerana kita telah mengesahkan pintasan masa menerusi masa depan dan masa lampau?
J:Ya, itu bermakna apa saja seseorang berbuat di antara titik masa lampau dan masa depan yang ekstrem dia akan berbuat selamanya.

S:Apakah jarak masa terjauh yang telah dituju?
J:10,000 Masehi.

S:Jadi,apa jua telah dikunci sehingga 10,000 Masehi?
J:Ya,ia adalah realiti seperti mimpi.Tidak ada seorang pun dapat menyentuh masa depan menjelang 2012 Masehi.Di sana ada tembok yang teguh dengan tiada apa disisi yang sebelah sana.

Ramalan ada mengatakan bumi ini akan berubah sekitar masa itu.Anehkan?

S:Bolehkah anda mewujudkan diri anda 2 jam di masa depan dan menemui diri sendiri?
J:Ya,tetapi itu amat berbahaya.Orang yang berjalan ke dalam terowong itu adalah di luar fasa dengan orang yang berada di hujung yang lain.Ini yang berlaku.Hasilnya orang itu akan terbakar.

S:Adakah mereka memberi anda senjata untuk tujuan melindungi diri anda terhadap apa jua bahaya?
J:Mereka tidak berbuat begitu.Pusaran itu boleh dikawal mengikut orang itu, jadi mereka akan bawa dia balik jika ada sesuatu yang tidak baik.Mereka dapat memantau keadaan itu melalui satu alat pemantau.

Jadi mereka telah mencapai sebuah portal masa yang benar-benar berfungsi.Di satu masa mereka berada di satu situasi di mana mereka mempunyai seekor "raksasa dari ID" dan setiap orang menjadi panik.Mereka mematikan pemancar.Raksasa itu menelan manusia dan peralatan.Mereka perlu ke masa lampau dan mematikan unit di Philadelphia dalam usaha untuk mematikan satu unit di masa depan jadi mereka dapat menghentikan raksasa ini pada tahun 1983.Ini adalah pada bulan Ogos 1983.Pusaran ini dikunci pada ujian 12 Ogos 1943 dan membentuk pintasan/gelung waktu.Semua ini terjadi kerana seseorang telah menempatkan pemikiran dalam minda operator pada alat pemancar untuk menjana makhluk ini.Ini adalah usaha untuk mensabotaj projek tersebut.Ramai orang memikirkan projek ini pergi terlalu jauh.Ketika saya bekerja untuk mereka di antara tahun 1971 dan 1983, saya berasa sangat letih apabila saya pulang ke rumah.Apa yang mereka lakukan ialah tiap kali misi saya selesai,mereka mengembalikan saya ke titik milisaat sebelum saya sempat pergi.Ia akan muncul dari satu perpektif yang saya tidak pernah meninggalkan misi saya.Sudah tentu selepas saya berhenti bekerja di sana, semua telah berhenti.Adakah di sana ada alasan kesemuanya terjadi?

Jika anda kembali ke Eksperimen Philadelphia di akhirnya, yang mana adalah permulaan keseluruhannya, seorang boleh melihat dari cara yang diatur bahawa di sana ada sesuatu kuasa peringkat tertinggi terlibat mengawal segalanya...kerana ia tidak pernah terjadi secara yang ada kecuali dua tarikh yang tidak jelas 40 tahun terpisah bertepatan di antara dua eksperimen:sebuah projek yang dikenali sebagai Eksperimen Philadelphia, atau Projek Rainbow, dalam tahun 1943 dan Projek Montauk tahun 1983.

Jika saya boleh menyelitkan di sini.Di sana ada titik berkenaan 2 suku dari jalan bawah terowong masa di mana seseorang yang pergi menerusi terowong itu menerima bunyi 'debukan' yang besar.Kesedaran seseorang akan meninggalkan tubuhnya.Di sana ada kecenderungan untuk melihat sesuatu di atas asas yang lebih lebar.Saya pasti di sana tiada sesuatu yang pintar.Berbalik kepada pengalaman saya, saya pasti tiada kepintaran di sana.Saya menghadapi masalah dengan pengakuan itu.Apa yang mereka buat di Montauk adalah untuk menstabilkan proses persepsi yang terjadi semasa proses terkeluar kesedaran dari tubuh.Mereka cuba memanisfestasikan itu untuk satu alasan.Kami tidak tahu apa tujuan mereka.



S:Apakah peranan makhluk asing di dalam perkara ini,selain prototaip 'kerusi penguat mental'?
J:Itu adalah bahagian lain dari cerita ini yang kita belum menjelaskannya lagi.

Biarkan kita melihat Eksperimen Philadelphia dari segi teknikal.Itu adalah permulaan dari apa yang berlaku.Ia pada asalnya berbalik pada tahun 1930 di Chicago dengan tiga orang.Dr. John Hutchinson Sr., seorang dekan Universiti Chicago,Nicola Tesla dan Dr. Kurtenaur, seorang ahli fizik Austria yang menjadi staff universiti tersebut.

Mereka membuat keputusan berbuat sesuatu dengan spekulasi berkaitan benda dan orang menjadi halimunan.Subjek ini telah dibincangkan beberapa lama.Mereka telah mendapatkannya bersama dan telah membuat kajian di Universiti Chicago di antara tahun 1931 atau 1932.Pada tahun 1933, Institute of Advance Studies di Princeton telah dibentuk dan projek itu telah dipindahkan ke sana pada tahun 1934. Salah seorang dari staff di institut itu adalah Dr. John Erich Von Neumann, yang datang dari Budapest, Hungary.Beliau telah mendapat ijazah di dalam bidang kimia pada tahun 1925 dan Ph.D di dalam bidang matematik pada tahun 1926.Beliau telah mengajar di Eropah kira-kira 4 tahun dan dipindahkan ke Amerika.Beliau telah mengajar pada peringkat siswazah untuk 3 tahun dan telah dijemput untuk menyertai institut tersebut.

Orang lain yang terlibat di institut itu termasuk Albert Einstein, yang meninggalkan Jerman pada tahun 1930.Beliau telah pergi ke California Institute of Technology untuk 3 tahun dan telah mengajar di sana, kemudiannya telah pergi ke institut itu atas jemputan dan telah menerimanya.Ramai orang telah ditunjukkan terlibat di sana.Projek itu berkembang sekitar tahun 1936.Dalam pada itu, Tesla telah dinamakan sebagai pengarah projek itu.Beliau adalah rakan kepada presiden Franklin Roosevelt, yang ditemui oleh Tesla pada tahun 1917 ketika FDR menjadi setiausaha Tentera Laut.Tesla telah diminta pada masa itu untuk bekerja dengan kerajaan atas keperluan perang, yang mana beliau telah berbuat yang demikian.Beliau telah menerimanya dan menjadi pengarah kepada projek halimunan sehingga dia bersara pada tahun 1942.Pada tahun 1936,selepas kajian yang intensif,mereka berkeputusan untuk mengadakan ujian awal dari keja-kerja mereka.Mereka telah menemui sebahagian sifat halimunan.Tentera Laut dan yang lainnya terdorong untuk meneruskan kerja-kerja tersebut dan Tentera Laut telah membiayai kajian tersebut.

Para saintis telah datang ke Amerika dari Jerman sehingga tahun 1939, ketika perang terhadap Jerman bermula.



Pada tahun 1940,selepas kajian menggunakan pendekatan Tesla,mereka membuat keputusan mereka telah bersedia untuk satu ujian penuh di Brooklin Navy Yard.Mereka mempunyai sebuah kapal kecil dan sebuah kapal tender di setiap bahagian.Satu kapal menyediakan kuasa dan yang lagi satu membekalkan pelancar untuk gelung-gelung.Mereka ditawarkan untuk menguji kapal itu melalui kabel-kabel.Ideanya ialah apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini mereka hanya memotong kabel-kabel itu atau menenggelamkan kapal yang diuji itu.Semuanya berjalan lancar dan ujian itu diisytiharkan berjaya.

Perkara penting tentang ujian tahun 1940 itu adalah di sana tiada seorang pun di atas kapal yang diuji itu.Ia adalah ujian kosong tanpa manusia.Ini adalah sesuatu yang penting disebabkan apa yang berlaku seterusnya.

Orang lain mula menyertai projek itu.Thomas T. Brown telah menyertai projek tersebut atas kepakarannya dalam kesan electrograviti.Beliau mempunyai tugas untuk menyelesaikan masalah periuk api magnetik Jerman yang menjejaskan kapal-kapal Pihak Berikat dan kepentingan Tentera Laut.Ini telah memimpin kepada projek yang sama yang mana terlibat dalam menggunakan gelung degauss dan kabel-kabel untuk meletupkan periuk-periuk api itu jauh dari kapal.

Pihak Tentera Laut mahukan beberapa orang untuk mengawasi ujian-ujian itu.Inilah sebabnya saya terlibat.Atas sebab-sebab teknikal.Mari kita lihat berkenaan Nikola Tesla.


Pada tahun 1879,ayahnya meninggal dunia ketika tahun pertama beliau di kolej tamat.Beliau telah datang ke Amerika pada tahun 1884.Beliau mempunyai pandangan intuisi yang amat hebat.Beliau mempunyai rekod yang amat baik.Sebelum sampai ke Amerika, beliau mengenali Robert Oppenheimer,yang kemudiannya bekerja dengan pembangunan bom atom,dan Dr. David Hilbert,ahli matematik yang menemukan persamaan untuk 'Ruang Hilbert',yang mana menjelaskan tentang ruang pelbagai atau realiti pelbagai secara matematik.Persamaan untuk ruang pelbagai ini menjadi amat penting dalam projek ini.Dr. John Von Neumann telah menemui Hilbert pada tahun 1927 dan telah menguasai apa yang dipelajarinya dari tokoh matematik itu.Dengannya,Neumann telah membangunkan satu sistem baru matematik.Von Neumann adalah salah satu ahli matematik paling hebat abad ini.Setengahnya memikirkan beliau lebih hebat dari Einstein.Ahli matematik lain yang terlibat adalah Dr. John Levinson,yang dilahirkan pada tahun 1912.Beliau meninggal dunia pada tahun 1976.Beliau telah menerbitkan 3 buah buku matematik.Tiada sejarah berkenaan Levinson lainnya yang saya dapat ceritakan.Levinson telah membangunkan apa yang dikenali sebagai Persamaan Masa Levinson,dengan semua ini bersama mereka,kelompok ini telah dapat apa yang mereka mahukan untuk projek tersebut.

Selepas kejayaan ujian 1940, Tentera Laut berkeputusan untuk memberikan projek itu pembiayaan tanpa had dan merahsiakan projek itu.Pada 5 Disember 1941,saya telah berada di San Fransisco di mana pihak kerajaan telah memaklumkan kepada saya bahawa perang dengan Jepun akan bermula dalam masa 72 jam dan mereka perlukan saya bagi membantu mereka.Pada Januari 1942,saya telah menamatkan urusan saya di Institute of Advanced Studies.Tesla telah diberikan sebuah kapal dan kru untuk ujian penuh.Tesla telah dapat sebuah kapal perang.Tesla dan Neumann tidak bersetuju akan sesuatu perkara.Tesla berkeras mengatakan mereka mempunyai beberapa masalah dengan orang-orang tertentu.Tesla perlukan lebih masa tetapi Tentera Laut tidak bersetuju.Tesla telah membuat beberapa pengumuman pada lewat 1930an dan awal 1940an berkenaan perhubungan beliau dengan spesis planet lain.Beliau mempunyai hubungan dengan dunia asing,yang bersetuju bahawa ini menimbulkan masalah dengan manusia.Beliau berkeputusan untuk mensabotaj ujian tahun 1942 itu untuk menghentikannya.Beliau telah menyelaraskan peralatan untuk ujian itu untuk membuatkan ia gagal berfungsi.Ujian itu gagal.Tesla kemudiannya menyerahkan projek itu kepada Neumann pada Mac 1942 dan meninggalkan projek itu.


bersambung...

No comments:

Post a Comment